MRR2 Lenggang Kerana Piala Dunia?
Semenjak hampir sebulan yang lalu memandu di MRR2 di sebelah pagi terasa agak selesa, keadaannya agak lenggang sama seperti sewaktu cuti persekolahan. Kenderaan kelihatan berkurangan daripada biasa dan masalah kesesakan tidak ketara. Sekiranya tiada halangan di jalanraya seperti kemalangan atau kenderaan rosak, perjalanan ke pejabat hanya mengambil masa kira-kira 30 - 40 minit sahaja walaupun keluar lewat daripada biasa berbanding kebiasaannya hampir 1 jam. Akan tetapi perjalanan balik kesesakannya tidak menentu. Kenapa ya? Mungkinkah kerana penangan Piala Dunia, ramai yang dapat flexible hours licence untuk keluar lewat dan balik mengikut cita rasa? Ataupun kerana harga bahan bakar kenderaan naik maka ramai yang guna kaedah pool car atau naik LRT/ komuter sahaja? Ataupun sememangnya pengguna MRR2 dah berkurangan disebabkan ada lencongan baru? Atau kerana apa? Tak kisah le apa alasannya, moga keselesaan di jalanraya ini akan berterusan dan al-kisah terperangkap dalam kesesakan teruk jalanraya akan hanya tinggal kenangan sahaja.
8) Moga-moga. Amiin.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home