Friday, December 23, 2005

PMR - Terengganu Lagi - TAHNIAH

Foto UM 23/12/2005 - Adik Rabiatul Adawiah (kiri) dan sahabatnya, Adik Zuriati tersenyum bangga menunjukkan keputusan PMR mereka.
Keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2005 telah diumumkan semalam di mana Adik Rabiatul Adawiah Abdul Basir dari SMKA Tok Jiring, Kuala Terengganu muncul sebagai pelajar terbaik kebangsaan dengan pencapaian 9A. Tahniah Adik Rabiatul. Apa yang menarik, Rabiatul menjadikan seorang rakan karibnya di sekolah itu, Zuariati Afifah Mohamad, salah seorang daripada tiga pelajar terbaik peringkat negeri yang turut mendapat 9A dalam semua mata pelajaran sebagai pesaing utamanya.
Secara keseluruhannya, keputusan PMR tahun ini mencatat prestasi membanggakan apabila 20,101 calon mendapat pangkat A bagi semua mata pelajaran yang diambil. Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Ahamad Sipon, jumlah itu meningkat sebanyak 0.7 peratus berbanding 16,312 calon atau 4.2 peratus tahun lepas. Selangor muncul negeri terbaik dalam PMR tahun ini berdasarkan jumlah calon yang mencatat penguasaan minimum (Gred A, B, C dan D) dalam semua subjek yang diduduki walaupun tiada perbandingan secara rasmi dibuat di kalangan negeri.
Calon PMR tahun ini adalah kumpulan pertama yang menduduki mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris untuk tingkatan satu hingga tingkatan tiga di mana pencapaian turut meningkat. Bagi subjek Sains meningkat daripada 14 kepada 17.4 peratus, Bahasa Inggeris daripada 13.9 kepada 16.2 peratus dan Matematik daripada 20 kepada 21.2 peratus.
Sejumlah 445,102 calon mendaftar menduduki peperiksaan PMR tahun ini dengan 92.9 peratus (413,358) adalah calon sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran, 4.2 peratus (18,584) sekolah kerajaan negeri dan tajaan badan berkanun, 2.7 peratus (12,030) calon sekolah swasta dan 0.2 peratus atau 1,130 lagi adalah calon persendirian.
Menyorot kejayaan mereka yang berjaya, faktor penggunaan masa, dorongan dalaman serta sokongan ibu bapa serta guru adalah ramuan utama. Belajar sedari awal dan konsisten serta memberi tumpuan kepada pelajaran dan yang pasti tidak lupa berdoa padaNya.
8) Tahniah...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home