Monday, December 05, 2005

Bercuti di Damai Laut

Sekembalinya dari bercuti balik kampung di Terengganu hari Khamis, keesokan harinya kami bertolak ke Swiss Garden Hotel, Damai Laut, Lumut, Perak. Perjalanan 3 1/2 jam melalui Tol Sg. Buloh (hujan lebat betul tetapi sekejap aje) merentasi lebuhraya ke Utara, melencong melalui Tol Bidor ke Teluk Intan & Lumut. Hanya singgah sekejap solat Qasar Asar di Masjid Sg. Lekir. Anak2 dah minta masuk kolam tapi hari dah menjelang Maghrib - tangguh esok pagi.
Oyaa.. ini kali ke-3 kami ke Damai Laut. Pertama kali mengikuti hari keluarga syarikat tahun 2001, kali ke-2 tahun lepas meraikan anniversary mertua bertempat di Swiss Garden Apartments. Penginapan kami adalah menggunakan Swiss Garden Membership Card.
Pagi Sabtu, selepas sarapan di warung di pintu masuk (sorry le... banyak sangat lalat le, gelas air pun kena tutup dengan tisu), kami ke Jeti Damai Laut - sunyi aje tanpa pengunjung tapi kelihatan amat cantik. Selepas tu kami terus ke kolam renang... anak2 dah tak sabar nak berendam (memang itu yang dia orang idamkan setiap kali bercuti di hotel). Petangnya kami ke Pekan Lumut - makan tengahari, bersantai di jeti dan ibunya membeli sedikit buah tangan. Kedai kayu menjual ikan bilis & kain-baju tiada lagi, digantikan dengan medan selera & kedai jualan konkrit. Sekembalinya dari pekan, anak2 nak juga turun ke laut... jam dah 06:45 pm - OK le... 15 minit main pasir terus naik bilik, esok janji turun laut lagi.
Pagi Ahad, turun ke Watersport - anak2 main air sambil mengutip etak-etak - dapatlah 2 baldi kecil. Aku tak masuk laut, cuma ibu dan orang gaji (Leha) aje yang melayan bebudak 4 orang tu terutama si kecil - aku leka korek pasir cari etak2. Kira2 jam 10:30 am, bergegas ke kolam renang pulak... Jam 1:00 pm check out.
Perjalanan balik melalui Sabak Bernam, Tg Karang, Kuala Selangor & Sg Buloh. Jalanrayanya dah OK - satu hala 2 lorong tak seperti perjalanan tahun lepas yang masih banyak tak siap. Tiba di rumah kira2 jam 05:00 pm, hanya singgah beli buah2an di tepi jalan dan solat jamak qasar di Masjid Jamek Saadiah, Sg Besar. Ada benda baru ditemui, terdapat beberapa gerai di Kula Selangor tertera perkataan "Mentarang" - apa ke benda tu. Menurut Leha, benda tu adalah sejenis ubi kecil yang manis. Walaupun kepenatan tetapi menyeronokkan, terasa malas pulak nak ke opis.
8) Jauh perjalanan, luas pengalaman

0 Comments:

Post a Comment

<< Home