Tuesday, November 22, 2005

50,000 Pelancong China "Hilang"

Berdasarkan laporan BH semalam, seramai 50,000 pelancong dari China yang telah tamat pas lawatan sosial sepanjang tahun ini didapati masih tidak pulang. Sumber dari Jabatan Imigresen menjelaskan statistik 50,000 pelancong China yang ‘menghilangkan diri’ itu diperolehi berdasarkan kad pelawat yang diserahkan kepada jabatan berkenaan ketika mereka pulang tidak sama dengan jumlah rekod kemasukan. Angka tersebut belum dicampur dengan lain-lain "pelancong" (dan pendatang) dari negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, Filipina, India dll.
Awal tahun lalu dilaporkan lebih 250,000 pelancong dari India dan China tidak dapat dikesan apabila mengikut rekod mereka tidak keluar dari negara ini walaupun sudah tamat tempoh lawatan. Pada tahun 2003 pula, 500,000 pelancong China datang ke negara ini, tetapi statistik menunjukkan hanya 315,000 warga republik itu yang pulang ke negara asal. Manakala statistik tahun 2002 juga menunjukkan hanya 360,000 daripada 537,000 warga China yang masuk ke Malaysia meninggalkan negara ini.
Dilaporkan juga tahun ini saja 50 peratus daripada 4,900 wanita asing yang ditahan didapati terbabit dalam kegiatan maksiat (pelacuran). Lain-lain sebab adalah cuba bermastautin di negara ini dengan menggunakan dokumen palsu dan juga dijadikan transit sebelum menyeludup masuk ke negara lain.
Melihat kepada fenomena yang kian parah ini, diharapkan semua pihak yang berkaitan dengannya mengambil langkah segera dan tegas tetapi berhemah seperti yang disentuh oleh PM hari ini. Kemasukan mereka sebagai pelancong amatlah dialu-alukan tetapi kesalahan yang dilakukan lebih-lebih lagi melibatkan ketenteraman awam perlu ditanggani segera demi keselamatan negara dan rakyat negara ini.

1 Comments:

Blogger Unknown said...

terima kasih atas maklumat ini.. sehingga hari ini saya masih tertanya tanya kes ini berkenaan dengan pelancong yang tak pulang ni.. sebab saya sendiri tinggal dan menetap di sibu, dan lahir di sibu sarawak... semakin hari semakin ramai orang cina duduk di sini.. dan cina yang tak pandai berbahasa melayu memang ramai..kenapa tak ada laporan dari imigresen pasal pelancong yang tak pulang?..

8:26 AM  

Post a Comment

<< Home