MRR2 - Perjalanan Lancar
Aku bekerja di Puchong. MRR2 adalah laluan utamaku, dari Ulu Kelang melalui Ampang hingga Sri Petaling, melencung ke Bukit Jalil Highway melalui hadapan Stadium Bukit Jalil. Rutin harian aku keluar jam 07:00 pagi dan tiba di pejabat kira-kira jam 08:00 pagi. Hampir 1 jam perjalanan. Sewaktu aku tunggang motorsikal dulu (sekarang dah hilang kena curi...), biasanya 30 minit untuk sampai ke pejabat. Yang menariknya selepas raya ni, sejak hari Isnin hingga hari ini, perjalanan agak lancar, hanya 30 minit untuk sampai ke pejabat... agaknya masih ramai lagi yang bercuti panjang, tambahan pula cuti sekolah. Tengok le minggu hadapan... harap-harap keselesaan di jalanan akan berterusan, sekurang-kurangnya sepanjang cuti persekolahan ini.
Teringat aku sewaktu MRR2 dibuka menjelang Sukan Komenwel 1998 (SUKOM 98) dulu, perjalanannya agak lancar walaupun hampir kesemua fly over yang ada sekarang ini asalnya adalah traffic light 4 simpang. Tetapi dengan arus pembangunan di persekitarannya serta kuasa pemilikan kenderaan semakin meningkat, traffic jam berlaku di mana-mana, antaranya di Ampang, Pandan & Bandar Tasik Selatan.
ps. Peta jalan dari web Disini.net
8-) kata orang untuk maju perlukan pengorbanan...
0 Comments:
Post a Comment
<< Home