Karikatur RasuluLlah SAW
Kini seluruh rantau Islam membahang marah terhadap Denmark dan negara2 sekutu utamanya di Eropah; Sweden, Perancis, Sepanyol dan Itali - bukan kerana terdapat negara umat Islam yang diserang tetapi RasuluLlah SAW diperhinakan dengan lukisan karikatur baginda yang amat jelek. Di Syria bangunan kedutaan Denmark & Sweden telah dibakar, begitu juga di Lubnan, kedutaan Denmark telah dibakar. Di lain-lain negara umat Islam lainnya banyak langkah bantahan yang telah dilancarkan, antaranya demonstrasi di Indonesia, mogok peguam di India, boikot barangan Denmark di Asia Barat, pemanggilan duta di Pakistan dan pembakaran bendera Denmark di London.
Isu ini tercetus apabila 12 lakaran kartun Nabi Muhammad SAW disiarkan kali pertama oleh akhbar harian Jyllands-Posten Denmark pada September tahun lalu, kemudian diterbitkan pula oleh akhbar negara lain sehingga membangkitkan kemarahan dan kesedihan di kalangan berjuta-juta umat Islam di seluruh dunia.
Walaupun pelbagai bantahan yang telah diadakan tetapi nampaknya tidak diendahkan oleh negara-negara sekutu lain atas alasan kebebasan akhbar menyuarakan yang hak. Lakaran berkenaan terus dicedok dan disiarkan oleh mereka, antaranya di Amerika Syarikat, New Zealand, Australia, Hungary, Bulgaria dll. Akan tetapi sensitiviti umat Islam ini nampaknya turut sama tidak diendahkan di negara Islam Hadhari, Malaysia bila mana akhbar Sarawak Tribune di Sarawak turut sama menyiarkannya. Akibatnya editornya telah meletakkan jawatan dan pengurusannya dipanggil mengadap KDN.
10/02 - KDN gantung permit Sarawak Tribune & penerbitnya mengumumkan penerbitannya akan dihentikan terus.
13/02 - Guang Ming Daily pula dipanggil KDN kerana menyiarkan seorang pembaca sedang menatap lakaran karikatur pada 03/02/2006.
15/02 - Guang Ming digantung 2 minggu mulai 16/02 - 01/03.
13/02 - Guang Ming Daily pula dipanggil KDN kerana menyiarkan seorang pembaca sedang menatap lakaran karikatur pada 03/02/2006.
15/02 - Guang Ming digantung 2 minggu mulai 16/02 - 01/03.
20/02 & 21/02 - New Straits Times (NST) dalam Coffee Break (lakaran Willie Miller) siarkan karikatur seorang pelukis sedang melukis, disampingnya ada papan notis tertulis "Caricatures of Muhammad While You Wait". Dipertahankan oleh Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Hishamuddin Aun atas alasan kebebasan akhbar.
21/02 - 3 NGO (Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) & Pemuda PAS buat laporan polis.
22/02 - Notis Tunjuk Sebab diberikan kepada NST oleh KKDN. Akhirnya NST dilepaskan kerana telah meminta maaf secara terbuka walaupun sebelum itu mereka mempertahankannya (Pelik).
Secara peribadi aku merasa amat sedih mengenangkan betapa umat Islam kelihatan begitu lemah sehingga kerap kali diperkotak katikkan oleh pihak kafirun terutama dinaungi Amerika dan negara2 blok Eropah. Kita sedia maklum bagaimana umat Islam Palestin, Afghanistan, Iraq, Kashmir, Chenchen, Bosnia malah di Pattani dan Selatan Filipina diserang, dibunuh dan dimalukan. Malah kerap kali Al-Quran diberitakan diperendahkan hingga ke lubang tandas di Quatonamo Bay. Begitu juga larangan keras pemakaian tudung dan perlaksanaan urusan agama di negara2 blok Eropah. Dan kini RasuluLlah SAW pula dihina. Dengan pelbagai penghinaan tersebut negara2 Barat melihat seolah2 negara2 Islam adalah negara2 yang lemah kerana responnya juga ibarat sekadar batuk di tangga atau hangat2 tahi ayam, lama2 sejuk le ia...

Walaupun negara2 umat Islam merupakan negara yang kaya raya dengan emas hitamnya tetapi kesepaduan tindakannya agak longgar, malah OICnya sekadar Oh I See... Apa pun, disarankan langkah yang lebih memberi kesan kepada ekonomi & hubungan politik negara2 berkenaan patut diambil secara kolektif oleh seluruh umat Islam. Ulama Sunnah terkenal, Sheikh Youssef Al-Qaradawi dan Imam Besar Masjid Makkah Saleh Humaid, meminta agar umat Islam bangkit menunjukkan kemarahan di atas penghinaan itu dengan mengambil langkah pemboikotan produk keluaran negara2 berkenaan (bukannya dengan cara kekerasan kerana itu bukannya imej sebenar Islam). Langkah bantahan seperti penghantaran memo bantahan oleh seluruh NGO & parti politik umat Islam patut dilakukan sebagai tanda kesepakatan seluruh umat Islam. Dan di pihak kerajaan pula bantahan secara rasmi boleh dihantar ke kedutaan masing2 atau memanggil balik duta negara di negara2 berkenaan.
UM 08/02/06 - Akhbar Iran, Hamshari akan anjurkan peraduan melukis kartun peristiwa Holocaust (pembunuhan Yahudi oleh Nazi) yang akan dilancarkan pada 13 Feb bagi menguji sensitiviti kebebasan media kafirun. Diberitakan terdapat double standard di mana beberapa siri karikatur Nabi Isa telah dihantar oleh seorang pelukis ilustrasi Denmark, Christoffer-Zieler kepada editor Jyllands-Posten edisi Ahad, Jens Kaiser pada April 2003 untuk tujuan penyiaran namun idea itu ditolak atas alasan sensitiviti agama dan penganut Kristian.
10/02/06 - Dilaporkan Malaysiakini, hampir 10,000 orang berarak dari Masjid Kg Baru selepas solat Jumaat ke Kedutaan Denmark di Jln Ampang diketuai oleh Presiden PAS. Demonstrasi ini turut disiarkan oleh media asing, antaranya BBC & juga Jyllands-Porten.
BH 19/02/06 - Ulama di Peshawar, Pakistan menawarkan US$1 juta (RM3.77 juta) kepada pembunuh pelukis karikatur.
Dalam suasana melibatkan Islam, kesepakatan di kalangan umat Islam amatlah penting sebagai lambang perpaduan Islam. Tunjukkan bahawa penganut Islam tiada toleransi dalam hal melibatkan maruah agama dan penganutnya. Dari itu diyakini Islam akan lebih dihormati dan disegani oleh dunia bukan Islamnya.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home