Isu Dinar & Dirham Kelantan
Isu Dinar (Emas) dan Dirham (Perak) kini kembali diperkatakan setelah ditimbulkan oleh Exco Kelantan, Dato' Paduka Hj. Husam Musa pada 21/05/2006 sewaktu perasmian Seminar Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Islam di Kelantan. Dahulu mantan PM, Tun Dr. Mahathir pernah mencetuskan harapan penggunaannya dalam urusniaga harian, dikatakan setelah mendapat gambaran kelebihan dinar & dirham semasa berkunjung ke Damsyik. Akan tetapi idea ini nampaknya tidak dipersetujui oleh PM sekarang, katanya Kelantan tidak boleh mengeluarkan matawangnya sendiri. Jadi apakah sebenarnya isu ini?
Kita lihat apa yang diperkatakan oleh Dato' Husam. Secara ringkasnya Kerajaan Kelantan dalam perancangan kearah penggunaan nilaian dinar dan dirham dalam urusniaga harian. Sebagai langkah awal, kaedah nilaian tersebut akan dilaksanakan dalam pajak gadai Islam, Ar-Rahn dan diikuti pembayaran gaji kepada kakitangan kerajaan negeri. Isu ini cuba dipolitikkan dan nampaknya PM sendiri pun tidak mendapat gambaran sebenar. Mungkin juga ramai yang tidak faham akan apa yang dimaksudkan sehingga masing2 membuat andaian sendiri. Keynote di sini adalah nilaian dinar dan dirham bukannya penggunaan matawang dinar dan dirham.
Nilaian dalam dinar dan dirham didapati lebih stabil dan menguntungkan kerana nilaian emas dan perak di pasaran dunia dikatakan tidak pernah mengucup tetapi terus mengembang dan ini sudah pasti menaikkan simpanan kita berbanding wang kertas yang tidak menentu nilainya. Sebagai contoh, katakan nilai emas 5 tahun dahulu adalah RM300 untuk 1 dinar. Kini ia telah meningkat kepada katakan RM350/ dinar. Bila kita keluarkan duit dari bank yang disimpan 5 tahun lepas, katakan 5 dinar bermaksud kita akan dapat RM1, 750 bukannya RM1,50o bermakna kita mendapat untung RM250. Begitulah anologinya.
Nah, cuba tanyakan pada semua orang, di manakah kekurangannya dan di mana pula ruginya. Dalam hal ini (dan juga lain2 perkara kearah kebaikan), sepatutnya tiada bangkangan menbuta tuli. Jadilah insan intelek yang berfikiran terbuka, tak kiralah siapa saja yang mengeluarkan idea, sekiranya ada manafaatnya lebih-lebih lagi ke atas umat Islam, seeloknya diterima dan diberikan sokongan. Bawalah berbincang dan diharapkan pertemuan wakil Kerajaan Kelantan dengan Menteri Kewangan (Pak Lah/ Tan Sri Yaacob) yang dirancangkan akan membuahkan kesepakatan yang baik. Amiin.
8) Belum cuba belum tahu...
0 Comments:
Post a Comment
<< Home