Tuesday, December 20, 2005

Banjir Melanda Lagi

Foto UM 20/12/2005 - Keadaan banjir di satu kawsan perumahan di Jitra, Kedah.
Hampir keseluruhan akhbar hari ini melaporkan di muka depan, keadaan banjir sehingga semalam semakin teruk, bukan sahaja di Pantai Timur tetapi teruk melanda di Utara Semenanjung. Diberitakan banjir di Perlis dan Kedah adalah paling teruk semenjak 30 tahun lalu di mana hampir 16,000 orang (Kedah - 12,000 + Perlis - 4,000) telah dipindahkan. Terkini... 21/12 - 22/12, bilangan yang berpindah di Kedah & Perlis meningkat kepada hampir 27,000 orang...
Di Perlis, hampir keseluruhan negeri (UM : 85%) ditenggelami air terutama di Arau, Kangar dan Tambun Tulang. Manakala di Kedah pula kawasan yang teruk adalah Kubang Pasu dan Padang Terap. Banyak jalan utama di tutup (termasuk Lebuhraya Utara Selatan) mengakibat kegiatan ekonominya lumpuh sama sekali. Jelapang padi yang dijangka akan dituai akhir tahun ini turut musnah. Ia meliputi kawasan penanaman padi seluas kira-kira 25,000 hektar - 12,000 hektar dalam kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA); 3,000 hektar padi di luar kawasan MADA di Kedah manakala 13,000 hektar lagi kawasan padi di Perlis.
Pihak berkuasa mengandaikan banjir teruk di Utara Semenanjung adalah disebabkan oleh air hujan tidak dapat mengalir ke laut kerana air laut sedang pasang besar. Satu lagi dikatakan kerana kenaikan mendadak kapasiti air di Empangan Timah Tasoh, kira2 29 meter.
Di Perak, keadaannya tidak berapa teruk dengan hampir 800 orang dipindahkan. Di Terengganu, hanya kawasan sekitar Besut yang terlibat dengan kira2 1,800 orang dipindahkan. Manakala di Kelantan di sekitar Pasir Mas dan Rantau Panjang di mana-mana kira2 2,800 orang terlibat.
Rupa-rupanya di selatan Thailand dan sekitar Manila juga teruk dilanda banjir.
Ada senda politik yang dikaitkan dengan Pengkalan Pasir di Kelantan yang baru lepas pilihanraya kecil di mana satu isu yang dimainkan adalah banyak parit dan longkang tersumbat mengakibat banjir melanda. Sendanya, parit di Pengkalan Pasir tersumbat, bah di Kedah dan Perlis.
Walau apa pun, perlu diingat bencana yang terjadi adalah adalah dengan kuasaNya... kun fa ya kun... perlu kita kembali merenung dan muhasabah diri, mungkin ada perkara yang menyangkut soal kehidupan seharian kita sebagai peringatan.
8) Ya Allah, ampunilah kami dan kurniakanlah petunjukMu. Amiin.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home