Sikecil Meragam Ditinggalkan
Kelmarin (pagi Isnin) orang rumah aku outstaion ke Kelantan, ada seminar kat KB selama 3 hari 2 malam (3D/2N). Tinggallah si kecil, 1 1/2 tahun yang susah berenggang dengan ibunya terutama di malam hari. Dua malam dia menangis & merajuk lebih2 lagi waktu nak tidur.
Malam pertama, aku masuk tidur dulu, dia didukung ke hulu ke hilir oleh orang gaji sebelum terlelap. Jam 12:30 t/mlm kedengaran lantang tangisannya. Lebih 1/2 jam dipujuk, nangisnya tak berhenti juga. Kena pulak dia tak nak dengan orang lain hatta datuk dan neneknya kecuali dengan aku. So, bawalah naik kereta hampir 20 minit pusing2 Ulu Kelang... tidur kat kereta. Kat rumah kena dodoi dalam dukungan dulu sebelum tidur kat bilik. Jam 4:40 am, dia buat hal lagi... macam sebelumnya, didukung dan didodoikan ke hulu ke hilir sebelum diimasukkan ke buaian.
Selepas solat Subuh aku tidur balik... kepala rasa pening2 dan tekak rasa loya - rasa tak larat nak ke opis. Jam 09:00 am bangun dan bersiap ke pejabat. Si kecil dah bangun dan dibawa keluar oleh datuk dan neneknya beli sarapan...
Malam kedua sedari awal kagi dah buat hal - serba serbi tak kena, tangisan & rajukannya berpanjangan. Jam 11:00 mlm bawa naik kereta tapi tangisannya tak henti juga... disambung pula dengan dukungan seperti malam sebelumnya... tidur dipangkuan, masukkan ke buaian... tidur dalam sedu dan sedan... kesian. Jam 02:30 pagi, dia bangun lagi... nasib baik le dia meragam sekejap aje... tidurlah ia sehingga ke pagi. Malam ni ibu dia balik tapi hujung minggu ni kena outstation lagi ke Port Dickson...
Pengalaman ni benar2 menguji kesabaranku... adakalanya aku memang hilang sabar tapi bila diingatkan sikecil ni tiada apa silapnya... bersabar aje le...
8) Syurga terletak di bawah telapak kaki ibu
0 Comments:
Post a Comment
<< Home