Tuesday, December 06, 2005

Menarik Sukan

Skuasy - Nicol No. 1 Dunia
Ratu Skuasy Negara, Nicol David, 22, telah berjaya merangkul kejuaraan Kejohanan Terbuka Dunia di Hong Kong kelmarin mengalahkan pemain no. 2 dunia, Rachael Grinham dari Australia 8-10, 9-2, 9-6, 9-7 dalam pertarungan selama 65 minit. Menariknya, sehari sebelumnya beliau telah berjaya menumpaskan pemain Belanda, Vanessa Atkinson di peringkat separuh akhir, sekaligus bakal dinobatkan pemain no. 1 dunia dalam ranking dunia yang akan diumumkan Januari 2006 nanti. Nicol sebelum ini mencatat sejarah sebagai pemain wanita pertama dari Malaysia dan Asia menjuarai Terbuka British di Manchester dua bulan lalu. Banyak ganjaran yang bakal diterima olehnya sekembalinya ke tanah air. Kerajaan Malaysia telah bermurah hati menghadiahkan RM200,000, manakala kerajaan negeri kelahirannya, Pulau Pinang juga berhasrat memberikan ganjarannya, setakat ini belum diketahui lagi apakah dia. (08/12/2005 - Penang umumkan anugerah RM30,000 + apartment RM180,000 + kalung emas dari Yang Dipertua PP). Tahniah Nicol.
Sukan SEA - Melepasi Target 55 Pingat Emas
Semalam adalah hari terakhir dan penutup temasya Sukan SEA ke-23 di Filipina yang menyaksikan Filipina masih mengungguli pungutan pingat, diekori jauh oleh Indonesia, Vietnam dan Malaysia. Kontijen negara mensasarkan 55 pingat emas tetapi berjaya meraih 61 pingat emas mengatasi pencapaian terbaik aksi luar negara Sukan SEA ke-20 di Brunei pada tahun 1999. Menariknya, ramai muka-muka baru yang tak disangka-sangka berjaya meraih emas berbanding atlit popular yang diharapkan menyinar tetapi kecundang akhirnya. Satu lagi, kebiasaannya negara penganjur selalunya akan jadi peraju takhta. Apa2 pun... Tahniah Harimau Malaya.
Bolasepak - Liga Malaysia Bermula
Sabtu malam Ahad, perlawanan merebut Piala Sumbangsih Raja Ahmad Shah antara Selangor dan Perak membuka tirai Liga Malaysia yang turut dimulakan dengan beberapa perlawanan Liga Super. Menariknya perlawanan Selangor vs Perak ni, separuh masa pertama nampak seimbang aje, kekal 0-0. Tetapi separuh masa kedua menyaksikan Selangor, juara 3 piala berganda musim 2005 dibelasah 4-1 oleh Perak. Sedihnya perlawanan tersebut turut ditonton oleh Sultan Selangor yang dimomokkan kemenangan Selangor adalah hadiah keputeraan Al-Sultan pada 10/12/2005. Tahniah Perak.
Kapal Layar - Monsoon Cup
Kejohanan kapal layar merebut Monsoon Cup yang julung2 kali diadakan di Malaysia juga di Asia telah melabuhkan layarnya semalam di perairan Pulau Duyong, Terengganu. Menariknya tidak banyak cabaran dan dugaan yang perlu ditempuh oleh peserta2 dunia ni kerana angin yang bertiup agak lemah gemalai, antara 5 knots - 15 knots sahaja. Dari siaran akhbar dan televisyen, jelas kelihatan para pelayar duduk lepak aje atas perahu masing2 dengan alunan ombak yang perlahan. Hadiahnya agak lumayan, RM10,000 tetapi cabarannya kurang. Moga2 pelaburan penganjurannya berbaloi.
8) Tuah ayam pada tajinya, tuah manusia siapa tahu

0 Comments:

Post a Comment

<< Home