Tuesday, November 22, 2005

Masjid Al-Aqsa Tunggu Masa Roboh

Foto Ensiklopedia Wikipedia - Pemandangan Udara Al-Haram Al-Sharif, dengan Qubbat As-Sakhrah di tengah, Tembok Barat dan Masjid Al Aqsa di bawah.
Tersentuh hati ini apabila membaca tajuk di atas. Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis adalah tempat ketiga suci dalam Islam selepas Masjidil Haram, Mekah dan Masjidil Nabawi, Madinah diberitakan mula mengalami keretakan serius dan boleh runtuh pada bila-bila masa sahaja akibat kegiatan Israel mengorek lubang bawah tanah di sekitar dan bawah masjid tersebut. Aktiviti ini telah dilakukan sejak tahun 1967 lagi atas alasan mencari bukti kewujudan kuil Yahudi sebelum pembinaan al-Aqsa.
Mufti al-Aqsa, Sheikh Ikrama Sabri berkata, keretakan paling jelas dilihat pada tembok penanda garis sempadan kawasan Haram al-Sharif iaitu meliputi banyak tempat di Masjidil Aqsa dan Bandar Lama yang melingkunginya. Malah Pihak Berkuasa Antikuiti Israel sendiri melalui kajian kejuruteraan yang dilakukan mendedahkan 380 meter atau satu persepuluh daripada tembok masjid itu boleh runtuh pada bila-bila.
Keganasan dan kebiadapan Israel ini telah diakui sejak berzaman. Allah SWT sendiri menyatakan bahawa kaum Yahudi dan Nasrani selama-lamanya tidak akan redha terhadap umat Islam selagi kita tidak mengikut jejak langkah mereka. Sehingga kini tidak banyak yang boleh dilakukan oleh negara2 umat Islam bagi menekan kezaliman Israel dan juga sekutunya, Amerika yang dianggap oleh Iran sebagai paksi kejahatan. Ini ditegaskan oleh RasuluLlah SAW, walaupun umat Islam ini ramai tetapi mereka ibarat buih di lautan, bergerak ke tengah dan ke tepian tanpa kekuatan dan kesatuan.
8@ Ya Allah... kurniakan kejayaan kepada Islam dan umat Islam & jadikan kehinaan kepada kafirin dan munafiqin. Amiin.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home