Anak Sulung Berkhatan
Menjelang maghrib hari Isnin baru2 ni anak sulung aku, Iddin dibawa ke Naluri Medical Centre (NMC), Wangsa Maju - temujanji berkhatan bersama2 dengan sepupunya, Arif (5 tahun). . Kebetulan hari tu aku kerja dan lewat sikit sampai, so isteri aku uruskan untuk bawa ke NMC. Bila sampai di NMC (06:35 ptg), diaorang dah bersedia menunggu untuk masuk bilik operasi. Sebelum ni Iddin memang liat bila diminta berkhatan tapi bila kawannya, Zikri & sepupunya di Terengganu, Saiful dah berkhatan tiba2 aje dia setuju aje, gelabah pulak kita orang nak uruskan temujanjinya sebab dah nak habis tahun, awal Jan 2006 sekolah dah nak buka.
Sampai masanya, Iddin masuk dulu tanpa ditemani sesiapa... lama juga menunggu siap, ada le hampir 1/2 jam. Risau jugak dibuatnya. Sambil2 tu aku dokong si kecil, Imran ke sana kemari untuk hilangkan rasa boringnya. Kakak2nya dah balik rumah dihantar oleh Pak Tamnya. Iddin keluar berjalan dengan tersengih... AlhamduliLlah selamat tanpa dia rasa takut. Tahniah Abang Iddin. Bila ditanya pengalamannya, diceritakannya dengan ceria... katanya tak sakit pun. Doktor ajak berbual2, sampai satu ketika dia nampak asap... kata doktor kita masak dulu (guna laser kot). Lepas tu giliran sepupunya pulak masuk. Sebab maghrib dah masuk, kami minta diri dulu.
Sampai di rumah, Iddin terus tuntut hadiah "Magnetic Games" yang telah sedia dibeli dahulu, cuma dipesan tak boleh dibuka selagi tak bersunat. Seronoknya dia... Tapi kesian kat sepupunya, menurut ibunya dia menangis, mungkin bukan kerana sakit tapi kerana takut...
Teringat zaman aku bersunat dulu, masa tu umur 11 tahun... kecut perut aku dibuatnya. Dalam ketakutan aku didudukan atas batang pisang di tengah rumah di kelilingi kaum keluarga serta jiran tetangga. Tok Mudin datang (biasanya bermisai lentang - nampak garang) dengan briefcasenya... Pisau dikeluarkan - wow... berkilau tajam matanya. Katanya jangan takut, tak sakit... apa tak takutny tengok pisau lagu tu. Dikeluarkan jarum terus diinject ubat bius 2 kali... terasa kebas... kata Tok Mudin, tengok ni... tak sakit kan... dicubitnya anu aku hingga berdarah... lepas tu bermula lah acara kemuncak... kulit luar anu dipotong, then dijahit serta dibalut... siap. Sakitnya datang bila ubat biusnya dah hilang... masa tu dah tersadai tengah rumah. Kain sarung digantung digalang rumah... makan-minum dilayan bagaikan raja... ada le 1 minggu dok lagu tu... lepas tu seminggu lagi berjalan ke hulu ke hilir sambil pegang kain, terkena anu ngilu rasanya... begitu juga bila dah mula pakai seluar... itu kisah aku lebih 25 tahun lepas...
Hari ni, dah masuk hari ke-2, Iddin nampak OK aje... cuma akan terasa sakit apabila kesan ubat yang dimakan 3 kali sehari tu semakin kurang. Malam tadi, cuba dibuka balutannya, tinggal sikit lagi tapi melekat kat kulit - teresak2 dia menangis kesakitan... Sabar bang... lain kali aje kita bukakan.
Dua hari ni orang rumah kerja sebelah petang aje, paginya kat rumah tengok2kan Iddin. Nampaknya OK tak macam sepupunya masih lagi tersadai kat rumah, kain pelikat digantung, makan-minum bersuap... bila lagi kan Arif... masa ni le nak jadi raja. Mungkin esok aku kena ambil turn jaga si abang... so, cuti le kot.
8) Nasib baik Imran dah sunat awal (lepas lahir)
0 Comments:
Post a Comment
<< Home