Thursday, November 17, 2005

Perginya Lelaki Pemusnah

[Entri ini tidak bermaksud mengagung-agungkan sesiapa, ianya sekadar satu catatan sejarah yang menarik untuk direnungi, betapa keganasan bukanlah kaedah penyelesaiaan yang terbaik. Ilmu dan kepakaran yang ada sepatutnya disalurkan melalui jalan yang betul]

Pada 09hb. Nov 2005, dikejutkan berita Dr. Azahari Husin, 48, pakar bom Asia (dikenali sebagai Demolition Man) yang amat dikehendaki oleh polis Indonesia telah ditembak mati (berita awal melaporkan dia meletupkan diri) oleh pasukan polis elit, Polri setelah dikepung di rumah sewanya di Kota Batu, Malang, Jawa Timur kira2 jam 04:30 petang waktu Indonesia. Sementara itu 2 rakannya dikatakan telah meletupkan diri apabila melihat Dr. Azahari telah mati. Beliau disyaki mendalangi 4 siri pengeboman maut iaitu di Bali (12/10/2002 & 01/10/2005), JW Marriot, Jakarta (05/08/2003) dan Kedutaan Australia, Jakarta (09/09/2004). Walaupun beliau telah tiada tetapi pihak berkuasa Indonesia masih lagi bimbang kerana rakan beliau, Noordin Mohammad Top masih lagi bebas, tambahan pula dipercayai mereka telah merekrut ramai yang berkepakaran seperti beliau.
Di Malaysia, beliau telah menjadi buruan pihak berkuasa semenjak tahun 2002 lagi kerana disyaki terlibat dengan Kumpulan Militan Malaysia (KMM), sekembalinya beliau dari Aghanistan pada tahun 2001, yang dikatakan cabang Jamaah Islamiyah (JI), juga jaringan kepada Pergerakan Al-Qaeda. Dr. Azahari adalah bekas pensyarah UTM Skudai, lulusan kedoktoran dari Reading University, England.
Semalam, adik beliau, Bani Yamin dan birasnya yang berada di Indonesia telah mengesahkan mayat berkenaan adalah Dr. Azahari berpandukan pengecaman fizikal beliau menyamai ciri-ciri fizikal yang diketahui oleh ahli keluarga. Pengesahan ini menyebabkan pihak berkuasa Indonesia telah membatalkan pemeriksaan DNA yang diminta oleh keluarga sebelum ini. Pengesahan awal sebelum ini juga telah dilakukan berpandukan kepada kesan cap jari beliau yang menyamai rekod cap jari yang dibekalkan oleh Kerajaan Malaysia bertarikh 1969. Jenazah beliau akan disemadikan di kampung halaman beliau di Kg Chinchin, Jasin, Melaka bersebelahan kubur arwah ibunya dalam masa terdekat (18/11/2005 - dikebumikan jam 10:40 malam).
Begitulah episod yang menyayat hati seorang insan yang mempunyai kepakaran yang mengkagumkan akhirnya menamatkan hayatnya mengikut keyakinan akan "perjuangan sucinya". Mungkin ianya adalah interpretasi atas kekecewaan yang amat sangat melihat umat Islam serata dunia ditindas dan diperlakukan ibarat binatang oleh kuasa kuffar dunia. Lihat sahaja apa yang terjadi di Palestin, Iraq, Aghanistan, Chenya, Kashmir juga Patani serta tekanan-tekanan yang diterima oleh umat Islam diseluruh dunia, antaranya di Amerika, Britain, Australia, Jerman dll yang disekat hak-hak asasi untuk mengamal amalan Islam.
8( Al Fatihah... selebihnya adalah urusan Allah SWT.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home