Perkahwinan Sejenis

Diberitakan Persatuan Gereja Evangelical Malaysia tidak mengiktiraf perkahwinan sejenis tersebut kerana bertentangan dengan ajaran agama Kristian. Malah ketiga-tiga gereja berkenaan tidak diiktiraf kerana tidak mengikut ajaran Kristian dan dikatakan tidak berdaftar dengan persatuan.
Itulah penangan cinta. Kerananya mereka sanggup melanggar undang-undang negara (kahwin sejenis adalah dilarang), malah sanggup mengenepikan peraturan agama, adat dan tata susila kehidupan. Jika di Barat, ianya hanya dipandang sepi sahaja kerana masyarakat di sana telah hilang nilai moralnya tetapi apa yang terjadi adalah di bumi Malaysia.
Jika dilihat persekitaran kita, rasanya apa yang berlaku tiada apa yang nak digemparkan kerana yang lebih teruk daripada itu pun masih berleluasa. Gejala sosial umpamanya bohsia-bohjan, perzinaan, buang anak, gay & lesbian dan pelbagai cerita yang menjijikkan sering kali kita dengar dan dipaparkan di dalam media massa dan elektronik. Langkah pencegahan dan pembanterasan secara bersepadu dan tegas perlu dilakukan secara berterusan dan yang paling penting punca kepada gejala yang tidak sihat tersebut mesti dihapuskan terlebih dahulu.
Moralnya, agama memainkan peranan yang penting dalam mengatur kehidupan kita dan keutuhan institusi keluarga perlulah dipertahankan dengan nilai dan norma yang sihat. Apatah lagi jika dikaitkan kepada agama Islam dan institusi keluarga Islam yang sudah pasti berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
8) Jangan pula sudah terhantuk baru nak tengadah
<< Home