Main Air di Desa Water Park
Sabtu lepas (10/06/2006), JPK-HUKM telah mengadakan Family Day (lebih dikenali Sanggar Kerja) di Desa Water Park, Cheras. Tiket masuknya, dewasa RM18.00 dan kanak2 RM12.00. Kami masuk free atas pakej Family Day. TK JPK-HUKM. Acara pembukaannya (jam 09:00 am) dirasmikan oleh orang rumahku. Seterusnya selepas makan pagi (nasi lemak - anak2 tak habis - banyak sangat), diadakan acara telematch kanak2 - Giant Jigsaw Puzzle dan Musical Ball. Iddin dan Niesha masuk kedua-dua acara tetapi Le'ah tak nak - mungkin malu dan takut kerana kenalannya tak dikenali. Dalam Jigsaw Puzzle, Iddin dan Niesha terpisah kepada 2 kumpulan dari 3 kumpulan yang dikumpulkan - yang menariknya bukannya anak2 yang sibuk tapi mak-bapak mereka yang lebih excited - mengarah itu dan ini untuk anak2 siapkan cantuman gambar Bug Bunny. Kumpulan Niesha muncul pemenang, diikuti kumpulan Iddin tempat kedua. Yang penting bagi kanak2 adalah dapat hadiah.
Seterusnya Musical Ball, 21 kanak2 dalam satu bulatan dengan 3 bola digerakkan dari tangan ke tangan dengan diiringi alunan muzik. Siapa yang pegang bola sewaktu musik diberhentikan akan dibasahkan dan secara automatik terkeluar. Kira2 tinggal 10 orang lagi, Niesha terkeluar dan Iddin pula terkeluar dalam lingkungan 5 orang. Nampaknya mereka berdua betul2 seronok sehingga terlonjak2 kot2 bola singgah di tangan. Acara seterusnya adalah telematch dewasa.. terompah gergasi (kering) dan 3 games dalam air. Anak2 apa lagi, terus terjun kolam le... Untuk telematch, hanya game dalam air aku sertai mewakili Orange Group. 2 games juara dan 1 tempat kedua... Yahooo....
Selepas acara pembahagian hadiah dan makan tengahari adalah acara bebas. Iddin, Niesha, Le'ah dan Imran apa lagi berkampung dalam kolam le. Terdapat 5 kolam utama tetapi untuk anak2 hanya 3 kolam yang aku bawa. Lagi 2 kolam tak sesuai untuk kanak2. Mereka juga dibawa menaiki pelampung melalui terusan. Boleh guna pelampung sendiri tapi kami sewa Double Float RM7:00. (Trick di lain kali, bayar separuh pada orang yang nak hantar balik). Kami hanya sempat 1 1/2 pusingan sahaja kerana tak dibenarkan oleh pengawal kolam disebabkan membawa anak kecil (Imran) dan pada satu peringkat airnya agak laju. Menjelang 4:00 petang hujan lebat mulai turun disertai kilat dan guruh. Siren amaran dibunyikan dan kesemua pengunjung diminta meninggalkan kolam sehingga keadaan kembali normal. Pada waktu tu kami telah bersiap2 untuk keluar. Terima kasih kepada pengawal kolam yang memayungkan kami dengan payung besar ke pintu keluar. Walaupun agak penat tapi very enjoyable - tak rugi kalau datang lagi.
8) Very nice place including surau facilities (but not comfortable).
0 Comments:
Post a Comment
<< Home