Thursday, November 17, 2005

UPSR - Tahniah Terengganu

Foto : Adik Wan Nurshafiqah Munirah Halimi, 12, pelajar terbaik keseluruhan bagi UPSR 2005 menunjukkan slip keputusan 4A1 yang diperolehinya.
Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2004 bagi Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) telah diumumkan semalam dengan peningkatan 0.5% dari tahun lalu. Seramai 35,870 orang atau 7.3 peratus daripada 506,814 calon yang menduduki peperiksaan itu tahun ini memperoleh 5A atau 7A berbanding 32,982 calon (6.8 peratus) pada 2004.
Buat pertama kalinya, Kementerian Pelajaran turut mengumumkan pencapaian calon istimewa iaitu pelajar kurang upaya, antaranya menghidap disleksia, autistik, lumpuh dan buta. Daripada 630 calon istimewa, 2.4%atau 15 orang telah berjaya memperolehi 5A atau 7A manakala 63.8% atau 402 orang pula menguasai tahap minimum sekurang-kurangnya bagi satu mata pelajaran.
Pelajar luar bandar, adik Wan Nurshafiqah Munirah bt. Halimi dari Sekolah Kebangsaan Kampung Raja, Besut, Terengganu, muncul pelajar terbaik keseluruhan bagi UPSR 2005. Sementara itu Terengganu terus mengungguli pencapaian cemerlang UPSR selama lima tahun berturut-turut apabila lima pelajarnya berjaya menduduki tempat pertama, ke-11, ke-12, ke-15 dan ke-16 di kalangan 29 pelajar terbaik peringkat kebangsaan. Terengganu mencapai 12% atau 3,087 daripada 25,809 calon memperoleh 5A dan 7A, meningkat 1% atau 253 orang berbanding tahun lalu. Tahniah adik Wan Nurshafiqah dan Tahniah Terengganu.
8) Usaha itu tangga kejayaan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home