Israel Mengganas di Beirut

Sehingga hari ke-7 (18/06/2006) - 230 terkorban di Lubnan, majoritinya penduduk awam. Semalam sahaja meragut 26 penduduk Lubnan. Manakala 24 Yahudi terkorban di Israel, 12 daripadanya penduduk awam. Israel bertekad meluaskan serangan melalui darat dengan kerahan tenaga askar simpanannya. PBB pula sering menangguhkan usaha gencatan senjata segera, kononnya mencari jalan penyelesaian jangka masa panjang, secara tak langsung memberi ruang dan peluang lebih luas untuk Israel bermaharajalela.
Serangan ke atas Beirut atas alasan sebagai tindakan balas pembunuhan 8 askar Yahudi dan penawanan 2 orang tenteranya kelmarin. Malah Israel juga meletakkan matlamat membunuh pemimpin Hizbullah, Sheikh Hassan Nasrallah. Seperti lazimnya, dunia mengutuknya tapi dengan nada yang berbeza. Perancis dan Russia menyalahkan Israel kerana menyemarakkan konflik tersebut. Manakala PBB, USA, Britain, Jepun dan EU menyalahkan Hizbullah yang memulakannya. Liga Arab pula baru nak adakan perbincangan. OIC... entah le.

Justeru itu yang tinggal hanyalah perpaduan/ solidariti umat Islam di seluruh dunia. Bak kata Rasulullah saw, umat Islam di akhir zaman ibarat buih di lautan, hanyut mengikut bawaan arus dan ombak. Akan tetapi Rasulullah saw juga berpesan agar umat Islam berpegang akan 2 tinggalannya, Al-Quran dan As-Sunnah, Insya Allah kita semua akan selamat. Kesimpulannya penindasan ke atas umat Islam kini samada di Palestine, Lubnan, Iraq, Afghanistan, Chennya, Kashmir, Filipina, Selatan Thai (sekadar beberapa contoh) mahupun di bumi Malaysia hanya mampu dibendung dan kembali dihormati seperti di zaman keagungan tamadun Islam dengan kesatuan ummah yang berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah. Walaupun kita jauh dari medan konflik, kita masih ada senjata yang lebih ampuh, berdoalah pada Allah (SWT) moga Islam dan umat Islam dikurniakan kejayaan dan kafirin serta munafikin dikurniakan kehinaan dan kekalahan. Yakinlah bahawa Allah (SWT) Maha Berkuasa... Sebagaimana tentera bergajah Abrahah dihancurkan, begitulah juga diharapkan ke atas Yahudi Israel.
8( Ya Allah, pertolonganMu yang kudambakan. Amiin.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home