Friday, December 30, 2005

MyKad... Last Minute Action

Foto The Star - Barisan pemohon MyKad berbaris sejauh 2 km di JPN Jln Sultan, Petaling Jaya.
Malam tadi Berita TV3 menyiarkan kesesakan teruk di JPN serata negara apabila diserbu ribuan orang ramai yang terdesak untuk membuat MyKad setelah diumumkan tiada lagi perlanjutan tarikh selepas 31/12/2005. Tersebar berita, bagi yang lewat akan didenda RM200 (itu yang makin sesak tu). Dan pagi ini dipaparkan di dada-dada akhbar "suasana meriah" tersebut, antaranya mereka sanggup berbaris seawal 04:00 pagi sepanjang 2 km (Petaling Jaya), cuba membeli no. awal dari pemegang no. giliran dengan hanrga RM50.00 (Penang), ada JPN yang terpaksa ditutup jam 03:00 pagi (Putrajaya) dll.
Begitulah sikap rakyat Malaysia, tak kira bangsa, sama saja... last minute action, maksudnya suka berlengah2 sehingga di saat2 akhir. Begitu juga yang berlaku apabila pembayaran saman dengan diskaun dilancarkan - Balai Polis lenggang di peringkat awal tetapi menjadi sesak teruk menjelang sehari dua tarikh akhirnya. Juga berlaku untuk lain-lain kes yang ada tarikh akhirnya... permohonan masuk U pun tak terkecuali.
Alasan yang diberi sama aje... sibuk dengan urusan harian hingga tak ada masa langsung - yang peliknya disaat-saat akhir walaupun terpaksa bersesak sehari suntuk menunggu giliran ada pulak masanya (itu lagi membuang masa...). Setengah2nya ada pula masa untuk pergi bercuti atau bersantai dengan rakan-rakan dan keluarga. Juga ada masa untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian yang ada kala banyak membuang masa, antaranya bershopping (malah window shopping), memenuhi hobi dan pelbagai lagi.
Entah le... agaknya itulah sikap semualajadi sebahagian besar dari rakyat Malaysia - alasan sibuk sekadar menutup kelemahan & kesilapan diri. Jangan orang luar chop kita sudah le... Malaysia unik kerana rakyatnya jenis Last Minute Action...
Aku dah lama tukar... sejak 5 tahun lalu waktu mula2 dibuka kaunter JPN di JPJ Wangsa Maju - tukar lesen terus tukar IC biasa kepada MyKad dengan dimasukkan maklumat lesen sekali. Tapi banyak menimbulkan masalah... antaranya polis garu kepala bila dikatakan lesen dalam MyKad sebab diaorang tak ada Card Reader, bila perbaharui lesen di tempat sama, aku kena pula marah sebab apa masukkan lesen dalam MyKad (ikut hati nak jerit aje... itukan kelebihan MyKad) - tak pasal2 kena RM7.00 ambil gambar baru untuk dibuat lesen baru dll. Nampaknya gomen kena tengok balik fungsi MyKad dan kesediaan seluruh agensi kerajaan mengintegrasikan maklumat individu ke dalamnya.
30/12 - Menteri menafikan bayaran denda RM200.00 tetapi masih didenda tetapi jumlahnya lebih rendah dari RM50.00. Malah kad lama masih boleh digunakan sehingga tarikh yang akan ditentukan kemudian. Emm... terkedu semua orang... nampaknya JPN akan jadi lenggang balik kot... itulah satu lagi sikap, terlalu berlembut dan banyak bertangguh di pihak kerajaan walaupun telah kerap dimaklumkan tarikh terakhirnya...
04/12 - Keputusan kabinet - bayaran RM10 dikenakan mulai 01 Jan 2006 dan percuma bagi kanak2 berusia 12 tahun... terkedu le mereka yang berasak2 di saat2 akhir baru2 ni...
8) MyKad adalah my card bukannya my personal card

Mengiringi Isteri ke Muar & Batu Pahat

27/12/2005
05:00 pm - Bertolak dari pejabat - isteri & anak2 datang ambil - singgah di Shell selepas Tol Sg Besi untuk isi minyak & ibunya solat Asar. Perjalanan lancar melalui highway ke selatan, turun di tol ke Muar-Tangkak menuju Muar.
07:00 pm - Tiba di pekan Muar selepas melalui jambatan merentangi Sg. Muar - kelihatan tongkang di tepian sungai (jeti?), agaknya itulah cruise merentasi sungai. Setelah berpusing2 melungsuri jalan2 sehala, tiba kami di Classic Hotel yang berada dalam shopping complex - hotelnya not bad cuma yang tak puas hati tandasnya tiada salur paip (utk cebuk) & kolam renang hanya untuk dewasa (kesian anak2). Makan malam di warung Mee Bandung Muar, bersebelahan Shell, tak jauh dari hotel. Mee Bandungnya sedap sekali. Selepas makan terus balik bilik (5029).
28/12/2005
07:30 am - Sarapan di Season Cafe - nasi lemak & roti. Selepas tu ibunya keluar ke KK Sg. Mati diambil oleh rakan sekerjanya. Selepas makan, anak2 cuma lepak di bilik - mandi-manda di bath tub dan menonton TV. Tengaharinya keluar jalan2 kat The Store & singgah di Mc D - beli Happy Meal untuk anak2 - makan kat bilik.
1:30 pm - Minta check out lewat sikit (sepatutnya 12:00) - ingat nak solat jamak dulu tapi si kecil, Imran dah meragam kerana mengantuk, terus check out. Bawa kereta pelan2 menuju ke arah Sg Mati sambil melayan kerenah Imran yang kerap menangis. Nasib baik ada abang & kakak2nya yang dok tolong layan. Dapat info, ibunya dalam perjalanan ke KK Bakri, Muar. Pusing kereta, masuk susur ke Batu Pahat -Yong Peng. AlhamduliLlah Imran tertidur dengan seketul roti di tangan tanpa sempat disuap ke mulut - dah mengantuk sangat le tu... Kesian Imran... Teruskan perjalanan, selepas melalui beberapa lampu isyarat, kiri kanannya agak lenggang... masuk simpang ke Bakri. Singgah solat jamak bergilir dengan si abang, Iddin di Masjid Batu 5, Bakri. Teruskan perjalanan, melalui tanah perkuburan Islam yang luas saujana mata memandang... Tiba di KK Bakri... lepak2 sambil menunggu ibunya siap kerja jam 04:30 petang - Imran & kakak2nya tidur.. bangun kira2 setengah jam sebelum ibunya muncul.
04:45 pm - Bertolak ke Batu Pahat melalui laluan datang (Batu Pahat-Yong Peng).
06:15 pm - Tiba di Bandar Batu Pahat - tercari2 The Katerina Hotel. Info dari pihak hotel, berdekatan dengan shopping complex The Store. Masuk simpang dekat Pelican Hotel, terjumpa The Store tapi tak nampak nama hotel tu... rupa2nya The Store baru kat The Summit. Masuk The Summit, penjaga parking cakap hotel tu nun di sebelah sana, bukannya dalam shopping complex... terpaksa le bayar parking fee... nasib baik RM1.00 aje. Hotel sign dah nampak tapi terpusing2 mencari kerana kebanyakan jalan adalah sehala. Terjumpa juga.. wow... boleh tahan - single block. Lobinya agak luas, ketinggiannya mencapai Tingkat 15. Yang tak OK.. sama seperti Classic Hotel - tiada salur paip & kolam renang hanya untuk dewasa (Bilik 813).
Makan malam berorder - nasi goreng & mee goreng mamak. Nasi goreng tak cukup, ayam gorengnya berebut - order satu lagi - itu pun licin - kesian budak2... lapar betul diaorang. Mee gorengnya agak pedas, semuanya surrender. Tercari2 botol susu Kakak Leha.. rupa2nya tertinggal kat bilik air Hotel Classic, begitu juga botol susu Imran dan juga seluar mandi/dalam anak2. Berkejar ke Fajar, tak sempat kaunter dah tutup.Nasib baik tak mengamuk si kakak. Imran tak apa sebab ada susu ibunya.
29/12/2005
07:00 am - Sarapan di Cafe. Ibunya keluar ke KK Senggarang bersama teman sekerja. Sebelum naik ke bilik, anak2 berlegar2 di lobi. Selepas mandi & menonton kartun, bawa anak2 keluar ke Fajar - beli botol susu, pakaian Imran, selipar untuk kakak2 & makanan ringan.
01:30 pm - Check out lewat sikit selepas mandi dan solat jamak. AhamduliLlah... Imran OK aje. Bersama anak2 terus menuju ke Masjid Sultan Ismail tak jauh dari hotel. Masuk kawasan masjid Imran terus tertidur... Lega... dia tak buat hal macam semalam. Berhenti berteduh di bawah pokok di parking area yang luas, bersebelahan Pejabat Agama Daerah. Abang & kakak2 lain tak tidur.... main2 dalam kereta aje.
03:30 pm - Ibunya tiba dari Senggarang dihantar oleh kawannya. Isi minyak di Petronas berdekatan masjid, then terus bertolak balik ke Kuala Lumpur menuju arah Ayer Hitam sebelum melencong ke highway - perjalanan agak selesa - luas dan kurang kereta. Singgah isi minyak di Petronas TPM (RM50 = 270km).
06:55 pm - Tiba di rumah. AlhamduliLlah semuanya selamat (3 jam perjalanan).
8) Perjalanan yang amat memenatkan tapi itulah pergorbananku untuk yang tersayang

Friday, December 23, 2005

PMR - Terengganu Lagi - TAHNIAH

Foto UM 23/12/2005 - Adik Rabiatul Adawiah (kiri) dan sahabatnya, Adik Zuriati tersenyum bangga menunjukkan keputusan PMR mereka.
Keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2005 telah diumumkan semalam di mana Adik Rabiatul Adawiah Abdul Basir dari SMKA Tok Jiring, Kuala Terengganu muncul sebagai pelajar terbaik kebangsaan dengan pencapaian 9A. Tahniah Adik Rabiatul. Apa yang menarik, Rabiatul menjadikan seorang rakan karibnya di sekolah itu, Zuariati Afifah Mohamad, salah seorang daripada tiga pelajar terbaik peringkat negeri yang turut mendapat 9A dalam semua mata pelajaran sebagai pesaing utamanya.
Secara keseluruhannya, keputusan PMR tahun ini mencatat prestasi membanggakan apabila 20,101 calon mendapat pangkat A bagi semua mata pelajaran yang diambil. Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Ahamad Sipon, jumlah itu meningkat sebanyak 0.7 peratus berbanding 16,312 calon atau 4.2 peratus tahun lepas. Selangor muncul negeri terbaik dalam PMR tahun ini berdasarkan jumlah calon yang mencatat penguasaan minimum (Gred A, B, C dan D) dalam semua subjek yang diduduki walaupun tiada perbandingan secara rasmi dibuat di kalangan negeri.
Calon PMR tahun ini adalah kumpulan pertama yang menduduki mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris untuk tingkatan satu hingga tingkatan tiga di mana pencapaian turut meningkat. Bagi subjek Sains meningkat daripada 14 kepada 17.4 peratus, Bahasa Inggeris daripada 13.9 kepada 16.2 peratus dan Matematik daripada 20 kepada 21.2 peratus.
Sejumlah 445,102 calon mendaftar menduduki peperiksaan PMR tahun ini dengan 92.9 peratus (413,358) adalah calon sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran, 4.2 peratus (18,584) sekolah kerajaan negeri dan tajaan badan berkanun, 2.7 peratus (12,030) calon sekolah swasta dan 0.2 peratus atau 1,130 lagi adalah calon persendirian.
Menyorot kejayaan mereka yang berjaya, faktor penggunaan masa, dorongan dalaman serta sokongan ibu bapa serta guru adalah ramuan utama. Belajar sedari awal dan konsisten serta memberi tumpuan kepada pelajaran dan yang pasti tidak lupa berdoa padaNya.
8) Tahniah...

Wednesday, December 21, 2005

MAS oh MAS

Minggu lepas, Dewan Negara hangat setelah ditimbulkan oleh Senator Datuk Ali Al-Habshi mempersoalkan kredibiliti MAS dan CEO baru, Idris Jala kerana pembaziran yang masih terusan dilakukan walaupun umum mengetahui ianya telah mengalami kerugian yang besar.
Antara pembaziran yang didakwa dilakukan adalah pembelian 3 lukisan Fernando Botero bernilai RM1.557 juta untuk hiasan pejabat Pengerusi MAS (alasannya untuk jaga imej korporat), kos khidmat perundingan sebanyak RM1.3 juta, pembayaran gaji Pengurus Besar Kanan warga asing, Chris Andrew sehingga RM7,525 sehari (wow..sehari beb... kalah gaji PM), perlantikan warga asing, Peter Reed sebagi Ketua Pegawai Operasi - COO (tentu gaji pun tinggi), kos pengubahsuaian bilik Pengerusi mencecah ratusan ribu ringgit dan kos perjalanan Pengerusi yang kerap berulang alik ke luar negeri. Nampak gayanya tak lama Pengerusi MAS (Datuk Munir Majid) ni..., tak hairanlah ada ura-ura minta gantikan aje dengan Pengerusi Petronas sekarang, Tan Sri Mohd Hassan Merican.
Semalam sekumpulan ahli Kelab Senator telah berinteraksi dengan Idris tetapi dengar khabarnya mereka kurang gembira dengan jawapan beliau terutama cadangan penjualan bangunan MAS (sepatutnya jual lukisan) dan memohon peruntukan RM 1.5 billion dari kerajaan bagi menampung suntikan modal RM3.0 billion untuk langkah perstrukturan semula MAS.
Emm... kesian kat Idris Jala, belum apa2 dah kena bantai... Pak Lah (PM) pun dah cakap tak nak masuk campur, bagi peluang kat pengurusan baru. Bagi aku le, Idris sebagai MD & CEO perlu tegas, semua perbelanjaan dan perancangan yang membawa kepada pembaziran sebaiknya diketepikan dan tegas membuat keputusan yang diyakini dapat memulihkan imej MAS walaupun terpaksa menelan segala kepahitan. Yang paling penting adalah kejujuran dan keikhlasan.
8) MAS oh MAS... tak ade beban batu nak digalas...

Anak Sulung Berkhatan

Menjelang maghrib hari Isnin baru2 ni anak sulung aku, Iddin dibawa ke Naluri Medical Centre (NMC), Wangsa Maju - temujanji berkhatan bersama2 dengan sepupunya, Arif (5 tahun). . Kebetulan hari tu aku kerja dan lewat sikit sampai, so isteri aku uruskan untuk bawa ke NMC. Bila sampai di NMC (06:35 ptg), diaorang dah bersedia menunggu untuk masuk bilik operasi. Sebelum ni Iddin memang liat bila diminta berkhatan tapi bila kawannya, Zikri & sepupunya di Terengganu, Saiful dah berkhatan tiba2 aje dia setuju aje, gelabah pulak kita orang nak uruskan temujanjinya sebab dah nak habis tahun, awal Jan 2006 sekolah dah nak buka.
Sampai masanya, Iddin masuk dulu tanpa ditemani sesiapa... lama juga menunggu siap, ada le hampir 1/2 jam. Risau jugak dibuatnya. Sambil2 tu aku dokong si kecil, Imran ke sana kemari untuk hilangkan rasa boringnya. Kakak2nya dah balik rumah dihantar oleh Pak Tamnya. Iddin keluar berjalan dengan tersengih... AlhamduliLlah selamat tanpa dia rasa takut. Tahniah Abang Iddin. Bila ditanya pengalamannya, diceritakannya dengan ceria... katanya tak sakit pun. Doktor ajak berbual2, sampai satu ketika dia nampak asap... kata doktor kita masak dulu (guna laser kot). Lepas tu giliran sepupunya pulak masuk. Sebab maghrib dah masuk, kami minta diri dulu.
Sampai di rumah, Iddin terus tuntut hadiah "Magnetic Games" yang telah sedia dibeli dahulu, cuma dipesan tak boleh dibuka selagi tak bersunat. Seronoknya dia... Tapi kesian kat sepupunya, menurut ibunya dia menangis, mungkin bukan kerana sakit tapi kerana takut...
Teringat zaman aku bersunat dulu, masa tu umur 11 tahun... kecut perut aku dibuatnya. Dalam ketakutan aku didudukan atas batang pisang di tengah rumah di kelilingi kaum keluarga serta jiran tetangga. Tok Mudin datang (biasanya bermisai lentang - nampak garang) dengan briefcasenya... Pisau dikeluarkan - wow... berkilau tajam matanya. Katanya jangan takut, tak sakit... apa tak takutny tengok pisau lagu tu. Dikeluarkan jarum terus diinject ubat bius 2 kali... terasa kebas... kata Tok Mudin, tengok ni... tak sakit kan... dicubitnya anu aku hingga berdarah... lepas tu bermula lah acara kemuncak... kulit luar anu dipotong, then dijahit serta dibalut... siap. Sakitnya datang bila ubat biusnya dah hilang... masa tu dah tersadai tengah rumah. Kain sarung digantung digalang rumah... makan-minum dilayan bagaikan raja... ada le 1 minggu dok lagu tu... lepas tu seminggu lagi berjalan ke hulu ke hilir sambil pegang kain, terkena anu ngilu rasanya... begitu juga bila dah mula pakai seluar... itu kisah aku lebih 25 tahun lepas...
Hari ni, dah masuk hari ke-2, Iddin nampak OK aje... cuma akan terasa sakit apabila kesan ubat yang dimakan 3 kali sehari tu semakin kurang. Malam tadi, cuba dibuka balutannya, tinggal sikit lagi tapi melekat kat kulit - teresak2 dia menangis kesakitan... Sabar bang... lain kali aje kita bukakan.
Dua hari ni orang rumah kerja sebelah petang aje, paginya kat rumah tengok2kan Iddin. Nampaknya OK tak macam sepupunya masih lagi tersadai kat rumah, kain pelikat digantung, makan-minum bersuap... bila lagi kan Arif... masa ni le nak jadi raja. Mungkin esok aku kena ambil turn jaga si abang... so, cuti le kot.
8) Nasib baik Imran dah sunat awal (lepas lahir)

Tuesday, December 20, 2005

Banjir Melanda Lagi

Foto UM 20/12/2005 - Keadaan banjir di satu kawsan perumahan di Jitra, Kedah.
Hampir keseluruhan akhbar hari ini melaporkan di muka depan, keadaan banjir sehingga semalam semakin teruk, bukan sahaja di Pantai Timur tetapi teruk melanda di Utara Semenanjung. Diberitakan banjir di Perlis dan Kedah adalah paling teruk semenjak 30 tahun lalu di mana hampir 16,000 orang (Kedah - 12,000 + Perlis - 4,000) telah dipindahkan. Terkini... 21/12 - 22/12, bilangan yang berpindah di Kedah & Perlis meningkat kepada hampir 27,000 orang...
Di Perlis, hampir keseluruhan negeri (UM : 85%) ditenggelami air terutama di Arau, Kangar dan Tambun Tulang. Manakala di Kedah pula kawasan yang teruk adalah Kubang Pasu dan Padang Terap. Banyak jalan utama di tutup (termasuk Lebuhraya Utara Selatan) mengakibat kegiatan ekonominya lumpuh sama sekali. Jelapang padi yang dijangka akan dituai akhir tahun ini turut musnah. Ia meliputi kawasan penanaman padi seluas kira-kira 25,000 hektar - 12,000 hektar dalam kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA); 3,000 hektar padi di luar kawasan MADA di Kedah manakala 13,000 hektar lagi kawasan padi di Perlis.
Pihak berkuasa mengandaikan banjir teruk di Utara Semenanjung adalah disebabkan oleh air hujan tidak dapat mengalir ke laut kerana air laut sedang pasang besar. Satu lagi dikatakan kerana kenaikan mendadak kapasiti air di Empangan Timah Tasoh, kira2 29 meter.
Di Perak, keadaannya tidak berapa teruk dengan hampir 800 orang dipindahkan. Di Terengganu, hanya kawasan sekitar Besut yang terlibat dengan kira2 1,800 orang dipindahkan. Manakala di Kelantan di sekitar Pasir Mas dan Rantau Panjang di mana-mana kira2 2,800 orang terlibat.
Rupa-rupanya di selatan Thailand dan sekitar Manila juga teruk dilanda banjir.
Ada senda politik yang dikaitkan dengan Pengkalan Pasir di Kelantan yang baru lepas pilihanraya kecil di mana satu isu yang dimainkan adalah banyak parit dan longkang tersumbat mengakibat banjir melanda. Sendanya, parit di Pengkalan Pasir tersumbat, bah di Kedah dan Perlis.
Walau apa pun, perlu diingat bencana yang terjadi adalah adalah dengan kuasaNya... kun fa ya kun... perlu kita kembali merenung dan muhasabah diri, mungkin ada perkara yang menyangkut soal kehidupan seharian kita sebagai peringatan.
8) Ya Allah, ampunilah kami dan kurniakanlah petunjukMu. Amiin.

Monday, December 19, 2005

Mertua Bertamu ke Tanah Suci

Semalam, kedua mertuaku berangkat menunaikan haji (kali kedua, kali pertama 1985) ke Tanah Suci Mekah - penerbangan KT 47 (MH 8066) jam 07:00 malam di KLIA. Jam 12:30 tengah hari, kami keluar rumah dituruti sama oleh 2 lagi kereta bersama-sama dengan 8 orang kanak2. Walaupun pendaftaran dijadualkan jam 03:45 petang, mertuaku minta hantar awal, sebelum Zohor tiba di Kelana Jaya agar dapat mereka lakukan solat Jamak di sana.
Perjalanan dari Hulu Kelang melalui MRR2 ke arah Kepong, masuk susur ke Damansara/ Petaling Jaya, terus menuju ke Kelana Jaya - jalan yang tak pernah aku lalui - OK le dapat belajar jalan baru. Perjalanan hanya mengambil masa 1/2 jam, mungkin kerana hari Ahad. Pada awalnya orang tak berapa ramai tetapi menjadi sendat apabila menjelang jam 03:00 petang. Kaum kerabat yang turut sama satu flight sedari awal lagi dah berkumpul termasuk Cik Mad Kelang bersama isteri, Cik Yati & 2 anaknya, Cik Hussain & Cik Sainah, Mak Yam dan Cik Par AU2. Bebudak 8 orang tu dah buat hal kerana boring dan penat menunggu - tak tahu nak buat apa. Hampir jam 04:00 petang barulah bakal jemaah dipanggil masuk untuk mendaftar dan mengambil pas haji dan pas penginapan. Lepas tu kami terus pulang ke Hulu Kelang.
Selamat berangkat mak & abah, moga dikurniakan kekuatan, dipermudahkan segala urusan dan dianugerahi Haji Mabrur. Amiin.
Menurut sumber, tahun ni seramai 2.5 juta jemaah haji bakal memenuhi Mekah menyahuti seruan suci sebagai pelengkap Rukun Islam yang lima. Bila lagi giliran aku... entah le, daftar pun belum lagi... Insya Allah aku akan daftar dalam masa terdekat ni. Amiin.

Wednesday, December 14, 2005

Sikecil Meragam Ditinggalkan

Kelmarin (pagi Isnin) orang rumah aku outstaion ke Kelantan, ada seminar kat KB selama 3 hari 2 malam (3D/2N). Tinggallah si kecil, 1 1/2 tahun yang susah berenggang dengan ibunya terutama di malam hari. Dua malam dia menangis & merajuk lebih2 lagi waktu nak tidur.
Malam pertama, a
ku masuk tidur dulu, dia didukung ke hulu ke hilir oleh orang gaji sebelum terlelap. Jam 12:30 t/mlm kedengaran lantang tangisannya. Lebih 1/2 jam dipujuk, nangisnya tak berhenti juga. Kena pulak dia tak nak dengan orang lain hatta datuk dan neneknya kecuali dengan aku. So, bawalah naik kereta hampir 20 minit pusing2 Ulu Kelang... tidur kat kereta. Kat rumah kena dodoi dalam dukungan dulu sebelum tidur kat bilik. Jam 4:40 am, dia buat hal lagi... macam sebelumnya, didukung dan didodoikan ke hulu ke hilir sebelum diimasukkan ke buaian.
Selepas solat Subuh aku tidur balik... kepala rasa pening2 dan tekak rasa loya - rasa tak larat nak ke opis. Jam 09:00 am bangun dan bersiap ke pejabat. Si kecil dah bangun dan dibawa keluar oleh datuk dan neneknya beli sarapan...
Malam kedua sedari awal kagi dah buat hal - serba serbi tak kena, tangisan & rajukannya berpanjangan. Jam 11:00 mlm bawa naik kereta tapi tangisannya tak henti juga... disambung pula dengan dukungan seperti malam sebelumnya... tidur dipangkuan, masukkan ke buaian... tidur dalam sedu dan sedan... kesian. Jam 02:30 pagi, dia bangun lagi... nasib baik le dia meragam sekejap aje... tidurlah ia sehingga ke pagi. Malam ni ibu dia balik tapi hujung minggu ni kena outstation lagi ke Port Dickson...
Pengalaman ni benar2 menguji kesabaranku... adakalanya aku memang hilang sabar tapi bila diingatkan sikecil ni tiada apa silapnya... bersabar aje le...
8) Syurga terletak di bawah telapak kaki ibu

Monday, December 12, 2005

Sidang Kemuncak Asean Ke-11

Bermula 12/12/2005 hingga 14/12/2005 berlangsungnya Sidang Kemuncak Asean Ke-11 yang dihadiri oleh kesemua 10 ketua negara-negara Asean (Apa 10 tu ye... Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Brunei, Filipina, Vietnam, Kemboja, Laos & Myanmar... betul ke?). Tema yang dibawa adalah One Vision, Identity & Community dan apa yang difokuskan adalah perlu adanya "semangat kekitaan" dalam setiap individu warga Asean dengan cita-cita melahirkan komuniti Asean yang bersatu padu tanpa perselisihan, Asean Community 2020.
Persidangan ini diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) dan setiap hari boleh didengari di radio dan juga tertera pada Papan ITIS terdapat jalan2 tertentu ditutup terutama di sekitar KLCC pada waktu puncak (08:00am - 09:00am) dan pada awal malam (07:30pm - 08:30pm).
Macam mana ya mereka yang bekerja di sana ya, sure rimas dan terkejar-kejar takut tersekat di jalanan... senang2 cuti aje 3 hari tu, habiskan cuti tahunan, bawa anak isteri bercuti atau sediakan kelengkapan sekolah anak... berbaloi juga ya daripada bersesak2 di jalanan lebiha baik bersesak di shopping complex atau di tempat-tempat rehat sementara cuti sekolah masih ada.
8) Selamat Bersidang...

Saturday, December 10, 2005

Demam Piala Dunia 2006

Pengarah Komunikasi Fifa, Markus Siegler (kiri) menunjukkan kertas tertera nama England pada majlis undian pusingan akhir bola sepak Piala Dunia Jerman 2006 di Leipzig, timur Jerman. Turut hadir dan memerhatikan majlis undian berkenaan ialah lagenda bola sepak antarabangsa Cameroon (dari kiri) Roger Milla, Johan Cruyff (Belanda),Pele (Brazil) dan Lothar Matthaus (Jerman).
Perebutan piala bola sepak paling berprestij, Piala Dunia yang diadakan 4 tahun sekali bakal dilangsungkan pada 9 Jun 2006 di Jerman semakin terasa kehangatannya apabila undian pasukan mengikut kumpulan (8 kumpulan) telah diadakan di Leipzig, timur Jerman semalam. Tumpuan lebih kepada pasukan Brazil (juara 5 kali), Jerman (juara 3 kali), Argentina, Perancis, Itali, Mexico dan Belanda. Nampaknya kebanyakan kuasa2 bolasepak berada dalam kumpulan awal yang dianggap mudah tanpa perlu bersemuka antara satu sama lain kecuali Argentina dan Belanda yang diletakkan dalam satu kumpulan.
Nampaknya hawar demam Piala Dunia Jerman 2006 ini akan kembali menyerang para peminatnya. Bersandarkan pengalaman lepas, akibatnya agak parah kepada para pekerja, kebiasaannya prestasi kerja akan menjunam jatuh di mana fenomena tak cukup tidur, tak datang kerja, demam kurang kebah dll kerana kebanyakan perlawanan dilangsungkan pada waktu tengah malam atau dinihari.
Nasib baik le aku ni bukan tahi bola... kalau tak, silap2 boleh berjangkit sama.
8) main bola, tidur bola, makan bola... itu angau bola namanya.

Friday, December 09, 2005

Pengalaman Endoskopi

Seperti dalam entriku yang terdahulu, ada dimaklumkan penyakit gastrik yang aku hadapi. Beberapa jenis ubat telah ditelan tapi tak nampak tanda2 rasa pedih perut dan senak di dada boleh hilang. Doktor pun naik pelik, jadi disarankan aku buat 2 ujian - endoscopic (teropong perut) untuk lihat kot2 ada kesan luka/ ulcer dalam perut & breath test (ujian nafas - minum oren) untuk lihat kot2 ada bakteria dalam perut. Breath test telah pun aku jalani dahulu - negative.
Temujanji endoscopic pada 23/12 di Pusat Endoskopi, Tingkat 1, HUKM dijalankan oleh Dr. Rohaizad ditemani oleh isteri. Aku ni fobia sikit dengan jarum, so aku minta dilakukan ujian dalam keadaan sedar. Aku dibaringkan. Mulutku disembur perasa pahit untuk kebaskan tekak. Melalui corong yang dipasang pada mulut, salur teropong dimasukkan terus ke perut. Sesekali tekak terasa loya tapi aku tahankan dari termuntah. AlhamduliLlah... ada la 20 minit - didapati ada benjol kecil di dinding perut. Dr. Rohaizad minta jalankan Ultrasound Test esok oleh Pakar Dr. Jasmi sebab dia tak familiar dengan cara tu.
Keesokan harinya aku ke tempat yang sama tanpa ditemani isteri. Pukul 08:30 pagi dah sampai. Lama menunggu dalam keadaan aku berpuasa (last aku makan petang semalam) - perut dah berkeriut, adakala rasa macam nak pitam. Mereka yang lewat dari aku dah pun dipanggil doktor. Kira2 jam 10:30 pagi baru dipanggil masuk.
Macam semalam, aku cuba elakkan dari kena bius. Untuk dapatkan kepastiaan, normal endoscopic test dilakukan... alahai teropongnya susah nak masuk.. selepas dijolok berkali2 baru lepas. Aku dah termuntah2... Lepas tu nak dijalankan Untrasound menggunakan kabel yang lebih besar... aku minta dibiuskan aje... Dalam keadaan takut2, aku kena cucuk kat pergelangan tangan kanan. Tak berapa lama aku dah tak sedar apa yang berlaku... hinggalah aku terjaga dari tidurku... tertidur dalam keadaan senang dan terjaga pun macam tak de apa2 yang terjadi... Selepas berehat seketika, aku dibenarkan balik... jam dah pukul 12:00 t/hari. Nurse minta aku rujuk kat Dr. Rohaizad untuk maklumat lanjut.
Adalah hampir 2 minggu tekak aku rasa sakit2, mungkin kesan luka atau bengkak akibat terkena jolokan benda keras (kepala teropong) - nak telan air liur pun sakit, apatah lagi nak telan makanan. Sabar aje le...
8) Malu aku kat nurse... dah besar panjang pun takut jarum...

Piala Juara Juara - MU Tersingkir

Keputusan perlawanan pusingan pertama antara juara 2 kali Liga Juara-Juara (Eropah), Benfica ke atas kelab gergasi bola sepak Inggeris, Manchester United, 2-1 di Lisbon semalam amat mengejutkan, sekaligus menyingkir pasukan elit berkenaan dari memasuki pusingan kedua. Dalam TV malam tadi, jelas Sir Alex Furgeson, juralatih MU seolah-olah tidak dapat menerima hakikat tersebut. Itulah bola namanya, kerana ianya bulat, barang siapa yang lebih terror mengolekkannya akan menjadi miliknya.
Macam mana ya reaksi penyokong2 MU terutama di kalangan peminat fanatik di Malaysia yang gah dengan kelab peminatnya, MUFC Club. Kebetulan pula bos aku peminat setia MU tak datang kerja hari ni... harap2 bukan kerana MU dah le... sorry boss!
Bola ni aku minat juga tapi sekadar minat tengok bola masuk jaring, pasukan mana yang masukkan tak kisah le...
8) Makan bola, tidur bola... - itu dia orang, aku pilih bantal

Wednesday, December 07, 2005

Syilling RM1 Lupus

Hari ni secara rasminya Bank Negara Malaysia (BNM) menghentikan peredaran syilling RM1.00 dari pasaran setelah diumumkan sejak 3 bulan lalu. Langkah ini diambil kerana tanpa disedari duit emas tersebut telah bercampur aduk dengan duit emas palsu walaupun secara rasminya pihak BNM telah menghentikan cetakannya sejak tahun 2004 lagi tetapi jumlahnya telah bertambah di pasaran. Itulah langkah drastik yang terpaksa diambil... kat rumah aku masih ada hampir RM10.00 duit tersebut yang tak sempat aku tukar kerana kesuntukan masa, terpaksa le jadi bahan koleksi aje.
Kedai-kedai runcit sejak sebulan lalu telah menolak urusniaga menggunakan syilling berkenaan. Manakala shopping complex telah mula membebaskan troli-troli mereka "berkeliaran" di tolak dan ditinggalkan oleh pembeli di merata tempat, nampaknya pemungut troli semakin sibuk bekerja bukan hanya sekadar menyediakan duit tukar ssahaja. Yang tak seronok masa troli tak cukup, pembeli pula terpaksa merayau atau mengikut bontot pembeli yang menolak troli ke kereta untuk dapatkan troli. Tak hairanlah akan kelihatan kembali fenomena troli parking di sekitar kawasan taman perumahan bersebelahan shopping complex.
8) Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih...

Pengkalan Pasir

Semalam adalah hari mengundi di DUN Pengkalan Pasir, Kelantan berikutan kematian ADUNnya, Wan Abdul Aziz Wan Jaafar (PAS) pada 31/10/2005 lalu kerana kanser hati. Proses penamaan calon telah diadakan pada 27/11/2005 lalu menyaksikan pertandingan 3 penjuru iaitu PAS (Hanifa Ahmad), BN (Hanafi Mamat) & calon bebas, Payung (Dato' Ibrahim Ali). 2 lagi calon bebas ditolak kerana tidak mampu menyediakan cash deposit RM5,000 (cek ditolak).
Kempen secara besar2an diadakan menyaksikan Pengkalan Pasir yang dulunya agak sunyi menjadi begitu meriah, bukan sahaja dengan kehadiran petugas dan pemerhati tetapi dengan harga barangan yang melambung. Dikatakan sewa rumah kampung mencecah RM3,000 sebulan, teh RM1.50 secawan dll - rezeki pilihanraya. Jika dilihat keputusan pilihanraya 2004, PAS hanya menang tipis, majoriti 56 undi sahaja. Tak hairanlah jika Pengkalan Pasir betul2 menjadi pengkalan pertarungan sengit terutama BN & PAS, tambahan pula majoriti kerusi PAS di DUN sekarang hanya 1 kerusi sahaja.
Malam tadi telah diisytiharkan pemenangnya. Calon BN, Hanafi Mamat telah menang tipis dengan majoriti 129 undi setelah memperoleh 7,419 undi, manakala calon PAS, Hanifa Ahmad mendapat 7,290 undi dan calon Bebas Datuk Ibrahim Ali, 414 undi. Sebanyak 160 lagi undi rosak dengan jumlah keluar mengundi 83.04 peratus atau 15,273 orang pengundi, lebih tinggi daripada pilihanraya 2004. Oleh kerana majoritinya kurang dari 2%, maka proses pengiraan semula perlu dilakukan dan dijangka akan dilakukan jam 10:00 pagi ini. Kebiasaannya jika ada perbezaan pun jumlahnya agak kecil dan kemenangan dijangka akan tetap pada pemenang sebelum ini. Bagai yang dijangka, calon BN menang dengan majoriti 134 (BN 7422, PAS 7288 & Bebas 415, Rosak 158). Tahniah Hanafi Mamat.
PAS mendakwa kemenangan BN berpunca dari undi pos sebanyak 195 dan juga "pengundi hantu" yang sukar dikesan. Kepada semua, lupakanlah sebarang persengketaan politik, kempen mengempen dah selesai, tumpukan pada amanah yang telah diberikan dan kotakan setiap janji yang ditaburkan, samada BN atau PAS, tidak hanya retorik pilihanraya semata-mata. Tak usahlah diungkitkan soal pembubaran dewan dll, sebaiknya susunlah perancangan bersama, bukan untuk orang lain tapi untuk saudara seagama kita juga cuma hanya berbeza pendekatan politiknya. Jika tak suka, tunggulah pilihanraya seterusnya...
8) Ingatlah...jawatan adalah amanah Allah.

Tuesday, December 06, 2005

Menarik Sukan

Skuasy - Nicol No. 1 Dunia
Ratu Skuasy Negara, Nicol David, 22, telah berjaya merangkul kejuaraan Kejohanan Terbuka Dunia di Hong Kong kelmarin mengalahkan pemain no. 2 dunia, Rachael Grinham dari Australia 8-10, 9-2, 9-6, 9-7 dalam pertarungan selama 65 minit. Menariknya, sehari sebelumnya beliau telah berjaya menumpaskan pemain Belanda, Vanessa Atkinson di peringkat separuh akhir, sekaligus bakal dinobatkan pemain no. 1 dunia dalam ranking dunia yang akan diumumkan Januari 2006 nanti. Nicol sebelum ini mencatat sejarah sebagai pemain wanita pertama dari Malaysia dan Asia menjuarai Terbuka British di Manchester dua bulan lalu. Banyak ganjaran yang bakal diterima olehnya sekembalinya ke tanah air. Kerajaan Malaysia telah bermurah hati menghadiahkan RM200,000, manakala kerajaan negeri kelahirannya, Pulau Pinang juga berhasrat memberikan ganjarannya, setakat ini belum diketahui lagi apakah dia. (08/12/2005 - Penang umumkan anugerah RM30,000 + apartment RM180,000 + kalung emas dari Yang Dipertua PP). Tahniah Nicol.
Sukan SEA - Melepasi Target 55 Pingat Emas
Semalam adalah hari terakhir dan penutup temasya Sukan SEA ke-23 di Filipina yang menyaksikan Filipina masih mengungguli pungutan pingat, diekori jauh oleh Indonesia, Vietnam dan Malaysia. Kontijen negara mensasarkan 55 pingat emas tetapi berjaya meraih 61 pingat emas mengatasi pencapaian terbaik aksi luar negara Sukan SEA ke-20 di Brunei pada tahun 1999. Menariknya, ramai muka-muka baru yang tak disangka-sangka berjaya meraih emas berbanding atlit popular yang diharapkan menyinar tetapi kecundang akhirnya. Satu lagi, kebiasaannya negara penganjur selalunya akan jadi peraju takhta. Apa2 pun... Tahniah Harimau Malaya.
Bolasepak - Liga Malaysia Bermula
Sabtu malam Ahad, perlawanan merebut Piala Sumbangsih Raja Ahmad Shah antara Selangor dan Perak membuka tirai Liga Malaysia yang turut dimulakan dengan beberapa perlawanan Liga Super. Menariknya perlawanan Selangor vs Perak ni, separuh masa pertama nampak seimbang aje, kekal 0-0. Tetapi separuh masa kedua menyaksikan Selangor, juara 3 piala berganda musim 2005 dibelasah 4-1 oleh Perak. Sedihnya perlawanan tersebut turut ditonton oleh Sultan Selangor yang dimomokkan kemenangan Selangor adalah hadiah keputeraan Al-Sultan pada 10/12/2005. Tahniah Perak.
Kapal Layar - Monsoon Cup
Kejohanan kapal layar merebut Monsoon Cup yang julung2 kali diadakan di Malaysia juga di Asia telah melabuhkan layarnya semalam di perairan Pulau Duyong, Terengganu. Menariknya tidak banyak cabaran dan dugaan yang perlu ditempuh oleh peserta2 dunia ni kerana angin yang bertiup agak lemah gemalai, antara 5 knots - 15 knots sahaja. Dari siaran akhbar dan televisyen, jelas kelihatan para pelayar duduk lepak aje atas perahu masing2 dengan alunan ombak yang perlahan. Hadiahnya agak lumayan, RM10,000 tetapi cabarannya kurang. Moga2 pelaburan penganjurannya berbaloi.
8) Tuah ayam pada tajinya, tuah manusia siapa tahu

Monday, December 05, 2005

Triple J-Series

Triple J = JJJ dianggap satu gabungan menarik terutama bagi peminat plat kenderaan. Tersiar di The Star 02/12/2005, untuk JJJ-series, JPJ telah berjaya mengaut RM3.26 juta, satu jumlah tertinggi yang pernah diperolehi dalam penjualan no. plat kenderaan. Terdapat 4 kategori plat no. iaitu emas, popular, menarik dan lain2. Untuk JJJ1 - JJJ10 sahaja (kategori emas), sebanyak RM551,000 berjaya dikutip dengan tender tertinggi untuk no. JJJ1 menjangkau lebih RM150,000.
Wow... satu jumlah yang amat besar... Kepada kaki no. @ peminat no., pelaburan untuk mendapatkan no. yang dikatakan menarik ini dianggap berbaloi, terserah kepada individu itu tersendiri samada ada kaitan dengan nostalgia, ada maksud tersirat, hadiah untuk tersayang, angka & no. bertuah dll... yang pasti kepuasan adalah noktahnya.
Jika ditanyakan pada aku yang tak seberapa duit dikantong ni, rela aku tukar nombor2 tu dengan RM, lebih banyak guna dan faedahnya... itu aku... dia orang tu lain pulak ceritanya.
8) Agaknya falsafah diaorang.. duit boleh dicari, terlepas no. mengigit jari...

Bercuti di Damai Laut

Sekembalinya dari bercuti balik kampung di Terengganu hari Khamis, keesokan harinya kami bertolak ke Swiss Garden Hotel, Damai Laut, Lumut, Perak. Perjalanan 3 1/2 jam melalui Tol Sg. Buloh (hujan lebat betul tetapi sekejap aje) merentasi lebuhraya ke Utara, melencong melalui Tol Bidor ke Teluk Intan & Lumut. Hanya singgah sekejap solat Qasar Asar di Masjid Sg. Lekir. Anak2 dah minta masuk kolam tapi hari dah menjelang Maghrib - tangguh esok pagi.
Oyaa.. ini kali ke-3 kami ke Damai Laut. Pertama kali mengikuti hari keluarga syarikat tahun 2001, kali ke-2 tahun lepas meraikan anniversary mertua bertempat di Swiss Garden Apartments. Penginapan kami adalah menggunakan Swiss Garden Membership Card.
Pagi Sabtu, selepas sarapan di warung di pintu masuk (sorry le... banyak sangat lalat le, gelas air pun kena tutup dengan tisu), kami ke Jeti Damai Laut - sunyi aje tanpa pengunjung tapi kelihatan amat cantik. Selepas tu kami terus ke kolam renang... anak2 dah tak sabar nak berendam (memang itu yang dia orang idamkan setiap kali bercuti di hotel). Petangnya kami ke Pekan Lumut - makan tengahari, bersantai di jeti dan ibunya membeli sedikit buah tangan. Kedai kayu menjual ikan bilis & kain-baju tiada lagi, digantikan dengan medan selera & kedai jualan konkrit. Sekembalinya dari pekan, anak2 nak juga turun ke laut... jam dah 06:45 pm - OK le... 15 minit main pasir terus naik bilik, esok janji turun laut lagi.
Pagi Ahad, turun ke Watersport - anak2 main air sambil mengutip etak-etak - dapatlah 2 baldi kecil. Aku tak masuk laut, cuma ibu dan orang gaji (Leha) aje yang melayan bebudak 4 orang tu terutama si kecil - aku leka korek pasir cari etak2. Kira2 jam 10:30 am, bergegas ke kolam renang pulak... Jam 1:00 pm check out.
Perjalanan balik melalui Sabak Bernam, Tg Karang, Kuala Selangor & Sg Buloh. Jalanrayanya dah OK - satu hala 2 lorong tak seperti perjalanan tahun lepas yang masih banyak tak siap. Tiba di rumah kira2 jam 05:00 pm, hanya singgah beli buah2an di tepi jalan dan solat jamak qasar di Masjid Jamek Saadiah, Sg Besar. Ada benda baru ditemui, terdapat beberapa gerai di Kula Selangor tertera perkataan "Mentarang" - apa ke benda tu. Menurut Leha, benda tu adalah sejenis ubi kecil yang manis. Walaupun kepenatan tetapi menyeronokkan, terasa malas pulak nak ke opis.
8) Jauh perjalanan, luas pengalaman

Sunday, December 04, 2005

MAS & Air Asia

MAS singkatan bagi Malaysia Airlines System, syarikat penerbangan utama negara dilaporkan telah mengalami kerugian sebanyak RM648.4 juta bagi 6 bulan pertama 2005 (Q1 - RM280.7 juta + Q2 - RM367.7 juta) walaupun tahun sebelumnya mengaut keuntungan. Dari laporan NST 01/12/2005, 2005 revenue naik 9.4% kepada RM3 billion tetapi operational cost meningkat lebih 3 kali ganda kepada 32% iaitu RM3.4 billion terutama melibatkan maintenance charges, staffs salary, handling n landing fees dan tidak terkecuali fuel cost naik 45% kepada RM1.16 billion.
Mulai 1 Dis 2005, En. Idris Jala (belum dapat datuk ke?) telah dilantik sebagai Pengarah Urusan MAS yang baru menggantikan Datuk Fuad yang telah meletakkan jawatan. Banyak benda yang nak kena tengok, bukan senang nak bersihkan "sampah sarap" yang bersepah, tak disangka2 mungkin ada yang tersembunyi di bawah carpet.
Menariknya dalam keadaan nazak, diberitakan MAS melalui syarikat induknya Penerbangan Malaysia Bhd (PMB) telah memeterai perjanjian perolehan 6 pesawat penumpang dan kargo terbesar di dunia, Airbus A380 yang baru dilancarkan April, 2005
pada harga anggaran AS$1.6 bilion (RM6.156 bilion) atau AS$270 juta seunit.
Nota : Malaysia ialah pelanggan keempat pesawat A380-800 itu yang akan mula memasuki pasaran pada 2006. Pesawat Airbus A380 menggunakan teknologi terkini dan menawarkan pengurangan kos pengendalian antara 15 peratus hingga 20 peratus bagi setiap kilometer tempat duduk, dengan jarak yang lebih jauh berbanding pesawat terbesar sedia ada. Pesawat A380 yang mempunyai 555 tempat duduk, akan dipasang enjin Rolls Royce Trent 900.
Dalam keadaan MAS bergelut dengan pelbagai spekulasi, syarikat penerbangan tambang murah Air Asia terus melonjak naik. Air Asia telah menempah 30 Airbus 320, perjanjian sehingga tahun 2010. Nampaknya MAS kena belajar dari adik bongsu atau junior.
8) Selamat Berjuang