Banjir Besar di Selatan Tanah Air
Kawasan di sekitar Wisma Persekutuan, Johor Bahru digenangi air - Foto Utusan Malaysia
Dalam musim tengkujuh melanda Pantai Timur Semenanjung di mana Kelantan, Terengganu dan Pahang sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga, tiba-tiba dikhabarkan negeri-negeri yang terletak di selatan Semenanjung terutama Johor habis ditenggelami air. SubahanaLlah... itulah kuasa Allah SWT.
Hujan yang turun tanpa henti selama 24 jam menyebabkan banyak sungai yang melimpah seterusnya menenggelamkan hampir keseluruhan negeri Johor, termasuk juga sebahagian besar negeri Melaka dan Negeri Sembilan. MB Johor, Datuk Abdul Ghani Othman meminta rakyat Johor sentiasa berwaspada kerana hujan dijangkakan akan berterusan sehingga beberapa hari lagi. Kawasan paling teruk adalah Kampung Maju Jaya dan Kampung Tawakkal di Kempas yang dinaiki air setinggi 8.5 meter. Manakala Balai Polis Plentong dan Kampung Laut di Skudai ditenggelami air sedalam 2 meter. Menurut Abdul Ghani, Johor biasanya menerima purata taburan hujan sebanyak 2,500 milimeter setahun. Bagaimanapun, dalam tempoh 24 jam yang lalu (18hb), di daerah Johor Bahru sahaja telah mencatatkan purata hujan sebanyak 400 milimeter dan Segamat 350 milimeter. Ini adalah fenomena luar. Sehingga malam tadi kira-kira 10,000 orang telah dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan dan dikatakan bencana banjir ini adalah paling teruk sejak 100 tahun dahulu.
8) Teringat tahun lepas, negeri Perlis dan sebahagian negeri Kedah mengalami nasib yang sama
News Update
Bernama 21/12 - Banjir makin buruk. Sehingga jam 06:00 pagi tadi, seramai 44,577 mangsa di Johor membabitkan 8,977 keluarga dari 183 kawasan yang terjejas ditempatkan di 274 buah pusat pemindahan sementara yang dibuka dengan daerah Muar mencatatkan jumlah tertinggi itu 9,634 orang, Kluang 9,539 orang, Johor Bharu 8,340, Segamat 5,245, Batu Pahat 4,708, Kota Tinggi 4,114, Pontian 2,762 dan Mersing 235. Di Melaka, daerah Melaka Tengah semakin teruk, mencatatkan perpindahan kira-kira 3,937 orang, dikuti Jasin seramai 970 orang dan Alor Gajah 735 orang. Manakala di Negeri Sembilan seramai 415 orang dipindahkan dari Daerah Gemas, Gemenceh & Tampin. Di Rompin dan Kuantan, Pahang 1,077 orang dipindahkan.
Bernama 22/12 - Sehingga tengah malam tadi seramai 67,053 orang telah dipindahkan di Johor, Melaka, Kelantan dan Pahang. Banjir meragut 3 nyawa di Segamat dan 2 lagi di Kluang. 57, 477 orang telah dipindahkan di Johor. Segamat dan Kota Tinggi terputus hubungan dan elektrik serta air. Muar mencatat angka pindah paling tinggi dengan 16,284 orang dan paling rendah Mersing seramai 442 orang. Di Melaka seramai 7,103 orang dipindahkan dan seramai 1,960 di Pahang dari Rompin, Maran dan Kuantan. Di Gua Musang, Kelantan seramai 594 orang berada di pusat pemindahan.
BH 23/12 - Di Johor keadaan banjir semakin buruk di mana 62,594 orang dipindahkan sehingga petang semalam dengan daerah Kota Tinggi dan Segamat masih tidak boleh dihubungi melalui jalan raya manakala daerah Tangkak pula mula dinaiki air. Keadaan di Melaka Tengah dan Jasin bertambah buruk semalam apabila mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 12,051. Di PAHANG, 3,719 orang dipindahkan petang semalam berbanding 1,627 orang kelmarin. Banjir di Kelantan, Terengganu & Negeri Sembilan semakin pulih.
BM 24/12 - Keadaan banjir semakin buruk. Jumlah mangsa dipindah ke pusat pemindahan sementara di seluruh negara terus meningkat kepada 95,988 orang dengan 77,636 orang di Johor, Melaka 12,654, Pahang 5,111, Negeri Sembilan 327 dan Terengganu 260. Banjir di Muar dan Batu Pahat makin teruk kerana air di Empangan Sembrong di Kluang, Empangan Bekok di Segamat dan Empangan Machap terpaksa dilepaskan secara perlahan2 kerana telah melepasi paras bahaya.
Bernama (pagi) 26/12 - Keadaan bertambah baik. Di Johor, 40, 593 mangsa masih di pusat pemindahan dengan Batu Pahattertinggi, seramai 27,204, diikuti Kota Tinggi (5,529), Segamat (3,922), Muar (1,984), Pontian (865), Mersing (618) dan Kluang (471). Jumlah korban adalah 8 orang. Di Pahang angkanya meningkat kepada 2,688 orang berbanding 2,009 orang malam tadi iaitu 1,146 orang di Rompin dan 1,542 orang di Pekan. Di Melaka berkurangan kepada 4,200 orang berbanding 4,438 malam tadi iaitu 3,785 orang di Jasin dan 415 orang di Melaka Tengah . Di Kelantan dan Terengganu semua mangsa telah pulang ke rumah.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home