Saturday, November 12, 2005

Cukup Wang Hati Senang

Aku baru aje habis baca sebuah buku panduan pengurusan kewangan peribadi dan keluarga, Cukup Wang Hati Senang Untuk Semua, ditulis oleh Pn. Hajjah Rohani Datuk Haji Mohd Shahir, pemilik HIJRAH Advisory Group yang terkenal suatu ketika dulu dengan ASNITA (Amanah Saham Wanita).
Penyampaiannya agak simple, senang difahami dan mengesankan, tambahan pula disaluti dengan nilai dan norma Islam. Penekanan diberikan dalam menyelaraskan matlamat kewangan dan matlamat kehidupan kita. Pelbagai pandangan dan cadangan diutarakan untuk dilaksanakan mengikut kesesuaian dan taraf/ cara hidup individu tersendiri, antaranya langkah-langkah mengurangkan perbelanjaan, menambahkan simpanan dan merungkaikan belitan hutang, seterusnya melabur secara bijak bagi menjana kekayaan. Demikianlah secara ringkas inti pati buku berkenaan. Amat berguna untuk semua terutama dalam mengurus kewangan tanpa mengenepikan tuntunan naluri semulajadi manusia.
Aku cadangkan rakan-rakan semua dapatkan buku ini, taklah mahal sangat berbanding ilmu yang dicurahkan (RM 29.00)... Aku dapat buku ni kebetulan sahaja (free)... kerana menyertai Program Ibadat Korban-Aqiqah di Kemboja anjuran Al-Ameen Serve Holding. Ada satu lagi buku dibagi free, Biar Kecil Asalkan Berhasil (buku motivasi) karangan Dr. Rusly Abdullah (Chef Li). Buku ni aku belum baca lagi, Insya Allah bila dah habis nanti aku akan bagi sedikit komentar, itupun selepas aku khatam buku tentang madu lebah yang baru dibaca hari ni.
8) Sehari selembar benang akhirnya menjadi kain

0 Comments:

Post a Comment

<< Home