Puasa Enam & Raya Enam
Hari ni, 08 Syawal 1427 adalah Hari Raya Enam. Selamat Raya Enam kepada yang merayakannya. Bagi orang kampung terutama orang-orang tua, Raya Enam ni dirayakan penuh meriah dengan pelbagai makanan yang manis dan lebih enak dari Raya Eidil Fitri. Bagi mereka inilah Raya yang sebenarnya kerana berjaya mendapat ganjaran setahun berpuasa (30 hari + 6 hari = 36 hari diganjarkan 10 kali ganda menjadi 360 hari @ setahun).
Aku macam mana? Hari ni aku tumpang raya juga walaupun puasa enamnya masih belum cukup. Baru semalam aku mulakan tapi hari ni aku tak puasa (kira tumpang raya le tu...8)..). Insya Allah esok dan lusa serta minggu hadapan aku cuba habiskan. Alhamdulillah... berjaya aku menghabiskannya - Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat, Isnin & Selasa.
Orang kampung biasanya mengikut sunnah, selepas sehari beraya terus mula berpuasa enam hari berturutan tapi orang bandar macam aku ni (perasan...) dugaannya lebih sikit. Macam-macam alasan yang timbul...
Balik kampung jarang2, mana boleh puasa kat kampung, nak jugak beraya ke sana-sini jumpa saudara mara dan kawan2 lama. Pulak tu bukannya cuti lama, selepas 3, 4 hari dah kena balik bandar. Terdetik di hati, baik puasa kat bandar aje le... tambahan pula hari bekerja dugaannya kurang dan kurang terasa penat. Hujung minggu pulak open housenya merata-rata, sayang kalau tak pergi... sah tak puasa. Nasib baik le dibolehkan puasa enam tu bila-bila hari dalam bulan Syawal... boleh le bertangguh. Itu pun adakalanya tak sedar rupa-rupanya dah nak habis Syawal sebab sibuk sangat beraya atau melayan perut, kononnya dah sebulan Ramadhan menahan lapar di waktu siang (tak dikira 11 bulan lagi setiap hari makan waktu siangnya tak pernah tinggal). Semuanya tu hasutan syaitan dan nafsu aje, kalau nak seribu daya tak nak seribu dalih. Apa-apa pun aku berazam tahun ni aku akan habiskan juga puasa enam tu dalam keadaan yang selesa dan tak terkejar-kejar di akhir bulan. Pernah dulu2 aku tak berkesempatan puasa enam sebab tak sedar Syawalnya dah habis. Ada juga di saat-saat akhir aku puasa berturut hari sebab dah tak ada hari lain dah. Moga-moga ianya tak berlaku di tahun ini dan tahun-tahun seterusnya. Amiin.
8) Ganjaran setahun berpuasa menjadi motivasinya
0 Comments:
Post a Comment
<< Home