Monday, December 19, 2005

Mertua Bertamu ke Tanah Suci

Semalam, kedua mertuaku berangkat menunaikan haji (kali kedua, kali pertama 1985) ke Tanah Suci Mekah - penerbangan KT 47 (MH 8066) jam 07:00 malam di KLIA. Jam 12:30 tengah hari, kami keluar rumah dituruti sama oleh 2 lagi kereta bersama-sama dengan 8 orang kanak2. Walaupun pendaftaran dijadualkan jam 03:45 petang, mertuaku minta hantar awal, sebelum Zohor tiba di Kelana Jaya agar dapat mereka lakukan solat Jamak di sana.
Perjalanan dari Hulu Kelang melalui MRR2 ke arah Kepong, masuk susur ke Damansara/ Petaling Jaya, terus menuju ke Kelana Jaya - jalan yang tak pernah aku lalui - OK le dapat belajar jalan baru. Perjalanan hanya mengambil masa 1/2 jam, mungkin kerana hari Ahad. Pada awalnya orang tak berapa ramai tetapi menjadi sendat apabila menjelang jam 03:00 petang. Kaum kerabat yang turut sama satu flight sedari awal lagi dah berkumpul termasuk Cik Mad Kelang bersama isteri, Cik Yati & 2 anaknya, Cik Hussain & Cik Sainah, Mak Yam dan Cik Par AU2. Bebudak 8 orang tu dah buat hal kerana boring dan penat menunggu - tak tahu nak buat apa. Hampir jam 04:00 petang barulah bakal jemaah dipanggil masuk untuk mendaftar dan mengambil pas haji dan pas penginapan. Lepas tu kami terus pulang ke Hulu Kelang.
Selamat berangkat mak & abah, moga dikurniakan kekuatan, dipermudahkan segala urusan dan dianugerahi Haji Mabrur. Amiin.
Menurut sumber, tahun ni seramai 2.5 juta jemaah haji bakal memenuhi Mekah menyahuti seruan suci sebagai pelengkap Rukun Islam yang lima. Bila lagi giliran aku... entah le, daftar pun belum lagi... Insya Allah aku akan daftar dalam masa terdekat ni. Amiin.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home