Tuesday, November 08, 2005

Open House Raya

Setiap tahun atas kesepakatan seluruh ahli keluarga isteri (mertua & ipar-duai) kami akan setkan satu tarikh dalam bulan Syawal untuk adakan Open House bertempat di rumah mertua di Ulu Kelang. Rumah tersebut dipilih kerana lamannya agak luas. Setiap orang akan jemput kenalan masing2, secara purata sekitar 500 - 700 orang tetamu yang hadir.
Majlis biasanya bermula jam 12:00 t/hari hingga jam 05:00 ptg. Menu utama adalah satay, lemang, nasi himpit + kuah kacang, daging dendeng dan tidak terkecuali nasi tomato. Penyediaan nasi himpit + kuah kacang dan daging dendeng disediakan secara gotong-royong oleh ahli keluarga dan lemang ditempah dari pembekal lemang. Begitu juga satay ditempah tetapi dibakar oleh pembekal satay di laman rumah pada hari berkenaan. Nasi tomato biasanya disediakan oleh caterer yang turut sama membekalkan peralatan khemah serta khidmat pelayan. Meriahnya seakan-akan majlis perkahwinan, tidak hairanlah ada tetamu yang bertanya, betul ke ini rumah si polan & si polan - sebabnya yang menjemput tidak maklumkan ianya diadakan secara besar-besaran bersama seisi keluarga.
Untuk tahun ni, sedari awal lagi mertua dah sound, tiada Open House, katanya tahun ni nak rehat. Dalam diam aku bersyukur... sebelum ni dalam hati dah berkira, Open House tahun ni aku nak tarik diri sebab bajetnya dah lari...
8) ahhh.. lega... tak yah le nak excuse lagi

0 Comments:

Post a Comment

<< Home