LRT - Pengalaman & Pemandangan
STAR LRT dan PUTRA LRT adalah 2 perkhidmatan keretapi moden yang telah mendominasi kebanyakan laluan utama di Lembah Klang menjadi pengangkutan awam alternatif kepada pengangkutan awam konservatif (bas, teksi dan kereta). Lain-lain perkhidmatan seumpamanya adalah KL Monorail yang hanya bergerak di tengah Bandaraya Kuala Lumpur dari Titiwangsa ke KL Sentral, KTM Komuter menggantikan keretapi lama dari Rawang hingga ke Port Klang dan Seremban, serta ERL yang cuma menyambungkan KLIA dengan KL Sentral.
STAR LRT mula beroperasi September 1998 yang menyambungkan Jln Sultan Ismail ke Sri Petaling dan juga dari Jln Sultan Ismail ke Sentul Timur pada Disember 1998 merangkumi jarak 27 km dengan 25 stesyen keseluruhannya. Manakala PUTRA LRT pula mula beroperasi September 1998 dari Subang Depot hingga ke Pasar Seni dan pada Jun 1999 dari Pasar Seni ke Gombak, merangkumi jarak 29 km dengan 24 stesyen. Pada akhir tahun 2004, kedua-dua LRT ini telah diambil alih kerajaan (kerana mengalami kerugian) dan diletakkan di bawah syarikat kerajaan (GLC), Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RAPID KL)bersama-sama dengan perkhidmatan Rapid Bus, dulunya Intra Kota dan City Liner. STAR Line kini dikenali dengan Ampang Line dan Sri Petaling Line, manakala PUTRA Line pula dikenali dengan Kelana Jaya Line.
Dalam seminggu dua ni aku berkesempatan menggunakan kedua-dua perkhidmatan ini kerana kebetulan ada urusan di Jln Sultan, Petaling Jaya dan sekitar tengah bandaraya KL. Untuk urusan di Jln Sultan (Life Care Diagnosis S/B - online medical check up untuk isteri dan Imran yang akan ke Adelaide), kami letak kereta di Stesyen LRT Setiawangsa (tol : RM2.00) & menaiki LRT (Putra) ke Taman Jaya, PJ, tambangnya RM4.90 (2-way/head). Waktu tu jam 1:00 t/hari, orang tak ramai, dapatlah tempat duduk. Sebelum tiba di setiap stesyen, dengan jelas dimaklumkan "Stesyen Berikutnya/ Next Station ..." yang diumumkan secara elektronik. Solehah yang turut serta amat seronok sekali, mungkin selepas ini kena bawa anak-anak yang lain merasainya. Sampai di Ampang Park, LRT mula melalui terowong bawah tanah melalui KLCC, Kg Baru dan muncul di Masjid Jamek dan terus melalui rel atas sehinggalah kami turun di Stesyen Taman Jaya, mengambil masa kira2 30 minit.
Sewaktu balik dari Taman Jaya, waktu menunjukkan jam 06:00 petang, penumpang LRT padat tetapi masih ada yang berhemah memberikan tempat duduk kepadaku yang sedang mendukung Imran. Terima kasih, Brother. Dari pemerhatianku, di setiap stesyen kebanyakkannya ramai yang sedang menunggu LRT tetapi dalam keadaan penuh sopan berbaris mengikut giliran terutama di Masjid Jamek dan KLCC. Jika tak dapat naik tunggulah LRT berikutnya kira-kira 10 minit lagi. Kami tiba di Stesyen Setiawangsa kira2 jam 06:30 petang, terus pulang ke rumah.
Minggu berikutnya aku dan isteri berjanji berjumpa di Stesyen Masjid Jamek untuk urusan pengesahan dokumen oleh Oath Commisioner. Aku keluar dari pejabat jam 12:00 t/hari terus ke Stesyen Bukit Jalil (STAR). Platform menunggu agak lenggang, mungkin kerana waktu tengahari dan kedudukan stesyen yang kedua hujung sebelum Terminal Sri Petaling. Menunggu kira2 15 minit, di dalam LRT agak lenggang dan agak mudah mendapat tempat. Sempat berbual2 dengan seorang eksekutif RAPID KL yang mempunyai kenalan di MIMOS Berhad. Pemandangan luar agak menarik dengan pepohonan menghijau dan rumah-rumah kampung, seterusnya memasuki persekitaran bandar di Salak Selatan sehinggalah tiba di Masjid Jamek. Pengumuman setiap stesyen agak perlahan dan tidak jelas, dilakukan secara manual oleh pemandu. Rasanya pihak RAPID KL perlu buat perubahan menyamai konsep PUTRA Line.
Selepas urusan, kira2 jam 03:30 petang, aku dan isteri menaiki LRT bersama menuju ke destanasi masing2 iaitu aku perlu turun di Stesyen Bukit Jalil, manakala isteriku di Stesyen Cheras untuk ke HUKM. Tempat duduk semuanya penuh, terpaksalah kami berdiri sambil berbual dan melihat pemandangan luar. Tak disangka kami terlajak hingga ke Stesyen Maluri yang mana LRT akan terus menuju ke Sentul Timur, kami sepatutnya turun transit di Stesyen Chan Sow Lin, seterusnya menaiki LRT ke Sri Petaling. Itulah ghalib sangat pulak tu pengumuman yang dilakukan tidak disedari kerana tidak jelas. Nasib baik kami dibenarkan berpindah platform ke Chan Sow Lin - terima kasih. Isteriku turun di Stesyen Cheras dan aku terus ke Stesyen Bukit Jalil.
Hujung minggu baru2 ini (Ahad) kami sempat menbawa anak-anak menaiki LRT dari Stesyen Jelatek ke Masjid Jamek kerana ada hal di Sarafalina's Winter Shop di Jln Tunku Abdul Rahman. Kami menaiki LRT kira2 jam 02:30 petang dan tiba di Stesyen Masjid Jamek kira2 20 minit selepasnya. Anak-anak tampak agak seronok. Itulah pengalaman baru mereka.
Begitulah sedikit sebanyak pengalamanku menaiki LRT RAPID KL - taklah susah sangat tapi kena tahu dan beringat di mana nak turun, dengan kata lain tahu arah perjalanannya. Dengan perjalanan yang lancar dan cepat, tak hairanlah tempat letak kereta di kebanyakan tempat penuh terutama dari tempat luar bandar menuju ke pusat bandar KL.
8) Seronok dan menjimatkan
0 Comments:
Post a Comment
<< Home