Kueh Raya Untuk Keluarga di Adelaide
Semalam ipar aku minta tolong poskan kueh raya (Almond London, Tart & Rempeyek) kat mak & abah serta keluargaku di Adelaide. Ini yang buat aku dalam dilema, setahu aku barangan makanan terutama yang mengandungi susu, telur & bijian antara barangan yang agak susah untuk melepasi pihak kastam di sana. Dia orang agak strict dan itulah pengalaman yang pernah aku lalui, juga tontoni dalam rancangan Border Security sewaktu di Adelaide.
Pagi ni aku cuba dapatkan maklumat berkaitan melalui beberapa Courier Agents, antaranya UPS, DHL, FEDEX dan POS Malaysia sendiri. Yang menghairankan maklumat yang diaorang ada tidak sama antara satu sama lain. UPS dan DHL memberikan info yang lebih kurang sama - tidak dibenarkan kecuali mempunyai permit import. FEDEX pula mengatakan semua personal item tidak dibenarkan, perlu dihantar ke alamat syarikat (Pelik... baru 2 minggu lepas aku poskan parcel ke sana, telah pun selamat diterima) - rasa aku budak Customer Service tu tak tahu pun tapi pandai2 jawab. POS Malaysia pula mengatakan hanya barangan susu sahaja, lain2 boleh... lepas tu selepas ditanya lagi katanya makanan tidak digalakkan. Pulak dah. Alahai lain2 syarikat lain2 pula infonya, tak ke pening dibuatnya.
Timbul pening yang baru, nak hantar ke tak nak... Kalau hantar jugak maknanya risiko tanggung sendiri. Sekiranya melalui UPS, DHL dan FEDEX rasanya awal-awal lagi dah kena reject. Yang tinggal hanyalah POS Malaysia - ada 2 pilihan samada Parcel Delivery biasa atau Pos Laju. Parcel Delivery kosnya RM29.10 untuk 250gm pertama diikuti tambahan RM4.10 untuk setiap 250gm. Jangkamasa sampai 10 - 14 hari bergantung kepada custom clearance. Pos Laju pula mengambil masa 3 hari dan kosnya lebih sekali ganda berbanding Parcel Delivery. Ada info yang dikhabarkan, bila barangan makanan sampai di sana, ianya akan dikuarantin oleh kastam dan penerimanya akan dipanggil untuk sesi soal jawab sebelum dilepaskan (kiranya boleh lepas... jika tak buang aje).
Nampaknya kena gamble le - hantar tetap kena hantar - kalau tak, tak tahu al-kisahnya. Jadi apa pilihannya - Pos Laju yang cepat dan boleh sampai sebelum raya tapi kosnya agak mahal atau Parcel Delivery yang mana akan sampai seminggu lepas raya dengan kos yang kurang.
Keputusannya...
.....
....
...
..
.Tak payah hantar le... pening kepala ni... ...Tak leh... kena hantar jugak... guna Parcel Delivery biasa aje... yang penting suasana Hari Raya disambut meriah dengan rempeyek dari Malaysia walaupun terlewat seminggu dari hari raya tapi aromanya masih ada. Biarlah lambat sikit, kalau kena buang pun tak le terasa sangat terbang RM 2 angka (puluhan) berbanding terbang RM 3 angka (ratusan).
AlhamduliLlah, selamat diterima tapi kerepeknya pecah berderai... boleh le makan - ye le, selama 10 hari dicampak sana-sini, kalau ekspress punya mungkin terjaga elok tapi mahal le... so, tahu le sekarang tiada masalah kalau kueh raya dihantar.
8) Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home