Wednesday, October 04, 2006

Selamat Kembali Ke Tanah Air

Hari ni genap seminggu aku menjejakkan kaki ke tanah air tercinta Malaysia setelah 2 bulan berada di Adelaide, South Australia mengikuti orang rumah yang sambung belajar di Flinders University. Selama di sana aku tak berkesempatan melayari internet kerana tiada kemudahannya di rumah sewa (tak de duit nak masuk line). Khabar tentang perkembangan semasa di tanah air sekadar apa yang diceritakan oleh ahli keluarga di Malaysia yang dihubungi.
Kini ahli keluargaku (isteri dan anak-anak) masih di Australia sehinggalah tamat pengajian isteriku di pertengahan tahun hadapan. Maksudnya, sekarang aku "bujang"..... suatu penyiksaan (bukannya tiket kebebasan) kerana tiada lagi riuh rendah suara anak-anak dan belaian mesra isteri tercinta. Moga aku dan isteri tabah menghadapi segala dugaan selama perpisahan ini terutama isteriku yang terpaksa menguruskan anak-anak di rantauan dan pada masa yang sama perlu berhempas pulas dengan pengajian. Pergorbananmu isteriku amat besar. Insya Allah abang akan sentiasa mendoakanmu dan anak-anak sentiasa dalam perlindunganNya. Amiin.
Anak-anak pula telah diberikan pilihan samada untuk terus belajar di sana atau kembali bersekolah di tanah air, maksud mengikuti aku pulang. Nampaknya semuanya dah seronok bersekolah di sana. Mungkin sistem pembelajarannya lebih santai berbanding sistem pembelajaran yang lebih bercorak akademik di Malaysia.
Sepatutya aku terus mendampingi mereka tetapi tuntutan pencarian nafkah/ rezeki terpaksa diutamakan. Di peringkat awal sebenarnya kami berada di persimpangan samada aku perlu berhenti kerja (kelulusan cuti hanya utk 2 bln aje) atau terus bekerja dan anak-anak bersamaku di tanah air. Apatah lagi keluarga seharusnya menjadi keutamaan, ianya adalah amanah Allah. Setelah berbincang setiap pro & kontra keputusan seperti sekarang terpaksa diambil, tambahan pula jangkamasa setahun tidaklah lama. Untuk mengejar dan mencari kerja dengan pendapatan yang selesa seperti sekarang ini di kemudian hari mungkin agak susah dengan belitan hutang keliling pinggang. Sabar aje le... kalau ade rezeki aku akan ke sana pada akhir tahun ini dan seterusnya di pertengahan tahun depan.
Nampaknya raya ni aku raya sendirian seperti insan bujang lain, balik kampung berjumpa orang tuaku di Terengganu.
8( Pilunya beraya tanpa anak2 & isteri...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home