Monday, November 07, 2005

Beraya di Lembah Kelang

Tahun ni giliran aku beraya di Lembah Kelang yakni di Ulu Kelang dan Kg. Bkt. Bangkong dalam Daerah Sepang-Batu Laut, Selangor iaitu di mana isteriku dilahirkan dan kebanyakan saudara-maranya terutama di kalangan warga emas dan dewasa masih bermastautin di sana. Atuk-atuk dan nenek-nenek saudara yang tinggal telah agak lanjut usianya, antara 80 - 91 tahun tetapi kelihatan masih bertenaga, masih mampu ke sana ke mari tanpa alat sokongan. Apa rahsianya... dari pemerhatian aku, mereka ini sentiasa terdedah dengan persekitaran yang bersih dengan sumber makanan asli dan yang paling penting setiap hari bermandikan peluh, pagi dan petang mengerjakan ladang, kebun dan menguruskan binatang peliharaan. Berbanding dengan orang bandar yang terdedah dengan pencemaran kemodenan yang meliputi seluruh aspek kehidupan, dari makan minum, udara yang disedut dan rutin kerja harian yang menyumbang kepada kehidupan yang kurang sihat.
Berbalik kisah beraya di kampung... petang Raya Pertama, lepas solat Asar, kami sekeluarga bertolak dari Ulu Kelang ke kampung, maghrib baru sampai. Malamnya tak kemana, dok kat "rumah rehat keluarga" aje bersama-sama adik-adik ipar dan keluarga masing-masing. Anak-anak riuh rendah bermain bunga api tapi di sekitar kampung berdentam-dentum bunyi mercun, bingit telinga dibuatnya... setahun sekali katanya (betul jugak... kalau nak kena pun setahun sekali jugak ye..;-) Keesokan harinya (Jumaat) beraya kat rumah Atuk Leman, Acik Amin (adik mak mertua), Nenek Munah, mertua Acik Amin (kurang sihat), Nenek Jumilah, Wak Pungah (kakak mak mertua), Abg Arip dan Acik Gini (adik bapa mertua).
Raya Ke-3 pulak, beraya kat rumah sepupu abah sebelah rumah, jumpa Atuk Amat (adik Atuk Leman - semalam tak sempat jumpa, dia balik rumah isteri barunya setelah Nenek Yah meninggal awal tahun ni), rumah Nenek Jumirah dan Nenek Surip. Kesemua rumah di sekitar kampung tu aje. Tengaharinya ke Batu Laut (kira-kira setengah jam dari kampung) beraya di rumah Nenek Su (mak saudara mak mertua). Lepas Asar ke rumah Wak Mail (abg mak mertua) di Salak Tinggi & lepas Maghrib bertolak balik ke Ulu Kelang. Yang menariknya kat rumah atuk dan nenek ini adalah hidangan Oren Kajang yang dihidangkan hanya di musim raya sejak berzaman dan diminum dalam gelas kaca kecil (macam gelas air zam zam).
Manakala Raya Ke-4 pulak kami makan tengahari dan solat Zohor di rumah baru Acik Mad (adik bapa mertua) di Meru, Kelang. Dengan kos RM300K, rumahnya amat menarik sekali dengan gaya resort, rumah batu setingkat memanjang, setiap bingkai pintu dan tingkap kayu ditempah khas. Itulah... setelah bersara barulah impiannya menjadi kenyataan... Petangnya solat Asar di rumah Acik Udin (adik mak mertua) di Seksyen 7, Shah Alam; juga rumah teres 2 1/2 tingkat yang baru diubahsuai. Sebelum Maghrib bertolak balik ke Ulu Kelang. Malamnya melepek kepenatan...
Rumah saudara-mara lain kebanyakannya di sekitar Ulu Kelang, Keramat dan Bangi... biasanya rumah mereka ni kami bertandang di sebelah malam, selepas solat Isya' atau pada hujung minggu sepanjang Syawal ini, bergilir dari rumah ke rumah. Oya.. mak dan bapa mertua aku masing2 mempunyai 10 orang adik beradik, bermakna sekurang-kurangnya 20 keluarga yang perlu diziarahi. OK jumpa lagi. Bye.
8) walaupun kepenatan tapi seronok

0 Comments:

Post a Comment

<< Home