Thursday, November 10, 2005

Puasa Enam & Raya Enam

Selamat Hari Raya Enam (ada ke?). Bagi yang terus berpuasa pada hari ke-2 Syawal tanpa miss, hari ini adalah hari raya bagi mereka. Kebiasaannya orang-orang tua terutama di kampung2, merayakannya lebih meriah daripada Raya Puasa, contohnya di kampung aku di Terengganu. Di pagi Raya Enam, mereka saling berkunjungan sambil bertukar-tukar juadah, biasanya tapai pulut dalam daun getah dan nasi minyak menjadi pilihan mereka. Tradisi ini masih kekal hingga kini. Kepuasan dan kegembiraan terserlah di wajah tua mereka. Sudah selayaknya kerana mereka berjaya menggapai ganjaran pahala setahun berpuasa.
Sabda RasuluLlah saw, "Barangsiapa berpuasa Ramadhan, kemudian diiringi puasa (sunat) enam hari dari bulan Syawal adalah seperti berpuasa selama setahun" (Riwayat Muslim).
Dalam Islam, setiap amal kebaikan digandakan 10 kali kebaikan seumpamanya (Rujuk Al-An'am: 160). 29 hari @ 30 hari berpuasa di bulan Ramadhan ditambah dengan 6 hari di bulan Syawal, kelebihannya 360 hari bersamaan setahun kalendar Islam.
Macam mana dengan puasa enam kita? Bagi aku, sehingga hari ini baru 2 hari aku berpuasa, masih lagi berbaki 4 hari. Puasa sunat ni aku pilih berpuasa hari berkerja, dugaannya kurang, sedar-sedar dah nak berbuka. Moga dikurniakan kekuatan olehNya untuk kuhabiskan hari-hari yang berbaki. Amiin.
8) Selamat Berpuasa Enam & Selamat Beraya Setahun

0 Comments:

Post a Comment

<< Home