Monday, November 07, 2005

Ahlan Wa Sahlan

Telah beberapa kali aku cuba untuk bina webpage atau blog aku sendiri, baru kini menjadi kenyataan, moga kekal berpanjangan dengan sentiasa dikemaskini.... Amiin.... Bukannya apa... lumrahnya, semangatnya sentiasa membara tapi perkara-perkara sampingan selalunya menyebabkan ianya tergendala, antaranya... tak ade idea, tak ade masa dan adakalanya tak de mood. Itulah yang terjadi pada aku dalam beberapa percubaan sebelum ni. Insya Allah aku akan cuba.... walaupun bukan untuk tatapan orang lain tetapi cukup le untuk kepuasan hati aku sendiri sebagai wadah mencernakan minda, meluahkan gelodak di jiwa dan sekaligus merakamkan liku-liku kehidupan yang dilalui.
Sebagai pengenalan, weblog aku ni aku namakan Santai Dari Ukays... maksudnya simple aje, berita dan cerita yang bersifat ringan dari Ulu Kelang (singkatannya Ukays - maaf bukan United Kingdom), tempat di mana aku menetap sekarang, semenjak 10 tahun dahulu. Akan tetapi setiap yang dipaparkan tak semestinya akan hanya menyentuh al-kisah Ulu Kelang sahaja, namun akan merangkumi semua perkara yang akan disampaikan secara santai. Tentang diri aku, rasanya tak perlu le diperkenalkan, Insya Allah lewat setiap perkhabaran yang diwartakan tak secara langsung akan terserlah sedikit sebanyak akan diri ini.
Cukup setakat ini, ketemu lagi di lain ketika. Akhir kalam, Ahlan wa Sahlan dan Selamat Menyambut Hari Raya... Maaf Zahir dan Batin.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home