Pengkalan Pasir
Semalam adalah hari mengundi di DUN Pengkalan Pasir, Kelantan berikutan kematian ADUNnya, Wan Abdul Aziz Wan Jaafar (PAS) pada 31/10/2005 lalu kerana kanser hati. Proses penamaan calon telah diadakan pada 27/11/2005 lalu menyaksikan pertandingan 3 penjuru iaitu PAS (Hanifa Ahmad), BN (Hanafi Mamat) & calon bebas, Payung (Dato' Ibrahim Ali). 2 lagi calon bebas ditolak kerana tidak mampu menyediakan cash deposit RM5,000 (cek ditolak).
Kempen secara besar2an diadakan menyaksikan Pengkalan Pasir yang dulunya agak sunyi menjadi begitu meriah, bukan sahaja dengan kehadiran petugas dan pemerhati tetapi dengan harga barangan yang melambung. Dikatakan sewa rumah kampung mencecah RM3,000 sebulan, teh RM1.50 secawan dll - rezeki pilihanraya. Jika dilihat keputusan pilihanraya 2004, PAS hanya menang tipis, majoriti 56 undi sahaja. Tak hairanlah jika Pengkalan Pasir betul2 menjadi pengkalan pertarungan sengit terutama BN & PAS, tambahan pula majoriti kerusi PAS di DUN sekarang hanya 1 kerusi sahaja.
Malam tadi telah diisytiharkan pemenangnya. Calon BN, Hanafi Mamat telah menang tipis dengan majoriti 129 undi setelah memperoleh 7,419 undi, manakala calon PAS, Hanifa Ahmad mendapat 7,290 undi dan calon Bebas Datuk Ibrahim Ali, 414 undi. Sebanyak 160 lagi undi rosak dengan jumlah keluar mengundi 83.04 peratus atau 15,273 orang pengundi, lebih tinggi daripada pilihanraya 2004. Oleh kerana majoritinya kurang dari 2%, maka proses pengiraan semula perlu dilakukan dan dijangka akan dilakukan jam 10:00 pagi ini. Kebiasaannya jika ada perbezaan pun jumlahnya agak kecil dan kemenangan dijangka akan tetap pada pemenang sebelum ini. Bagai yang dijangka, calon BN menang dengan majoriti 134 (BN 7422, PAS 7288 & Bebas 415, Rosak 158). Tahniah Hanafi Mamat.
PAS mendakwa kemenangan BN berpunca dari undi pos sebanyak 195 dan juga "pengundi hantu" yang sukar dikesan. Kepada semua, lupakanlah sebarang persengketaan politik, kempen mengempen dah selesai, tumpukan pada amanah yang telah diberikan dan kotakan setiap janji yang ditaburkan, samada BN atau PAS, tidak hanya retorik pilihanraya semata-mata. Tak usahlah diungkitkan soal pembubaran dewan dll, sebaiknya susunlah perancangan bersama, bukan untuk orang lain tapi untuk saudara seagama kita juga cuma hanya berbeza pendekatan politiknya. Jika tak suka, tunggulah pilihanraya seterusnya...
8) Ingatlah...jawatan adalah amanah Allah.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home