Cip Mikro RM50 juta Dirompak
Gempar... Cip mikro dan peralatan komputer dianggarkan RM 40 juta - RM50 juta milik sebuah syarikat multinasional (dikatakan Intel) dirompak dengan menggunakan 2 kontena dari sebuah gudang di Kompleks Kargo Udara Kedua di Batu Maung, Pulau Pinang kira-kira jam 02:00 pagi semalam. 20 lelaki bertopeng termasuk 4 orang menyamar sebagai anggota RELA telah membelasah dan memaksa sebahagian daripada 17 pekerja termasuk 2 kakitangan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) minum sejenis bahan kimia dipercayai klorofom sehingga muntah2 dan tidak bermaya. Perompak tersebut juga telah melarikan CCTV dari gudang tersebut. Malaysia Airport Berhad (MAB) & Malaysia Airlines (MAS) cuba mengelak dari dipertanggungjawabkan dengan masing2 menuding jari sesama sendiri.
PM Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melahirkan kekecewaannya dengan tahap keselamatan yang rendah di kompleks tersebut dan mempersoalkan kelewatan memaklumkannya kepada pihak polis (dikatakan selepas 1 jam baru polis tahu). Seterusnya Pak Lah meminta KPN segera melakukan siasatan segera.
Jika dilihat daripada senarionya, yang pasti tahap keselamatan kompleks/ gudang tersebut berada di tahap yang amat rendah dan berkemungkinan besar terdapat orang dalam yang terlibat sama. Kiranya benarlah andaian tersebut, amat malang sekali satu tempat yang menyimpan barangan yang amat berharga seumpamanya diseliakan secara sambil lewa sahaja. Kejadian ini sekiranya tidak diambil serius dan tiada tindakan susulan yang meyakinkan sudah pasti boleh menimbulkan keraguan kepada para pelabur luar negeri terutama dari kalangan syarikat multinasional untuk beroperasi di negara kita disamping menjatuhkan maruah negara. Maka tak hairanlah mengapa Pak Lah mengambil berat akan kejadian yang memalukan ini.
8( Terasa amat pelik dan keliru...
News Update
BH 22/11 - Kawalan keselamatan longgar adalah puncanya. Mesyuarat khas melibat MAB, MAS. KDRM dan PDRM memperakuinya. Pengawal keselamatan didapati tidak bersenjata api dan tiada kuasa polis serta tidak mempunyai talian hotline yang dihubungkan dengan balai polis. Pengawal MAB yang mempunyai kuasa polis dan lengkap dengan senjata api pula tidak berkawal di gudang berkenaan. Gudang tersebut terletak di bawah bidang kuasa MAS tetapi keseluruhan kompleks berkenaan dimiliki MAB.
BH 23/11 - Kem Pengangkutan arahkan semua pihak yang terbabit (terutama MAB dan MAS) keluarkan laporan dan pelan perancangan mereka dalam masa seminggu. Sehingga kini 4 lelaki lagi ditahan reman termasuk seorang pengawal keselamatan kompleks menjadikan 8 orang telah ditahan untuk membantu siasatan.
BH 24/11 - Pak Lah dimaklumkan oleh KPN, Tan Sri Musa Hassan masih ada harapan untuk dapat balik barang yang dirompak. Diyakini ianya masih berada dalam negara. Dari CCTV di Jambatan Pulau Pinang dan Lebuhraya Utara Selatan tiada kelihatan kontena berkaitan melaluinya [takkan bodoh sangat perompak tu - baik pindahkan aje ke lori lain].
BH 25/11 - 2 kontena kosong yang dilarikan perompak ditemui berdekatan deretan kedai belum diduduki di Simpang Ampat, Nibong Tebal - masih diyakini barang rompakan masih belum diseludup ke luar negara [siasatan makin menjadi kompleks].
UM 27/11 - Polis mengesyaki syarikat pengangkutan Lee Ting San Lorry Transports Sdn Bhd terlibat kerana tiada laporan kehilangan lori berkenaan diterima sedangkan ianya digunakan dalam rompakan tersebut. UM 28/11 - Polis akui lori kontena tersebut dicuri di Dengkil dan Bukit Puchong. 5 tahanan reman dilepaskan.
BH 28/11 - Dipercayai rompakan dirancang penuh teliti sehingga tiada kesan yang ditinggalkan dan dengan cara mengelirukan, antaranya mengecat lori, memasang cukai jalan palsu, disertai pelekat "Berhenti Di Balai Polis Terdekat" dan tiada kesan cap jari ditinggalkan.
UM 05/12 - Geng Mamak disyaki terlibat. Pakaian RELA ditemui dari 3 lelaki di sebuah bengkel membaiki lori di Rantau Panjang, Klang. Beberapa hari kemudian diakui ianya bukan pakaian RELA.
UM 21/12 - Masih menjadi misteri tanpa petunjuk baru. Walaupun polis yakin cip tersebut masih berada di Malaysia tetapi kemungkinan telah dihantar ke China tak boleh disangkal.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home