Gastrik & Gout
Kata orang, semakin kita berusia semakin tinggi risiko penyakit akan menyerang diri kita kerana sistem imunisasi/ ketahanan badan semakin berkurangan. Mungkin betul pendapat mereka tu dan itulah yang dialami oleh aku sekarang ni.
Setahun yang lepas, menjelang Ramadhan, perut aku kerap rasa pedih, terasa sakit/ senak di ulu hati dan juga bahagian dada, kerap sendawa dan kentut, pening kepala dan tekak rasa loya, badan terasa tak bermaya dan pernah aku pitam di pejabat. Apabila dirujuk kepada doktor, katanya itu tandanya terkena gastrik. Ianya berlaku disebabkan lebihan rembesan hydrocloric acid di dalam perut atau hyperacidity yang seterusnya menyebabkan kerengsaan dan luka di dalam perut, berpunca dari jangkitan bakteria H Pylori.
Melalui ujian ECG dan ujian darah, disahkan tiada tanda-tanda penyakit jantung, kencing manis atau darah tinggi. Untuk mendapatkan kepastian, aku dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN). Di IJN aku menjalani Stress Test dan Echo Stress Test, alhamduliLlah, tiada tanda-tanda penyakit jantung, cuma diingatkan 10 tahun mendatang jika tidak menjaga kesihatan mungkin diserang penyakit tekanan darah tinggi. Terima kasih Dr. Shaiful (rupa2nya kenalan isteriku). Dan ubat yang aku gunakan sekarang adalah Omeporezol 40g yang perlu diambil 2 biji sekali sehari sebelum makan. Sakitnya masih lagi terasa, mungkin aku kena tukar atau cuba ubat alternatif lain...
Tahun ni pula, petang hari raya pertama, pergelangan ibu jari kaki kiri aku membengkak merah dan terasa menyucuk-nyucuk, berjalan pun sedikit terhincut-hincut tetapi raya tetap raya. Rupa-rupanya inilah tanda awal diserang gout... terkedu aku seketika... satu lagi penyakit menyinggahi diri. Difahamkan penyakit ini disebabkan oleh pengumpulan kristal/ plasma urate pada sendi menyebabkan radang, berpunca dari lebihan uric asid dalam badan.
Banyak pantang larangnya dari segi pemakanan, antaranya kurangkan pengambilan makanan laut, organ dalaman binatang, sardin dan bilis. Sayuran kekacang, asparagus, bayam dll perlu diambil secara berhemah. Alahai... itulah yang tak seronoknya, kebanyakannya makanan kegemaran aku. Penghidap gout dinasihatkan minum banyak cecair (air putih, jus buah, buah2an berair), makan ceri/beri dan elakkan mengambil ubat aspirin.
Begitulah kehidupan di era modenisasi ni, terdedah dengan pelbagai jenis penyakit. Tambahan pula kaedah pengambilan makanan yang tidak berhemah serta aktiviti harian yang tidak mengeluarkan peluh tidak secara langsung menyumbang kepada kemudaratan badan. Sekarang barulah terfikir, alangkah baiknya semuanya ini diambil berat sedari dulu. Tapi mungkin masa belum terlewat untuk mengharungi hidup ini secara sihat.... ayuh mulakan..!
8) seribu langkah bermula dari satu langkah.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home