Thursday, November 30, 2006

Rufaqa' Corp. Jelmaan Al-Arqam?

Rufaqa' Corp, satu nama yang mungkin asing bagi sebilangan orang tiba-tiba meletup menjadi buah mulut ramai berikutan penahanan kira-kira 100 orang termasuk kanak-kanak oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika mendengar ceramah oleh seorang "Sheikh" di sebuah rumah kedai di Seksyen 13, Shah Alam pada petang Sabtu lalu. Mereka didakwa cuba menghidupkan semula amalan dan kegiatan Al-Arqam yang telah diharamkan pada tahun 1994 lalu malah dikatakan lebih merbahaya daripada dahulu sehingga menganggap "Abuya" Ashaari Muhammad seorang yang bertaraf wali atau sahibul zaman (itu yang dikatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat negeri, Datuk Abdul Rahman Palil).
Rufaqa' Corp. Sdn Bhd adalah satu pertubuhan dikatakan dianggotai oleh bekas orang-orang kuat Al-Arqam dahulu berpusat di Bandar Country Homes, Rawang amat aktif dalam menjalankan perniagaan dalam pelbagai bidang antaranya pasaraya, restoran, pusat motivasi, penjualan peralatan elektrik dan pusat ternakan. Kesemua premis perniagaan ini biasanya menggantung poster besar Ashaari iaitu Ketua Eksekutif Rufaqa' Corp.. Rufaqa' juga mempunyai rumah banglo dikenali Rumah Tamu di Nilai Spring yang dikatakan diduduki oleh Ashaari dan keluarganya serta menjadi tempat berkumpul pimpinan Rufaqa' dan juga untuk majlis-majlis tertentu.
Fahaman Rufaqa' dianggap menyeleweng kerana mempercayai Ashaari mendapat ilmu secara langsung daripada Rasullullah SAW manakala pengasas ajaran Aurad Muhammadiyah, Syeikh Muhammad as-Suhaimi dianggap sebagai Imam Mahdi. Kenyataan ini disokong oleh beberapa orang bekas pimpinan Al-Arqam dengan pelbagai dakwaan baru, antaranya majlis "penghapusan dosa", tauliah ijazah Aurad dan mampu berdialog dengan malaikat. Sementara itu sebuah buku bertajuk Abuya Ashaari Muhammad - Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya yang ditulis isteri pertama bekas pemimpin Al-Arqam itu, Khadijah Aam sedang beredar di pasaran sejak 4 bulan lalu.
Kebanyakan negeri (didahului Selangor) telah mengeluarkan fatwa memutuskan ajaran pengikut pertubuhan Rufaqa’ sebagai haram kerana mempunyai persamaan dengan Aurad Muhammadiah pegangan kumpulan al-Arqam yang diharamkan pada 1994.
Teringat aku akan buku karangan bekas pimpinan Al-Arqam, Zabidi Mohamad, Tersungkur Di Pintu Syurga yang menceritakan akan kepura-puraan (lakonan) pimpinan Al-Arqam bertaubat setelah ditahan di bawah ISA disiarkan di media massa. Apatah lagi Al-Arqam bukannya asing bagi aku kerana mempunyai ramai teman di kalangan mereka sewaktu belajar dahulu dan pernah beberapa kali menyertai program yang dianjurkan terutama ketika di Terengganu (bukannya menyertai jamaah mereka). Cara pakaian berjubah gelap dengan serban tebal bagi lelaki dan berpurdah bagi perempuan menjadi trade mark bagi jamaah Al-Arqam. Tambahan pula rangkaian perniagaan dan perusahaan yang menekankan soal halal-haram menjana ekonomi jamaah terbabit terutama di tengah-tengah komuniti Islam.
Sewaktu di Shah Alam, kaset nasyid kumpulan Nada Murni (kini ramai anggotanya dalam Rabbani & Hijjaz) dan The Zikr (kini Raihan) menjadi koleksi utama aku. Ramai ahli politik, para artis dan para profesional menyertainya, antaranya Datuk Tamrin Ghaffar (Baba), penyanyi Sahara Yaacob, SN Shahnon Ahmad dan penulis Nora. Kaedah dakwah mereka di peringkat awal sebelum tercemar dengan amalan Aurad Muhamadiyyah (selepas 1986) amat berkesan lebih-lebih lagi ditengah-tengah masyarakat yang kurang kemas pegangan agamanya, sudah pasti senang menjadi ikutan serta muncul sebagai model terbaik untuk diikuti.
Secara peribadi aku harap pihak berkuasa agama terutama JAKIM, Majlis Fatwa Kebangsaan dan juga Majlis Mufti dapat bersemuka dan bermuzakarah dengan pimpinan Rufaqa' bagi mencari mana silapnya mereka dan perbetulkan setiap ketelanjuran mereka. Adalah tidak adil menjatuhkan hukum sekadar mendengar cakap-cakap orang kerana mungkin yang bercakap menyimpan "rasa hati" kepada Rufaqa'.
8) Rasional secara islamik dalam menjatuhkan hukum
News Update
BH 01/12 - Polis akan campur tangan jika jabatan agama minta bantuan. Jabatan agama negeri pantau setiap kegiatan perniagaan rangkaian Rufaqa'.
Bernama 01/12 - JAIS tahan 2 pemimpin kanan Rufaqa' selepas sidang media menafikan penglibatan Rufaqa' dalam cubaan menghidupkan Al-Arqam di Dewan Motivasi Harmoni, Bdr Country Homes.
BH 03/12 - Dipercayai orang kanan Rufaqa' putar belitkan kenyataan Ashaari diketika beliau kini menghadapi masalah serangan angin ahmar pelbagai (multi stroke). KP JAKIM kata Majlis Fatwa Kebangsaan dalam mesyuarat 2 bulan lepas dah putuskan ajaran Rufaqa' adalah menyeleweng (pelik, kenapa tak diwartakan 2 bulan lepas?).
BH 04/12 - Semakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), didapati tiga syarikat Rufaqa' memiliki aset tetap bernilai RM51,780 dan aset semasa sebanyak RM524,507 dengan pendapatan operasi mencecah lebih RM9.8 juta. Syarikat itu adalah Rufaqa Corporation Sdn Bhd (Rufaqa Corporation) yang diperbadankan sebagai syarikat perniagaan secara umum, Rufaqa Technologies Sdn Bhd (Rufaqa Technologies) dan Rufaqa Ternak Sdn Bhd (Rufaqa Ternak).
BH 05/12 - Ashaari nafi hidupkan Al-Arqam kerana dah insaf dan serik. Beliau dakwa ada pihak membenci beliau. Rufaqa' ditubuh semata-mata untuk memajukan ekonomi umat Islam. Ashaari kecewa JAKIM seolah-olah cuba mengkuburkan usaha beliau dengan alasan berusaha menghidupkan Al-Arqam, tidak seperti KKDN yang faham akan aktiviti beliau. KP JAKIM akan berjumpa Ashaari dalam masa terdekat.
BH 06/12 - Banyak pihak mendakwa Ashaari cuba mengabui pihak berkuasa dan bersikap tidak jujur, antaranya Datuk Abu Hassan Din AlHafiz, Mufti Perlis Dr. Mohd Asri & Penasihat Agama PM Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman.
BH 14/12 - Bekas Penasihat Undang2 Al-Arqam, Zabidi Mohamad dedahkan VCD ceramah didakwa pengikut kanan Rufaqa' akan amalan karut antaranya Ashaari boleh berunding terus dengan Allah bagi menangguhkan kematian pengikutnya. Ashaari juga didakwa boleh menukar ajal seseorang kepada pengikut yang lain, Ashaari akan menjawab soalan kubur untuk pengikutnya dan juga dakwaan tiada ibadat yang lebih besar pada zaman ini selain menjadi pengikut Abuya (Ashaari). Selain itu, sesiapa yang duduk dalam majlis yang dihadiri Abuya (Ashaari) adalah bersamaan 40 kali mengerjakan haji.

Wednesday, November 29, 2006

Dr. Fadzley - Azrene Soraya Nikah

Dr. Fadzley Yaacob, seorang penyanyi, pelakon, komposer, usahawan serta pakar motivasi telah selamat diijab-kabulkan dengan seorang gadis manis berkerjaya peguam, Azrene Soraya pada 07 Nov 2006 lalu di Masjid Saidina Abu Bakar AsSiddiq, Bukit Damansara.
Tahniah Dr. Fadzley & Azrene Soraya - anda berdua bak pinang dibelah dua.. sama cantik, sama padan & sekufu.
Dr. Fadzley seorang insan bergelar artis sememangnya patut menjadi contoh kepada semua. Tiada gossip hangat yang boleh mencalarkan imej beliau, sekadar cuit-cuit yang tidak berbekas. Jika boleh dianggap panas pun beliau pernah digosipkan dengan Siti Nurhaliza terutama ketika Siti berselindung siapa lelaki yang sedang bertakhta dihatinya. Semuanya terjawab apabila Siti mengisytiharkan calon suaminya (kini telah selamat berumahtangga) adalah Datuk Khalid Mohd Jiwa.
Dari sudut pendidikan, beliau dilihat amat berjaya dan ini juga patut menjadi panduan untuk golongan remaja. Fadzley dilahirkan 28 tahun lalu di Seremban mendapat pendidikan awal di St. John Institution sehingga mencapai PhD (Business Administration) dari European Business School, UK. Kini beliau sedang mengikuti pengajian Bachelor of Law (LLB) dari University of London.
Dalam bidang pekerjaan, kerjaya tetap beliau adalah Vice President/ Pengarah Eksekutif – Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, Pengarah Urusan - Seri Anjangsari Production Sdn. Bhd dan Pengarah Eksekutif – Fazley International College. Disamping itu beliau juga bergiat sebagai penceramah motivasi bebas, Motivation Consultant – Akademi Fantasia 4, Freelance motivational writer (Utusan Malaysia, E-Baca, Mangga, Skor SPM, Remaja) dan Duta Kamus Elektronik Besta.
Berbalik kepada perkahwinan beliau. Isteri beliau adalah anak kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri TPM sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak dari suami yang terdahulu. Jika dilihat kedudukan Dr. Fadzley sebagai artis (juga anak kepada Senator Dewan Negara) dan Azrene Soraya sebagai anak orang kenamaan, sudah pasti majlis beliau mendapat liputan yang amat meluas.
Tetapi malangnya semuanya itu tiada... pelik juga aku dibuatnya. Yang siarkan pun hanya akhbar kecil/ tabloid dan majalah biasa seperti Sinar Harian (di atas) dan majalah Mingguan Wanita. Dari beberapa keping foto yang sempat aku tatap, langsung tiada kelihatan bersama ibunya. Semuanya ini seolah2 ada konspirasi dan arahan agar media massa tidak menghebah dan menghebohkannya (dah hilang pulak fungsi ruangan hiburan...8). Itu andaian aku aje... bersangka baik le... pasti ada sebab yang tak dapat dielakkan.
8) Moga kalian berbahagia buat selamanya. Amiin.

Tuesday, November 28, 2006

Rumah Ananda Berharga Jutaan Dolar

Begitulah tajuk berita yang disiarkan Bernama petang ini... bunyinya amat gah sekali.

Siapa yang tak kenal dengan jutawan dan hartawan Malaysia, Tatparanandam Ananda Krishnan (Tamil : த. ஆனந்தகிருஷ்ணன்) dengan harta USD 4.3 billion tersenarai orang terkaya di Malaysia, seterusnya orang kedua kaya di Asia Tenggara serta tersenarai dikedudukan 147 dalam "The World's Richest People In 2006" (Forbes.com). Beliau adalah lulusan universiti tersohor di USA, Harvard University merupakan pemilik syarikat kumpulan telco terkemuka negara, Maxis dan syarikat TV berbayar, Astro serta memiliki satelit Measat.

Jadi tak ada peliknya berita tu... tambahan pula bukan beliau seorang sahaja yang mempunyai harta yang banyak di Australia malah ramai lagi para jutawan, hartawan dan dermawan (?) termasuk pemimpin-pemimpin politik tanah air yang seumpamanya... Malah bumi Australia telah sekian lama menjadi pilihan utama rakyat Malaysia untuk bermastautin.

Berikut sedutan berita dari Bernama.

MELBOURNE, 28 Nov (Bernama) -- Rumah ladang menakjubkan Kia Ora berharga berjuta dolar milik hartawan Malaysia, T. Ananda Krishnan berhampiran pekan Scone, kira-kira 330km dari Sydney, akan dicalonkan dalam pertandingan "Australian House of the Year" selepas baru-baru ini memenangi anugerah berprestij Hunter Home of The Year 2006, Persatuan Industri Perumahan.

Kia Ora bermaksud "Selamat Datang" dalam bahasa Maori. Rumah itu, dengan pelan luas terbuka dan rekabentuk yang moden, menawan hati para hakim Hunter Home Award yang menyifatkannya sebagai "sensasi dan praktikal" pada majlis penyampaian anugerah itu di Newcastle, kira-kira 120km dari Scone. Rumah itu memberikan pandangan mengkagumkan ladang kuda Kia Ora di Lembah Segenhoe, di dalam daerah Hunter Valley. Ananda dipercayai memperoleh hartanah seluas 1,800 hektar itu kira-kira tiga tahun lepas.

Rumah itu, yang direkabentuk oleh Paul Berkemeier, kini akan dicalonkan dalam pertandingan Australian House of the Year yang keputusannya akan diumumkan pada 12 Mei di Sydney.

8) Yang kaya makin bergaya, yang papa terusan merana

Wednesday, November 22, 2006

Datuk Selangor Bernilai

Dalam akhbar Star semalam dan Utusan Malaysia hari ini menyinggung suatu berita yang agak menarik, Sultan Selangor mengenakan syarat yang agak ketat untuk melayakkan seseorang itu dianugerahkan gelaran Datuk di negeri tersebut. Ianya suatu perkembangan yang amat positif bagi memartabatkan gelaran Datuk serta menjaga imej dan maruahnya yang semakin tercemar lantaran kuantitinya semakin "bersepah" dan pemegangnya semakin "menyampah". Pernah dijadikan bahan seloroh, kiranya dilempar seketul batu di tengah khalayak ramai, berkemungkinan besar yang benjol adalah kepala Datuk.
Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Selangor Darul Ehsan sememangnya dikenali seorang Sultan yang agak tegas dalam memastikan pentadbiran kerajaan di bawah beliau, lebih2 lagi yang bersangkutan dengan istana dihormati terutama oleh rakyat jelata. Antara yang masih segar diingatan adalah teguran ke atas Taman Bukit Cahaya Alam yang nak diserahkan pada Kerajaan Persekutuan dan yang terbaru kes ADUN Pelabuhan Klang, Datuk Zakaria Md Deros yang melanggar peraturan MPK, dengar khabar diberi amaran gelaran Datuk akan ditarik balik.
Berbalik kepada isu anugerah Datuk Selangor. Diberitakan antara syarat yang ditetapkan untuk melayakkan seseorang dianugerahkan Datuk adalah :-
1. Usia minimum adalah 45 tahun.
2. Untuk ahli politik, hanya EXCO kerajaan negeri, ADUN atau ahli Parlimen layak untuk diberi anugerah Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) atau Datuk Sultan Sharafuddin Idris Shah (DSIS).
3. Untuk pegawai kerajaan mereka mestilah dalam Kategori A, B atau C.
4. Untuk bidang kehakiman, calon perlu bertugas di Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Rayuan.
5. Untuk anggota tentera, ianya mestilah sekurang-kurangnya berpangkat Leftenan Jeneral.
6. Untuk anggota polis, calon mestilah sekurang-kurangnya Pesuruhjaya Polis.
7. Untuk sektor swasta, penerima mestilah sekurang-kurangnya Pengarah Urusan atau setaraf dan datang dari syarikat yang mempunyai reputasi yang baik.
8. Untuk ahli akademik, calonnya mestilah seorang Professor penuh. Prof Madya adalah tidak layak.
9. Untuk bekas wakil rakyat, usahawan berkaliber dan pemimpin masyarakat terpilih adalah dikecualikan dari syarat2 di atas (nampaknya masih ada ruang sedikit untuk dimanipulasi oleh mereka yang berhajat..8)
Peraturan baru ini akan dikuatkuasakan dalam pemilihan penerima bintang kebesaran dan pingat sempena sambutan hari jadi baginda yang ke-61 pada 11 Disember ini. Dilaporkan Sultan Sharafuddin Idris Shah akan hanya mengurniakan 27 anugerah Datuk pada hari keputeraan baginda kali ini walaupun perlembagaan negeri membenarkan had maksimum 40 anugerah Datuk diberikan dalam setahun, satu-satunya negeri yang menetapkan kuota anugerah Datuk.
Sesungguhnya gelaran Datuk bukan untuk bermegah tetapi adalah satu amanah dan penghargaan dari Al-Sultan di atas jasa-jasa dan sumbangan yang amat bernilai terutama kepada masyarakat setempat dan negeri khususnya dan kepada negara amnya.
8) TAHNIAH Tuanku, patik sokong 100%
News Update
BH 11/12 - Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengetuai senarai 102 penerima darjah kebesaran dengan kurniaan Darjah Kebesaran Kelas Pertama Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) membawa gelaran Datuk Seri. Anugerah sama turut dikurniakan kepada Ahli Dewan Diraja Selangor, Datuk Syed Mohd Yusof Syed Nasir. Orang Besar Bergelar, Tengku Datuk Ramli Tengku Shahrudin pula menjadi penerima tunggal Darjah Kebesaran Kelas Pertama Sultan Sharafuddin Idris Shah (SSIS) yang membawa gelaran Datuk Setia.
Seramai 28 penerima dikurniakan Darjah Kebesaran Kelas dan Dato' Sultan Sharafuddin Idris Shah (DSIS) yang membawa gelaran Datuk. Selain itu, 13 orang menerima Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor (SMS) dan 13 penerima dianugerahkan Darjah Kebesaran Sultan Sharafuddin Idris Shah (SIS), masing-masing 19 penerima Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (AMS) dan Darjah Kebesaran Ahli Sultan Sharafuddin Idris Shah (AIS) serta tujuh dikurnia Bintang Perkhidmatan Cemerlang (BPC).
Salah seorang penerima Darjah Kebesaran Kelas Kedua Dato' Paduka Mahkota Selangor (DPMS) adalah bapa saudara isteriku sebelah mak mertua iaitu Noordin Sulaiman, Timbalan Setiausaha Kerajaan Selangor (Pembangunan). TAHNIAH Cik Udin @ Datuk Noordin. Gurauan aku semalam sewaktu bersalam di majlis aqiqah di Salak Tinggi rupa-rupanya benar kerana beliau sekadar menyambutnya dengan senyuman dan ketawa kecil sahaja.
Penerima lainnya adalah bekas Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Suriyadi Halim Omar; Ahli Parlimen Hulu Langat, Markiman Kobiran; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Low Lee Leng; Panglima Wilayah Laut 2 Kota Kinabalu, Laksamana Muda Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin; Panglima Sistem Armada pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Laksamana Pertama Ahmad Murad Omar; Asisten Panglima Pasukan Simpanan Markas Tentera Darat, Brig-Jen Datuk Mohd Azman Rosli. Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Nik Mustapha R Abdullah; Timbalan Gabenor Bank Negara, Datuk Mohd Razif Abd Kadir; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Kesihatan, Datuk Ahmad Kabit; Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Dangiran Mustapa; Ketua Eksekutif Bursa Malaysia Berhad, Yusli Mohamed Yusoff; Bendahari Jawatankuasa Perhubungan Masyarakat Zon C Petaling Jaya, Baharuddin Marji; Penasihat Undang-Undang MIC Selangor, Palaniveloo a/l Sagalimuthu.
Kerabat Diraja Selangor, Raja Zaib Shah Raja Mohamad dan Raja Abdul Aziz Raja Adnan; Timbalan Panglima Markas Lima Negara, Datuk Tunku Izham Tunku Jusoh; Dekan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Industri Universiti Industri Selangor (Unisel), Prof Raja Datuk Zahabuddin Raja Yaacob; Adun Seri Muda, Datuk Amzah Umar; Ketua Pengarah Material Markas TLDM, Laksamana Pertama Jaafar Mohd Yassin; Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor, Tarmedi Omar.Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Mohammed Khusrin Munawi, Asisten Ketua Staf Cawangan Sumber Manusia, Markas Tentera Darat Kementerian Pertahanan, Brig-Jen Mohd Zaki Mokhtar; Dekan Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul UPM, Prof Datin Dr Khadijah Mohamad Yusoff; Naib Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Sumadi Ismail; Setiausaha Bahagian (Pentadbiran/Kewangan) Pejabat SUK Selangor, Rohani Sham; Naib Pengerusi Perhubungan Gerakan, Ng Lian Heng; dan Ahli Panel Pengadilan dan Penyiasatan Lembaga Tatatertib Peguam-Peguam, Dr Koh Boon Cheng.
Manakala 13 menerima Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor (SMS) pula ialah Adun Bukit Antarabangsa, Azman Wahid; Pegawai Memerintah KD Pelandok, Kapten Mohamad Imran Abd Hamid; Pengarah Perkhidmatan Kejuruteraan Markas TLDM, Kapten Khairuddin Khalid; Ketua Sekretariat Markas TLDM, Kapten Abdul Aziz Mohd Sani dan Pegawai Daerah Petaling, Mazalan Md Noor. Pegawai Daerah Hulu Selangor, Mislan Tugiu; Pegawai Daerah Sabak Bernam, Huzaini Samsi; Pegawai Daerah Kuala Langat, Asmawi Kasbi; Pegawai Daerah Gombak, Abdul Ghani Salleh; Pengarah Cawangan Dasar Markas Angkatan Tentera, Kolonel Abdul Khalil Hamzah; Penolong Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Kolonel Dr Mohd Rashid Mohd Yusof; Timbalan Ketua MCA Subang, Yap Ah Liew dan Presiden Karate-Do Selangor, Panneer Selvam a/l Mathukarayan.

Tuesday, November 21, 2006

Cip Mikro RM50 juta Dirompak

Foto BH - Kompleks Kargo Udara Kedua, Batu Maung yang menjadi sasaran dalam rompakan semalam
Gempar... Cip mikro dan peralatan komputer dianggarkan RM 40 juta - RM50 juta milik sebuah syarikat multinasional (dikatakan Intel) dirompak dengan menggunakan 2 kontena dari sebuah gudang di Kompleks Kargo Udara Kedua di Batu Maung, Pulau Pinang kira-kira jam 02:00 pagi semalam.
20 lelaki bertopeng termasuk 4 orang menyamar sebagai anggota RELA telah membelasah dan memaksa sebahagian daripada 17 pekerja termasuk 2 kakitangan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) minum sejenis bahan kimia dipercayai klorofom sehingga muntah2 dan tidak bermaya. Perompak tersebut juga telah melarikan CCTV dari gudang tersebut. Malaysia Airport Berhad (MAB) & Malaysia Airlines (MAS) cuba mengelak dari dipertanggungjawabkan dengan masing2 menuding jari sesama sendiri.
PM Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melahirkan kekecewaannya dengan tahap keselamatan yang rendah di kompleks tersebut dan mempersoalkan kelewatan memaklumkannya kepada pihak polis (dikatakan selepas 1 jam baru polis tahu). Seterusnya Pak Lah meminta KPN segera melakukan siasatan segera.
Jika dilihat daripada senarionya, yang pasti tahap keselamatan kompleks/ gudang tersebut berada di tahap yang amat rendah dan berkemungkinan besar terdapat orang dalam yang terlibat sama. Kiranya benarlah andaian tersebut, amat malang sekali satu tempat yang menyimpan barangan yang amat berharga seumpamanya diseliakan secara sambil lewa sahaja.
Kejadian ini sekiranya tidak diambil serius dan tiada tindakan susulan yang meyakinkan sudah pasti boleh menimbulkan keraguan kepada para pelabur luar negeri terutama dari kalangan syarikat multinasional untuk beroperasi di negara kita disamping menjatuhkan maruah negara. Maka tak hairanlah mengapa Pak Lah mengambil berat akan kejadian yang memalukan ini.
8( Terasa amat pelik dan keliru...
News Update
BH 22/11 - Kawalan keselamatan longgar adalah puncanya. Mesyuarat khas melibat MAB, MAS. KDRM dan PDRM memperakuinya. Pengawal keselamatan didapati tidak bersenjata api dan tiada kuasa polis serta tidak mempunyai talian hotline yang dihubungkan dengan balai polis. Pengawal MAB yang mempunyai kuasa polis dan lengkap dengan senjata api pula tidak berkawal di gudang berkenaan. Gudang tersebut terletak di bawah bidang kuasa MAS tetapi keseluruhan kompleks berkenaan dimiliki MAB.
BH 23/11 - Kem Pengangkutan arahkan semua pihak yang terbabit (terutama MAB dan MAS) keluarkan laporan dan pelan perancangan mereka dalam masa seminggu. Sehingga kini 4 lelaki lagi ditahan reman termasuk seorang pengawal keselamatan kompleks menjadikan 8 orang telah ditahan untuk membantu siasatan.
BH 24/11 - Pak Lah dimaklumkan oleh KPN, Tan Sri Musa Hassan masih ada harapan untuk dapat balik barang yang dirompak. Diyakini ianya masih berada dalam negara. Dari CCTV di Jambatan Pulau Pinang dan Lebuhraya Utara Selatan tiada kelihatan kontena berkaitan melaluinya [takkan bodoh sangat perompak tu - baik pindahkan aje ke lori lain].
BH 25/11 - 2 kontena kosong yang dilarikan perompak ditemui berdekatan deretan kedai belum diduduki di Simpang Ampat, Nibong Tebal - masih diyakini barang rompakan masih belum diseludup ke luar negara [siasatan makin menjadi kompleks].
UM 27/11 - Polis mengesyaki syarikat pengangkutan Lee Ting San Lorry Transports Sdn Bhd terlibat kerana tiada laporan kehilangan lori berkenaan diterima sedangkan ianya digunakan dalam rompakan tersebut.
UM 28/11 - Polis akui lori kontena tersebut dicuri di Dengkil dan Bukit Puchong. 5 tahanan reman dilepaskan.
BH 28/11 - Dipercayai rompakan dirancang penuh teliti sehingga tiada kesan yang ditinggalkan dan dengan cara mengelirukan, antaranya mengecat lori, memasang cukai jalan palsu, disertai pelekat "Berhenti Di Balai Polis Terdekat" dan tiada kesan cap jari ditinggalkan.
UM 05/12 - Geng Mamak disyaki terlibat. Pakaian RELA ditemui dari 3 lelaki di sebuah bengkel membaiki lori di Rantau Panjang, Klang. Beberapa hari kemudian diakui ianya bukan pakaian RELA.
UM 21/12 - Masih menjadi misteri tanpa petunjuk baru. Walaupun polis yakin cip tersebut masih berada di Malaysia tetapi kemungkinan telah dihantar ke China tak boleh disangkal.

Monday, November 20, 2006

Zoo Negara Kekal di Hulu Klang

Zoo Negara yang telah dibuka sejak tahun 1963 (43 tahun lalu) akan tetap kekal di tempat sekarang, Hulu Klang walaupun kawasan di sekitarnya semakin giat membangun dengan pelbagai projek perumahan dan industri yang tumbuh bagaikan cendawan. Itulah keputusan yang telah dibuat oleh Kabinet walaupun telah banyak pandangan diutarakan oleh pelbagai pihak terutama penduduk setempat, pengunjung dan juga Sahabat Alam Sekitar (NGO).
Pada bulan Disember 2004, isu pindah Zoo Negara ini pernah diketengahkan di Dewan Rakyat untuk dipertimbangkan, pada waktu itu Kabinet telah putuskan dengan kata putus yang sama. Apa yang menghairankan selepas 2 tahun isu yang sama diketengahkan semula, seolah-olah ada udang disebalik batu atau ada "tangan ghaib" yang masih berusaha menukar status tanah seluas 40 hektar itu (hanya 24 hektar digunakan kini) kepada "sesuatu yang lebih menguntungkan" (nilai tanah di Hulu Klang amat tinggi).
Pengerusi Persatuan Zoologikal, Datuk Ismail Hutson telah kerap kali menegaskan akan keputusan kabinet tersebut. Sekali lagi Pengarah Zoo Negara, Dr. Mohamad Ngah dalam akhbar pada hujung minggu lalu mengulanginya sambil menyatakan rasional disebalik keputusan yang telah diambil iaitu dibimbangi kira-kira 80% (3,200 ekor) haiwan peliharaan akan mati sekiranya dipindahkan ke habitat baru.
"Haiwan akan "mengamuk" dan mati jika dipindahkan kerana perpindahan itu sebenarnya mengganggu habitat yang sudah lama mereka diami. Keputusan muktamad Kabinet untuk mengekalkan tapak zoo itu adalah yang terbaik, malah kita akan mempertingkatkan kemudahan prasarananya,” kata Dr. Mohamad kepada para wartawan selepas majlis penerimaan cek berjumlah RM5,000 sumbangan O’Bon International. Sumbangan itu adalah untuk seekor kura-kura Aldabran, iaitu yang kedua terbesar di dunia dan berusia hampir 100 tahun.
Perkara pokok yang sering diwar-warkan adalah persekitaran zoo kini pesat membangun dengan hutan batu yang berceracak naik dan pencemaran udara dari persekitaran amat tidak bersesuaian dengan dunia haiwan yang sinonim dengan hutan yang menghijau dan udara yang segar. Malah kerajaan negeri Selangor sendiri telah beberapa kali menawarkan tanah seperti di Batang Kali dan Dengkil untuk tujuan perpindahan tersebut. Pernah juga terdengar ura-ura untuk dipindahkan ke Putrajaya.
Menurut Dr. Mohamad, hutan batu bukan isunya kerana kebanyakan zoo-zoo utama di seluruh dunia terletak di bandar-bandar utama seperti di Singapura, New York, London dan Paris. Memang benar, kedudukan zoo di bandar lebih memudahkan para pelancong untuk berkunjung kerana lebih senang dan selesa untuk dimasukkan ke dalam agenda lawatan.
Zoo Negara adalah amat istimewa bagi aku. 27 tahun dahulu, bersama rombongan sekolah rendah kami singgah melawat Zoo Negara, suatu tempat yang menjadi idaman pelawat (hingga kini). 10 tahun yang lalu jodohku bersama isteriku yang tinggal di Hulu Klang, tidak jauh dari Zoo Negara mendekatkan diriku dengannya. Kini anak-anakku amat menghargai kehidupan haiwan di Zoo Negara kerana selama ini mereka hanya mampu sekadar melihatnya di kaca TV atau di dalam buku-buku hatta sekadar seekor ayam, itik, kambing dan lembu yang semakin susah ditemui di sekitar Kuala Lumpur.
Untuk Zoo Negara apa yang penting adalah menambah prasarananya agar lebih menarik untuk dikunjungi serta menggunakan lebihan kawasan yang ada dengan bijak bukan sahaja menampung habitat haiwan tetapi juga keselesaan pengunjung. Selebihnya adalah sokongan dari semua terutama agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam membangunkannya yang memerlukan peruntukan yang amat besar.
8) Moga tiada lagi suara sumbang seumpamanya

Wednesday, November 15, 2006

Perak Fish - 2nd Smallest Fish

Quoted from Star Online dated 15/11/2006
EXCITING FIND - The 10mm-long ‘Perak fish’ which was found in a peat swamp is believed to be a new species.
A Universiti Sains Malaysia (USM) scientist has discovered a 10mm-long fish at maturity, believed to be the second smallest fish in the world, in a peat swamp in Perak.
The unidentified new species was discovered by USM School of Biology lecturer, Assoc. Prof Dr Khoo Khay Huat recently during his research at the peat swamp. But the biological aspects, including the species and its breeding pattern are still under study.
Dr Khoo said the fish lived in dark tea-coloured waters with an acidity of between pH4 and pH5, which was close to that of vinegar. The fish was unofficially called “Perak fish” and the study to identify its genus and species is expected to be ready within a year, he told reporters here.
He also said that before the discovery of “Perak fish”, he discovered a 1.2cm-long fish of the Paedocypris Mecromegethes species in Sungai Gayau, Mukah, Sarawak, about a month ago. He said the name for the species was derived from the Greek word Paideios which means children and Micromegethes meaning small in size.
“So, we call it a child-like fish. We believe that the two fishes are from the same genus but from a different species,” he added.
He said extensive studies would be carried out immediately before their habitat disappears completely due to widespread forest destruction and major development to turn the Sungai Gayau peat swamp into oil palm plantations.
Dr Khoo said he and his team would be going to Indonesia to do a comparative study on the two species and the smallest fish in the world found in the peat swamps in Jambi, Sumatra. The fish, known as Jambi, was 7.9mm-long at maturity and was found in pools of dark tea-coloured water with an acidity of PH3, which is at least 100 times more acidic than rain water. The tiny, see-through “Jambi” fish had the appearance of a larva and had a reduced head skeleton, which leaves the brain unprotected by bone, and was similar to the species found in Sungai Gayau - Bernama
8) SubhanaLlah

Dr. Asri Mufti Termuda

TAHNIAH Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, pensyarah Pengajian Islam dari Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang, telah dpinjamkan kepada kerajaan Perlis untuk tempoh 2 tahun, secara rasmi telah dilantik sebagai Mufti Perlis yang baru berkuatkuasa 01 November lalu. Beliau dilantik ke jawatan itu bagi menggantikan Datuk Alim Panglima Mat Jahya Hussin yang kini dilantik Penasihat Agama Perlis yang telah menjadi mufti selama 23 tahun. Dr. Mohd Asri baru berumur 35 tahun, sekaligus menjadi mufti termuda di negara ini.
Dr. Mohd Asri lahir pada tahun 1971 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan pernah menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat Perlis tahun ini. Beliau mendapat pendidikan di Sek. Men. Agama Al-Irsyad, S.Perai P.Pinang, seterunsya di Kolej Islam Klang sebelum menyambung pelajaran di peringkat Sarjana Muda di Universiti Jordan dalam bahasa Arab dan Syariah. Seterusnya beliau menyambung pelajaran ke peringkat sarjana di USM dalam bidang Pengajian Islam dan Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang Pengajian Hadis. Dr Mohd Asri kemudian memulakan kerjaya sebagai pensyarah di USM pada 2003 sebelum ditawarkan sebagai Mufti Perlis, tetapi pada masa sama masih terikat sebagai kakitangan USM.
Sewaktu ditanya akan perancangan beliau, katanya, “Ketika ini, ramai tokoh agama yang bercakap dan menyuarakan pandangan dengan bersahaja tanpa fakta lengkap. Jika pandangan itu tidak betul, akan timbul anggapan di kalangan generasi muda bahawa agama itu hanyalah mitos". Seterusnya beliau menambah, “Sebagai umat Islam, kita perlu kembali kepada fakta dan meninggalkan amalan atau perbuatan konservatif. Kita mesti berubah daripada beragama tanpa sebab kepada beragama secara sedar.
Ikhlas, diharapkan cita-cita dan perancangan beliau bakal membuahkan hasil. Banyak pihak menaruh harapan yang tinggi kepada beliau sebagai seorang ilmuan yang banyak membuat kajian ilmiah agar dapat membawa perubahan yang besar selaras dengan kehendak Islam sebenar. Juga usah hanya berlegar di sekitar perkara-perkara khilafiah dan remeh-temeh semata-mata tetapi berani memperkatakan kebenaran walaupun. Sesungguhnya martabat ulama lebih tinggi daripada umara'. Lihat sahaja kisah para ulama silam di mana para umara' merangkak datang mengadap para ulama' tidak seperti sekarang. Institusi ulama' kini telah direndahkan dan diletak di bawah kuasa pemerintah/ umara'.
Sebenarnya telah lama aku mengikuti perkembangan beliau di mana di peringkat awal menjadi pensyarah di USM, banyak tulisan dan kupasan idea beliau yang agak kritis tersiar di akhbar-akhbar harian. Nama beliau menjadi lebih masyhur apabila berdebat dengan Astora Jabat, seorang penulis kolum agama di Mingguan Malaysia yang agak kontroversi pegangan ilmu keislamannya. Seterusnya tulisan beliau terus mendominasi beberapa majalah berbentuk Islamik, antaranya Majalah i yang amat aku gemari. Di samping itu juga beliau giat memberikan ceramah agama termasuk di sekitar Lembah Kelang. Kaset-kaset dan CD/VCD beliau kerap menjadi rebutan terutama VCD terbaru beliau yang dirakamkan di Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2005 iaitu Debat Terbuka dengan Astora Jabat.
8) Semoga Dr. istiqamah atas jalan yang benar

Friday, November 10, 2006

Gamat Tersesat Di Pantai Batu Burok

Ratusan, malah dikatakan ribuan gamat ditemui tersadai di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu, beberapa meter dari Hospital Kuala Terengganu kelmarin - satu fenomena alam yang dianggap pelik kerana pesisir pantai Terengganu bukannya seperti Langkawi di Kedah yang terkenal dengan habitat gamat. Tup.. tup... ianya muncul bergolek di tepian pantai. Seolah-olah spesies berkenaan tak betah tinggal di laut. Mungkinkah itu tandanya tsunami akan melanda? Atau bah besar akan menjengah? (dikatakan tahun ini pusingan 40 tahun bah besar). Ataupun bencana lain yang tak dijangka akan datang? Ataupun hanya sekadar fenomena alam semata-mata?
Walau apa pun, usah dipercayai perkara yang tahyul. Apa yang perlu dilakukan sentiasa beringat akan ketentuanNya.
Berikut beberapa petikan dari Berita Harian hari ini.
KUALA TERENGGANU: Penduduk di daerah ini gempar apabila beratus-ratus timun laut atau `sea cucumber' terdampar di pantai Batu Burok, di sini sejak petang kelmarin. Kehadiran timun laut putih bersaiz antara lima hingga 15 sentimeter (cm) atau dikenali penduduk tempatan sebagai gamat menimbulkan tanda tanya, malah ada antara mereka mengaitkannya dengan fenomena sebelum tsunami. Bagaimanapun, mereka beramai-ramai membanjiri pantai mengutip hidupan laut itu, malah ada yang sanggup membahayakan diri meredah ombak semata-mata yakin timun laut mempunyai banyak khasiat dari segi perubatan.
Sementara itu Ketua Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (Tumec), Kamaruddin Ibrahim, berkata timun laut yang terdampar di Pantai Batu Burok bukan dari spesies gamat atau nama saintifiknya ‘Stichopus Horrens’ atau ‘Stichopus Variegatu’' yang boleh ditemui di Pulau Langkawi, Pulau Payar dan Pulau Pangkor.
8) Tiada sesuatu pun yang pelik bagi Allah.
News Update
BH 13/11 - Gempar lagi, gamat dengan ukuran yang lebih besar ditemui di Pantai Kg. Tok Jembal tapi sedikit sahaja, lingkungan 50 ekor sahaja.
BH 13/11 - MB Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh minta penduduk waspada, mungkin kehadiran gamat ini menandakan bah besar akan melanda Terengganu (sekarang ni musim tengkujuh).
BH 15/11 - Ketua Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (Tumec), Kamaruddin Ibrahim mengatakan puncanya dari kegiatan menambak pantai dan menyedut pasir laut menyebabkan mendapan, mengeruhkan air laut dan menolak balik pasir sekaligus mengancam ekologi dan habitat hidupan laut. Juga kemungkinan berpunca dari pergerakan arus bawah dan tiupan angin Monsun Timur Laut di musim tengkujuh.

Bush Tersepit, Republikan Kecundang

Riak wajah 3 pemimpin (dari kiri), bekas Setiausaha Pertahanan, Donald Rumsfeld, Presiden Bush dan bakal pengganti Rumsfeld, Robert Gates
Presiden George W. Bush, Presiden AS dari Parti Republikan dengan rona wajah yang muram berkata, "Kami kalah teruk".
Kenyataan beliau itu merujuk kepada kekalahan teruk parti pimpinan beliau, Republikan kepada pencabarnya Parti Demokrat di dalam Pilihanraya Kongres kelmarin. Demokrat menang tipis di Dewan Senat dengan 51 kerusi daripada 100 kerusi dan menang bergaya di Dewan Perwakilan dengan 229 kerusi iaitu 11 kerusi lebih banyak daripada minimum kerusi yang diperlukan, sekaligus menguasai Kongres.
Ini bermakna secara automatik Presiden Bush tiada lagi kuasa mutlak di Kongres untuk mengaju dan meluluskan agendanya. Baki 2 tahun pemerintahan beliau pasti mengundang konfrontasi, kontroversi dan tekanan yang kuat dari Parti Demokrat. Nampaknya beliau terpaksa mengubah sikap dan pendiriannya agar selari dengan kehendak Demokrat. Semalam beliau seolah-olah menberi isyarat berdamai dengan memenuhi tuntutan dan tekanan Demokrat agar Setiausaha Pertahanannya, Donald H. Rumsfeld disingkirkan.
Isu serangan dan dasar penjajahan Bush di Iraq yang mendapat bantahan keras Demokrat dikatakan antara isu utama yang mengalahkan Republikan. Lain-lain isu antaranya peningkatan gaji minimum, pemotongan kadar faedah pinjaman pelajaran, pembiayaian penyelidikan stem sel dan pemberian kuasa kepada kerajaan persekutuan untuk merundingkan harga yang lebih rendah bagi dadah untuk pesakit-pesakit di bawah kelolaan Medicare.
Tunggu dan lihat sahaja apa perkembangan seterusnya. Bagi aku tiada banyak perubahan yang bakal dilihat terutama isu berkaitan umat Islam yang tertindas di negara2 yang diserang oleh AS dan sekutunya Israel. Ini kerana selagi dasar dan ekonomi negara AS dikuasai oleh Yahudi, maka selagi itulah setiap isu berkaitan umat Islam akan dimanipulasi oleh mereka.
Tapi dalam diam, aku benar-benar berharap akan ada langkah yang lebih positif dan proaktif untuk melihat kesengsaraan umat Islam terutama di Iraq, Afghanistan dan Palestin mendapat pembelaan.
8) Harap dalam curiga

Thursday, November 09, 2006

Gempar - Model Mongolia Diletup

Satu kisah yang amat menyayat hati dan amat tidak berperi-kemanusiaan, mungkin lebih dahsyat dari kisah kekejaman tentera Israel di Palestine. Pihak polis memaklumkan seorang model bangsa Mongolia, Anna Ana Ang atau Altantuya Sharibuu @ Aminah, 28 tahun telah dibunuh sebulan lalu dan mayatnya telah diletupkan dengan beberapa bom tangan di Hutan Simpan Puncak Alam di Shah Alam. Hasil siasatan sepasukan 45 anggota Unit Forensik Bukit Aman dan doktor dari Hospital Kuala Lumpur menjumpai tulang berselerakan di kawasan 250 meter tetapi tiada cebisan daging dan pakaian ditemui.
Ekoran daripadanya, empat orang termasuk seorang cif inspektor, lans koperal wanita dan konstabel sudah ditahan sejak seminggu lalu untuk membantu siasatan. Kelmarin, penganalisis politik terkenal tanah air, Abdul Razak Baginda (menurut UM) telah ditahan atas tujuan yang sama. Dikatakan penganalisis berkenaan mempunyai hubungan dengan model berkenaan sehingga melahirkan anak di tahun ini (dikatakan telah bernikah di sana). Altantuya telah datang ke Malaysia pada 06/10 lalu untuk bertemu "suaminya" bagi urusan pembedahan anaknya yang menghidap 'Hidrocephalus’ iaitu lebihan cecair di kepala. Kehilangannya disedari oleh sepupunya pada 09/10 lalu dan telah dilaporkan ke Konsulat Mongolia di Bangkok dan juga Balai Polis Jalan Travers dan Balai Polis Brickfields.
Sekali dengar rasa macam tak percaya, betapa kejamnya manusia apabila telah dirasuk syaitan. Masih diingat lagi kekejaman yang dilakukan oleh Mona Fandey dan pembantunya, Juraimi lebih 10 tahun lalu, kerana runtunan ilmu pembomohan sanggup membunuh seorang ahli politik dan mengeratnya 14 bahagian sebelum ditanam. Begitulah jadinya kiranya iblis dan syaitan dijadikan rakan - jika diukur mengikut akal yang waras, tak sanggup rasanya untuk dilakukan. Inilah peranan iman... hati tanpa iman akan gersang dan mudah kecundang mengikut hasutan syaitan dan akan terus hilang pedoman.
8/ NauzubiLlah
News Update
BH 10/11 - Seorang penyiasat persendirian & seorang bekas polis ditahan menjadikan 6 orang ditahan untuk menbantu siasatan.
BH 12/11 - Bapa Altantuya, Sharibuu yang datang ke Malaysia yakin anaknya masih hidup selagi ujian DNA tidak membuktikannya.
BH 16/11 - Jabatan Kimia Petaling Jaya mengesahkan ujian DNA ke atas tulang2 berkenaan adalah dari jasad Altantuya.
Bernama 16/11 - Abdul Razak didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 302, yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan. Beliau didakwa melakukan kesalahan bersubahat dengan Cif Inspektor Azilah Hadri, 30, dan Kpl Sirul Azhar Umar, 35, anggota Unit Tindakan Khas Bukit Aman membunuh Altantuya antara 9.54 pagi dan 11.05 pagi 18 Okt lepas di tingkat 10, Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang. Penyiasat persendirian dan seorang anggota polis wanita dilepaskan dari sabitan. Azilah dan Sirul telah didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam pada 15/10/2006 di bawah Seksyen 302.
UM 24/11 - Mahkamah Tinggi bebaskan Abdul Razak setelah tidak mengaku bersubahat dengan jaminan bon RM 1 juta tanpa cagaran tunai dengan syarat jaminan 2 ahli keluarga, serah pasport dan lapor diri setiap minggu di IPP Brickfields. Jika ingkar lapor diri & tidak hadir mahkamah, penjamin perlu bayar RM100,000. Mengikut Seksyen 302, tiada ikat jamin dibenarkan kecuali atas budi bicara mahkamah. Beliau dibebaskan atas faktor kesihatan. Jaminan tersebut sehingga ianya disebut semula di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 14 Dis 2006 bersekali tertuduh lain. Datuk Shafee Abdullah mengetuai barisan pembela dan Karpal Singh sebagai peguam pemerhati bagi keluarga Altantuya.
Harakah 07/12 - Timb. Presiden Keadilan meminta siasatan telus, dikhuatiri ada ahli politik/ VIP yang terlibat kerana UTK di bawah kuasa PM & TPM & brg letupan dari jenis terbaru bawah kawalan ketat.
Bernama 14/12 - Mahkamah melanjutkan jaminan bon Abdul Razak dengan memerintahkan Abdul Razak mendepositkan serta-merta jaminan bon RM1 juta dan menetapkan sebutan semula kes itu pada 05/01/2007. Peguam pemerhati, Bayar Budragchaa terkejut dengan keputusan mahkamah kerana kes seumpamanya sepatutnya tidak boleh dijamin.

Wednesday, November 08, 2006

SMS Murtad Heboh Satu Malaysia

AlhamduliLlah, Datuk Azhar Mansor umumkan dirinya masih kekal seorang Islam di sidang akhbar sewaktu Perhimpunan Agung UMNO di PWTC pada 17/11/2006.
Dalam sehari dua ni heboh satu Malaysia (tambahan pula setiap hari media massa mensesasikannya) memperkatakan tentang satu SMS yang tersebar sebelum hari Ahad baru2 ini tentang pelayar negara, Datuk Azhar Mansor akan membaptis ratusan pelajar Melayu di Our Lady of Lourdes Church di Silibin, Ipoh pada hari Ahad (05/11/2006). Maka berhimpunlah kira-kira 1,000 umat Islam bagi memastikan kebenarannya serta menghalang upacara tersebut.
SMS itu mengatakan: `Sejumlah Melayu akan dibaptiskan oleh Datuk Azhar Mansor Ahad ini di gereja Silibin Ipoh. Seramai 600 pelajar Politeknik Ungku Omar di sini, masuk Kristian baru-baru ini, pendedahan oleh Mufti Perak petang ini di Masjid Negeri. Sampaikan SMS ini yang mahukan Islam'. (BH 10/11)
Ekoran daripadanya PDRM telah mengambil tindakan segera menyiasat kes tersebut dan KPN, Tan Sri Musa Hassan membayangkan tindakan ISA akan dikenakan kepada mereka yang memulakannya. TPM, Datuk Seri Najib melahirkan kekecewaannya, begitu juga PM, Pak Lah yang kebetulan berada di Islamabad dengan nada yang sama meminta pihak polis mengambil tindakan tegas. Atas dasar pertanggungjawaban sebagai saudara kandung, abangnya, Azham Mansor mengeluarkan kenyataan bahawa adiknya masih kekal sebagai seorang Muslim.
Walaupun isu berkenaan heboh diperkatakan tetapi tiada langsung penafiaan segera dilakukan oleh empunya badan sehinggalah semalam beliau membuat kenyataan akhbar. Akan tetapi laporan akhbar tampak amat mengelirukan kerana tiada penafiaan tegas yang dibuatnya, seolah-olah mengelak untuk menjawab soalan wartawan, sekadar menyerahkan kepada pihak berkuasa melakukan siasatan mereka.
"Saya tidak sempat buat kerja seperti didakwa kerana saya sentiasa berada dan bekerja di marina kapal layar di Telaga Habour Park, Langkawi sejak empat tahun lalu".
"Saya pun nak tahu bagaimana nama saya dibabitkan. Jadi sama-sama kita tunggu siasatan pihak berkuasa dan saya meminta rakyat negara ini bersabar serta jangan cepat melenting sana sini yang tidak membawa kebaikan," katanya (BH 08/11/2006).
Bagi aku sepatutnya Datuk Azhar menggunakan sepenuhnya peluang bersama media massa untuk melakukan penafian tegas atas khabar angin yang tersebar luas sekaligus membersihkan namanya kerana persoalan yang ditimbulkan adalah berkaitan aqidah (dakwaan murtad) yang wajib dipertahankan. Jika tidak akan timbul fitnah yang lebih besar dan boleh menyebabkan khalayak ramai berdosa kerana menaruh syak wasangka buruk padanya. Alasan ianya masih dalam siasatan polis sedikit pun tiada kaitan dengan hak beliau mempertahankan aqidah kerana siasatan polis hanya untuk mengesan penyebar SMS tersebut sahaja bukannya mengesahkan status aqidah beliau.
Secara peribadi aku mengharapkan sebaran SMS itu tidak benar sama sekali dan amat berharap Datuk Azhar dapat mengeluarkan kenyataan yang jelas akan status aqidahnya agar segala keraguan dapat dirungkaikan.
8/ Murtad... isu amat sensitif bagi umat Islam
News Update
Dalam sidang akhbar semalam (09/11) di Langkawai, Datuk Azhar masih mengelak untuk menjawab dakwaan murtad tersebut dan hanya berkata beliau tidak mahu mengeruhkan suasana serta mahu menunggu siasatan polis selesai.
BH 09/11 - MB Perlis mengarahkan Penasihat Agama Negeri, Datuk Mat Jahaya Hussin menyiasat dakwaan Datuk Azhar telah murtad kerana beliau adalah rakyat Perlis. MB Perak pula memaklumkan Mufti Perak tiada kaitan dengan SMS layang malah namanya telah dipergunakan. Tiada penafian dari Datuk Mufti, dengar khabar sedang berada di Syria.
BM 12/11 - MB Perlis jelaskan Datuk Azhar masih Islam. Perjumpaan dengan Datuk Azhar berserta Mufti Perlis yang baru, Dr. Asri Zainul Abidin diadakan semalam.
BH 18/11 - Datuk Azhar mengisytiharkan di Perhimpunan Agung UMNO dia masih kekal berugama Islam. AlhamduliLlah... terurai sudah segala keraguan. Moga tiada lagi spekulasi seumpamanya.
UM 21/11 - PDRM mengedarkan gambar "Raja Sherina", wanita yang datang berjumpa Mufti Perak, disyaki punca penyebaran SMS tersebut. Tempoh seminggu diberikan untuk bekerjasama tetapi beliau terus menghilangkan diri.
BH 22/11 - "Raja Sherina" ditahan bersama suaminya di hadapan Hospital Alor Setar dan direman 3 hari untuk membantu siasatan. Beliau histeria beberapa kali. UM 24/11 - lanjut tahan reman 5 hari. Beliau disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 serta Akta Multimedia dan Komunikasi 1998. Akta Hasutan 1948 memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Indeks Rasuah Malaysia Merudum Lagi

Kelmarin, Presiden Transparency International Malaysia, Tan Sri Ramon V Navaratnam melaporkan bahawa kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2006 yang baru dikeluarkan jatuh ke kedudukan ke-44 tahun ini berbanding tempat ke-39 tahun lalu daripada 163 negara yang terbabit dalam kajian berkenaan. Catatan CPI ini merosot 5.0 mata tahun ini berbanding 5.1 tahun lalu.
Berikutan kemerosotan itu, kedudukan Malaysia di Asia Pasifik berada pada kedudukan ke-10, mengatasi negara serantau lain seperti Thailand, China, India, Vietnam, Filipina dan Indonesia. Walaupun kedudukan Malaysia lebih baik berbanding negara berkenaan tetapi tiada apa yang boleh dibanggakan kerana pada hakikatnya tahap rasuah di negara kita makin membimbangkan. Lebih memalukan jiran kita, Singapura kekal berada di kedudukan ke-5, sama seperti tahun sebelumnya dan negara-negara yang kurang ternama seperti Luxembourg, Barbados, Estonia, Malta & Slovenia (sekadar beberapa nama) adalah lebih baik daripada kita.
Top 10 masih lagi kekal negara yang sama seperti tahun lepas kecuali tempat ke-10 dirampas oleh Netherlands, bertukar tempat dengan Austria yang turun satu kedudukan. Finland, Iceland dan New Zealand mengungguli carta berkongsi kedudukan pertama. Lain-lain negara mengikut kedudukan adalah Denmark, Singapura, Sweden, Switzerlands, Norway, Australia dan Netherlands.
Persoalannya, kenapa Malaysia menjadi lebih teruk dari tahun-tahun sebelumnya sedangkan Pak Lah ketika mengambil alih pentadbiran negara dari Che Det meletakkan agenda memerangi rasuah adalah keutamaan beliau dan kabinetnya. Persidangan Dewan Rakyat yang mula bersidang semalam hangat memperdebatkannya, yang pasti CPI 2006 menjadi modal utama pihak pembangkang diketuai Lim Kit Siang.
Jawapan Menteri di JPM, Datuk Nazri seolah-olah bersikap "berlepas tangan" dengan menyatakan kes-kes rasuah tersebut adalah kes-kes lama yang baru terbuka pekongnya menyebabkan CPI negara merudum. Secara politiknya menggambarkan di era Pak Lah usaha memerangi rasuah adalah lebih telus dan tulus berbanding era sebelumnya. Seterusnya BPR diminta melakukan kajian berkaitan CPI tersebut bagi mengenalpasti puncanya (diharapkan BPR tidak diikat tengkoknya).
Cuma aku tidak bersetuju dengan pendapat Datuk Nazri yang mengatakan impak atas usaha memerangi rasuah ini tidak dapat dilihat dalam masa setahun dua tetapi memerlukan jangka masa yang lebih panjang. Kenapa tidak boleh... caranya amat mudah - berikan kuasa sepenuhnya kepada BPR melakukan siasatan dan pendakwaan. Disamping itu perketatkan setiap polisi dan prosedur di mana-mana sahaja dengan kaedah yang lebih telus. Dan yang lebih penting tanamkan sifat ikhlas, amanah dan tegas dalam diri setiap orang terutama di kalangan pihak atasan termasuk ahli kabinet. Insya Allah dalam masa terdekat semuanya akan dapat dilihat hasilnya malah lebih baik daripada negara-negara Top 10 di atas.
UM 10/11 - Menurut Perdana Menteri, andaian boleh dibuat bahawa kajian tersebut adalah kajian persepsi semata-mata dan dengan itu mungkin berbeza daripada realiti. Tambah beliau lagi, ‘‘Kita sebenarnya tidak perlu orang lain untuk memberitahu kita tentang keadaan di dalam negara sendiri".
Pak Lah juga seolah-olah berlepas tangan dengan berkata, ‘‘Apabila isu ini dibangkitkan selalunya kritikan ditujukan kepada Perdana Menteri yang kononnya dituduh tidak serius untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang bersalah. Namun ini adalah urusan mahkamah dan saya menyerahkan kepada mahkamah untuk menyelesaikan kes tersebut".
Fikirkanlah sendiri rasionalnya.
Telaah dan renungilah sejarah pentadbiran negara tokoh-tokoh tersohor Islam antaranya Khalifah Umar Abdul Aziz yang terkenal adilnya, tak sampai 1 tahun dah terasa ketelusan kerajaannya yang jauh lebih luas jajahannya dari Malaysia. Ataupun lebih afdhal lagi ambil iktibar dari pemerintahan RasuluLlah SAW dan imami setiap gagasan yang dikeluarkannya. Kalau terasa tak mampu, selusuri kaedah yang dilakukan oleh negara Top 10 dan laksanakan di negara kita.
8) Rasuah... cegah sebelum parah...

Tuesday, November 07, 2006

Upah Penceramah Tinggi?

Ahli Parlimen Jasin, Datuk Mohd Said Yusof terkenal sebagai seorang yang lantang bersuara di Parlimen dan kerap menimbulkan kontroversi daripadanya. Pada sesi sidang Parlimen terdahulu beliau lantang mengkritik Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yang didakwa bersikap memilih bulu dan tidak profesional dalam menjalankan tugas.
Semalam di Dewan Rakyat sekali lagi beliau lantang membidas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), didakwa gagal berfungsi dan menggesa JPM merombak kepimpinan JAKIM. Antara dakwaan beliau yang menarik untuk diulas adalah JAKIM gagal mengawal penceramah JAKIM atau Majlis Agama Islam negeri yang meminta bayaran tinggi untuk berceramah, katanya,
"Ustaz sekarang sudah jadi Siti Nurhaliza. Saya pernah menelefon seorang penceramah yang selalu muncul dalam program Ehwal Islam untuk berceramah di kawasan saya. Dia kata kena sediakan RM2,500 untuk setiap penceramah dan pengerusi RM2,000. Set untuk pentas pula kena sewa. Ya Allah...apa sudah jadi dengan ustaz kita? Hal agama dijual beli?"
Persoalannya kenapa kita sanggup memperlekehkan para ustaz/ustazah dengan bayaran yang diminta (jikalah betul jumlah tersebut) untuk 1 - 3 jam berceramah? Kenapa kita merasa tak kisah pun kiranya terpaksa membayar Siti Nurhaliza (atau penyanyi lain) sebanyak RM10,000 hanya untuk 3 buah lagu dinyanyikan?
Tugas penceramah adalah lebih mulia atas asas amal ma'aruf nahi mungkar berperanan memimpin manusia sebagai bekal hidup di dunia dan akhirat berbanding alunan merdu suara penyanyi sekadar hiburan telinga semata-mata (silap2 menimbulkan fitnah dan dosa). Jika dilihat pada sumbangannya adalah amat rendah jumlah RM yang diminta (sepatutnya tidak diminta tapi ditetapkan harganya) berbanding jumlah yang dibayar kepada penyanyi/ penghibur. Para ustaz/ ustazah sanggup berkorban masa dan meninggalkan keluarga serta berbelanja besar untuk mengutip ilmu agama sehingga ke Timur Tengah berbanding para penghibur yang kebanyakannya sekadar menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja.
Tak berbaloikah apa yang diminta? Pada pandangan aku sepatutnya mereka dibayar lebih tinggi dan setiap lapisan masyarakat seharusnya menghormati mereka dan diberikan layanan yang lebih baik daripada sekarang. Para ustaz/ ustazah inilah yang mampu menyemaikan benih-benih keimanan dengan siraman air ketaqwaan seterusnya membuahkan nilai dan norma keislaman yang sebenar dalam kehidupan. Sayangi dan dampingilah mereka yang berilmu (terutama ilmu agama) dan hindarilah dari mereka yang tidak berilmu (atau mempunyai ilmu yang tidak bermanafaat di sisi Allah SWT).
8) Ulama pewaris Nabi. Ustaz/Ustazah pengiring ulama.
Lain2 dakwaan kepada JAKIM (BH 07/11/2006)
- Jakim lebih gemar menganjurkan pelbagai seminar di hotel mewah yang membabitkan kos tinggi tetapi hasilnya tidak mampu dilihat.
- Dengan merujuk kepada dakwaan Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria beberapa bulan lalu bahawa ada 200,000 umat Islam sudah murtad, beliau berkata, Jakim gagal mengambil tindakan menyiasat dan mengatasi masalah berkenaan."Sekarang kita dikejutkan dengan dakwaan ada 200,000 orang Islam murtad. Apa yang Jakim lakukan? Jakim tidak boleh menuding jari kepada Majlis Agama Islam negeri kerana sama-sama bertanggungjawab," katanya.
- Pegawai Jakim gagal mendampingi Orang Asli dan masyarakat bukan Islam di Sabah dan Sarawak untuk menarik mereka mengenali dan menganut Islam.
- Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) juga, dakwanya, gagal memelihara kebajikan umat Islam.
- Pegawai Jakim dan Majlis Agama Islam negeri gagal menyampaikan dakwah kepada pelacur di Lorong Haji Taib dan Chow Kit Road.

Monday, November 06, 2006

Sultan Johor Sultan Tak Dijangka

Foto BH - Sultan & Sultanah Johor berserta PM & MB melihat model Pusat Pentadbiran Baru Kerajaan Negeri Johor selepas majlis pelancaran Pelan Induk Pembangunan WPI di Danga Bay, Johor.
Sultan Johor, Sultan Iskandar Shah seorang sultan yang paling "sempoi" di tanah air kita, adakalanya langsung tidak mengikut protokol diraja dan kerajaan. Masih teringat aku satu peristiwa sewaktu baginda menjadi Yang Dipertuan Agong dahulu, ketika sambutan Hari Kemerdekaan yang diadakan di Dataran Merdeka. Baginda dan para barisan kabinet berdiri gagah di atas podium memerhatikan lintas langsung barisan kontigen perarakan. Di waktu itu berderum lalu kontigen motorsikal berkuasa besar, sempoinya... boleh baginda turun dan menunggang salah sebuah motorsikal tersebut. Apa lagi kelam kabut le para pengiringnya serta para sekretariat sambutan. Haru betul.. pulak tu di hadapan para delegasi asing serta rakyat jelata (juga pelancong luar).
Kelmarin kisah yang sama berulang kembali tetapi kini bukannya atas perbuatannya tetapi perkataannya. Sewaktu bertitah merasmikan projek mega terulung di Johor, SJER - South Johore Economic Region (Wilayah Ekonomi Johor Selatan), yang akhirnya dikenali Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) dengan selambanya baginda bertitah,
"Yang sebenarnya bagi saya, Tambak Johor itu dibuka... baru Johor ini boleh maju"
Isu Tambak Johor yang telah berusia 82 tahun adalah isu sensitif masa kini setelah berlaku pertelagahan antara PM, Pak Lah dan mantan PM, Che Det apabila Pak Lah dan kabinetnya secara tiba2 membatalkan pembinaan Jambatan Indah (yang telah dipersetujui pembinaannya sewaktu pemerintahan Che Det dahulu). Sehingga kini Che Det masih mempersoalkan kewajarannya. Alih2 Sultan Johor pula yang menyuarakan perkara yang sama, senada dengan Che Det walaupun sebelum ini Sultan Johor pernah meminta Che Det usah mencampuri urusan pentadbiran.
Tak habis setakat tu aje, pada majlis yang sama juga Sultan Johor mempertikaikan penggunaan nama Iskandar kerana tidak meminta kebenaran baginda. Titah baginda,
"Mengapa nama saya di sini. Orang sebenar yang menentang kerajaan Inggeris adalah Datuk (Datuk Seri Amar Diraja) Abdul Rahman Andak. Jangan lupa itu"
(Nota : Abdul Rahman adalah Menteri Besar Johor kedua dan antara yang pertama menggunakan tulisan Jawi sebagai tulisan rasmi dalam urusan surat menyurat kerajaan Johor. Beliau juga adalah anggota delegasi diketuai Sultan Sir Abu Bakar yang melawat Ratu Elizabeth pada 1885 untuk menandatangani perjanjian damai dengan England yang menjadikan Johor kekal tidak dijajah kuasa asing).
8) Entah le Tuanku... diaorang tu agaknya syok sendiri

Bahasa Melayu - MB Johor Menentang Arus

Isu pengajaran dan pembelajaran subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris yang diperkenalkan oleh mantan PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad 3 tahun lepas (2003) tidak pernah padam. Pelbagai pihak seperti DBP, NGO Melayu, pembangkang, ahli akademik dan tak terkecuali ahli veteran UMNO sendiri bertegas agar ianya diajar kembali mengikut acuan Bahasa Melayu. Resolusi berkaitan kerap kedengaran selepas sesuatu kongres berkaitan bangsa dan bahasa Melayu diadakan dari masa semasa untuk membincangkan usaha-usaha kearah memperkasakannya tetapi sehingga kini nampaknya masih lagi tidak diendahkan oleh pemerintah.
Kelmarin Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dalam Konvensyen UMNO Johor berucap menentang arus kerajaan dengan meminta pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik diajar kembali dalam Bahasa Melayu. Ungkapan kata beliau agak keras dan perlu diteliti akan kebenarannya, malah statistik yang dikeluarkan jelas menggambarkan betapa parahnya natijah yang timbul dari peminggiran penggunaan Bahasa Melayu dan kemungkinan yang akan terjadi kiranya ianya dibuat tak kisah.
Star 07/11 - TPM, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak & Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn berkata, kaedah sekarang akan dikekalkan sehingga tahun 2008, selepas itulah kajian akan dilakukan kerana ianya baru sahaja dilaksanakan.
UM 10/11 - PM, Pak Lah bertegas ianya dikekalkan, menurutnya ia mampu meningkatkan prestasi pelajar Bumiputera.
Berikut petikan dari Utusan Malaysia bertarikh 05/11/2006.
Kata beliau, "Pendekatan ini sebenarnya amat menyulitkan pelajar Melayu kerana ia adalah cara paling buruk untuk belajar bahasa Inggeris dan cara paling buruk juga untuk belajar Matematik dan Sains".
Jelas beliau, alasan pelaksanaan sistem tersebut hanya kerana penguasaan bahasa Inggeris yang lemah di kalangan orang Melayu adalah satu hujah yang lemah.
‘‘Kalau kita sanggup mengeluarkan belanja yang besar bagi mengubah kedua-dua mata pelajaran Matematik dan Sains ke bahasa Inggeris, sama ada buku teksnya, rujukannya, latihan gurunya, mengapa semua itu tidak dibelanjakan untuk peningkatan mata pelajaran bahasa Inggeris,” katanya.
Beliau berkata, jika pelajar menggunakan 38 peratus bahasa Inggeris dalam pembelajarannya di tingkatan tiga, jumlah tersebut akan meningkat hampir sekali ganda iaitu 64 peratus di tingkatan empat dan lima serta mencecah 80 peratus penggunaan di kalangan pelajar tingkatan enam dan matrikulasi.
‘‘Di peringkat universiti, hanya kursus sastera dan pengajian Islam di ajar dalam bahasa Melayu... lalu di mana yang mendorong anak Melayu untuk kekal dengan bahasa ibundanya,” katanya.
Menurut Abdul Ghani, lebih menyedihkan, usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu akan terbantut kerana segala usaha mencipta istilah baru mengikut keperluan bahasa akan terhenti.
‘‘Sia-sialah segala kerja beratus-ratus pakar dalam bidang-bidang tertentu mencipta istilah yang sudah pun mencecah satu juta istilah dalam ratusan bidang ilmu termasuk yang terkini iaitu aeroangkasa.
Katanya lagi, barangkali dengan gembar-gembur bahawa syarikat swasta kini memerlukan pekerja yang boleh bertutur dalam bahasa Mandarin, bahasa Melayu hanya menjadi bahasa ketiga selepas bahasa Inggeris dan Mandarin.
8) Syabas Datuk...

Friday, November 03, 2006

Sultan Terengganu YDP Agong Ke-13

Daulat Tuanku... Tahniah dari patik rakyat Tuanku di perantauan.
Berikut petikan dari Bernama.
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 untuk tempoh lima tahun berkuatkuasa 13 Dis ini. Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata dalam satu kenyataan bahawa pelantikan Sultan Mizan, bagi menggantikan Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail, diisytiharkan oleh Majlis Raja-raja dalam mesyuarat khasnya yang ke-208 di Istana Negara hari Jumaat.
Mesyuarat itu juga bersetuju mengisytiharkan pelantikan Sultan Kedah, Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, juga untuk tempoh lima tahun, berkuatkuasa pada tarikh yang sama.
Mesyuarat Majlis Raja-raja itu, yang dipengerusikan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, telah dihadiri oleh semua sultan kecuali Sultan Pahang dan Sultan Johor.
Sultan Mizan yang diputerakan pada 22 Januari 1962 di Istana Al-Muktafi, Kuala Terengganu merupakan Timbalan Yang di-Pertuan Agong sekarang. Baginda pertama kali dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada 26 April 1999 ketika Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menjadi Yang di-Pertua Agong ke-11. Kali kedua baginda dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong ialah pada 12 Dis 2001 berikutan kemangkatan Sultan Salahuddin pada 21 Nov tahun itu.
Bagi Sultan Kedah pula, baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-5 dari 12 Jan 1970 hingga 20 Sept 1975. Sejak Merdeka, semua Raja Melayu dari sembilan negeri di Semenanjung telah berpeluang dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong, dengan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong pertama dari 3 Ogos 1957 hingga 1 April 1960. Ini disusuli oleh Sultan Selangor Almarhum Tuanku Hishamuddin Alam Shah Alhaj yang mangkat beberapa jam sebelum ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 1 Sept 1960. Yang di-Pertuan Agong ketiga ialah Raja Perlis Almarhum Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, yang juga ayahanda kepada Yang di-Pertuan Agong sekarang. Ia disusuli oleh Sultan Terengganu Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah (nenda kepada Sultan Mizan), Sultan Kedah, Sultan Kelantan Almarhum Tuanku Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim (ayahanda kepada sultan sekarang), dan Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar.
Selepas itu jawatan Yang di-Pertuan Agong disandang pula oleh Sultan Johor Tuanku Mahmood Iskandar Al-Haj, diikuti Sultan Perak Sultan Azlan Muhibuddin Shah, Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman dan Sultan Selangor Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (ayahanda kepada Sultan Selangor sekarang).
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail yang dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-12 pada 13 Dis 2001 akan tamat tempohnya pada 12 Dis ini.-- BERNAMA

Kerja Haji Dalam Tempoh Seminggu

Kerjakan haji dalam tempoh seminggu. Begitulah cadangan yang telah diutarakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md Zin beberapa hari yang lalu. Bunyinya agak menarik, ibarat satu pakej pelancongan terutama kepada yang tak suka berlama-lamaan di tempat orang atau kesuntukan masa dalam menguruskan urusan harian. Secara praktikal tempoh sekarang dilihat agak panjang sehingga menjangkau purata 40 hari dari awal bertolak hingga kembali ke tanah air.
Persoalannya adakah ianya praktikal dan dapat dilaksanakan? Ramai juga yang menyampuk - ada yang bersetuju dan nampaknya ramai yang melahirkan kekhuatiran samada ianya dapat dilakukan kerana tempohnya amat pendek. Tak dinafikan untuk mengerjakan rukun dan wajib haji hanya mengambil masa 4 hari sahaja bermula wukuf di Arafah pada 9hb. Zulhijjah hinggalah tawaf dan saei di Mekah pada 10hb. Zulhijjah, ditambahi pula kembali ke Mina untuk melontar pada 11hb. dan 12hb. Zulhijjah.
Pendapat umumnya mengatakan ianya boleh dilaksanakan hanya untuk mereka yang berduit dan mempunyai urusan penting untuk dilakukan seperti para pemimpin negara dan ahli korporat. Itupun mungkin tidak dapat dilakukan dalam tempoh seminggu kerana kerenah logistik yang tak dapat dielakkan lebih-lebih lagi lapangan terbang di Jeddah ditutup untuk penerbangan haji bermula 3hb. Zulhijjah.
Antara persoalan yang ditimbulkan adalah :-
1. Apakah kesemua rukun dan wajib haji dapat dilaksanakan dengan sempurna?
2. Apakah jemaah haji akan berpuas hati berada di tanah suci dalam tempoh yang begitu singkat?
3. Apakah pihak berkuasa di Jeddah dapat menguruskan kemasukan serentak sejumlah 26,000 jemaah haji dari Malaysia, dan pada masa yang sama menguruskan kemasukan jemaah-jemaah haji lain dari seluruh dunia?
4. Apakah urusan penerbangan jamaah Malaysia dapat dilakukan dalam masa yang singkat?

5. Apakah urusan logistik lain seperti khemah di Arafah, Mina, hotel penginapan dan sebagainya dapat diuruskan?
6. Apakah tiada lagi aktiviti ziarah tempat-tempat bersejarah Islam, makam Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah dan mengerjakan solat 40 waktu di Masjid Nabawi di Madinah?
7. Apakah ianya telah dilakukan kajian terperinci?

Secara peribadi saya bersetuju jangkamasa 40 hari tersebut dipendekkan, mungkin maksima 25 hari sahaja kerana jangkamasa yang agak panjang juga menyebabkan para jamaah merasa gelisah kerana kebanyakkannya tidak biasa meninggalkan kampung halaman dan keluarga tercinta dalam jarak masa yang lama. Boleh juga dilakukan melalui pilihan pakej; 2 minggu, 3 minggu mahupun sebulan.
Segala persoalan yang timbul seharusnya ditangani dengan baik agar ibadat wajib ini benar-benar dapat dihayati dan mendapat ganjaran yang sewajarnya dari Allah SWT. Tambahan pula inilah peluang yang julung-julung kali yang termampu diperolehi oleh para jemaah yang kurang berkemampuan untuk menjejaki kaki ke bumi para anbiya', Mekah dan Madinah yang penuh barakah ini. Bagi yang berkemampuan, terserahlah pada mereka.
8) AlhamduliLlah dah daftar...



Wednesday, November 01, 2006

Australia Berubah Waktu

Malam Ahad baru2 ini, isteriku yang kini berada di Adelaide telefon bertanyakan macam mana nak setkan jam kat rumahnya (dulu aku yang setkan). Tanyaku kenapa? Katanya mulai esok waktu di Australia kena cepatkan sejam dari biasa.
Baru aku teringat, waktu di Adelaide dulu aku dimaklumkan menjelang akhir musim bunga, jam perlu dicepatkan satu jam untuk seimbangkan waktu siang yang semakin panjang di mana matahari pagi keluar lebih awal di waktu pagi (seawal 06:00 pagi) dan tenggelam lewat di waktu petang (selewat 08:00 petang) . Kalau diikutkan waktu sekarang, jenuh le duk menunggu masa nak pergi kerja atau sekolah. Bila siang makin memanjang, malamnya menjadi makin pendek. Menurut isteriku, selepas Maghrib aje semuanya dah mencari tempat tidur, kepenatan mengisi waktu siang yang panjang.
Ini bermakna waktu di Australia terkehadapan 2 jam setengah dari waktu di Malaysia. Kalau kita pukul 6:00 petang (waktu biasa aku telefon diaorang), kini waktu mereka dah jadi pukul 08:30 malam. Satu waktu yang biasa aku telefon adalah selepas sahur, kira2 jam 05:30 pagi.. sebelum ni sempat le borak-borak dengan anak2 sebab waktu mereka tengah sarapan atau bersiap untuk ke sekolah (jam 07:00 pagi @ Adelaide) - mereka menunggu coaster jam 07:45 pagi. Tapi kini kalau nak telefon sebelah pagi kena le bangun lebih awal, 04:30 pagi kot... tak sanggup aku.... Nak telefon sebelah petang pun susah jugak, paling awal pun jam 06:30 (jam 09:00 malam @ Adelaide) - silap2 anak2 dah tidur - tak salah kalau mencuba, kalau tak dapat cakap dengan anak-anak, ibunya ada... Ataupun masa yang paling baik, selepas waktu Subuh di hujung minggu.
8) Yang penting, fahami waktu & aktiviti diaorang