Monday, February 06, 2006

SPBT & Beban Buku Ke Sekolah

Di dalam akhbar semalam, Menteri Pelajaran, Datuk Hishamuddin Tun Hussein mengumumkan mulai tahun 2008 kesemua pelajar sekolah akan diberikan pinjaman buku teks secara percuma. AlhamduliLlah... lega... tapi kenapa lambat sangat Datuk... lagi 2 tahun.
Mengikut laporan rasmi yang dikeluarkan kementerian, kira-kira 90% pelajar telah mendapat faedah dari SPBT percuma, hanya tinggal 10% lagi ibu bapa yang terpaksa membeli buku teks untuk anak-anak mereka kerana tidak layak, antaranya disebabkan mempunyai pendapatan keluarga melebihi RM1,500 sebulan (termasuk aku le...). Ya ka... takkan begitu ramai ibu bapa yang miskin kat Malaysia ni... Tak dinafikan kedapatan ibu bapa yang kaya-raya bermati-matian berusaha mendapatkan skim tu tapi takkan boleh mencecah kategori layak 90%. Bila aku ke pameran buku atau sekolah untuk belikan buku sekolah, sambutannya nampak begitu hangat sekali hingga kehabisan stok, jadi takkan golongan ni pulak dari kategori 10%. Tak pe le kita ambil yang positif... anggap le laporan tu betul. Jadi, ada baiknya kategori 10% lagi ni diberikan hak yang sama seperti "kalangan miskin", tak payah le tunggu 2 tahun lagi, sebaiknya dilaksanakan segera, lebih2 lagi diutamakan pelajar2 sekolah kebangsaan atau sekolah bantuan penuh kerajaan.
Zaman aku sekolah dulu, buku2 teks ni diberikan pinjaman... akhir tahun kena pulangkan balik. Cikgu awal-awal lagi sound, jaga buku2 ni elok, jangan conteng2 atau koyakkan. Ada kalanya kita dapat buku baru dan adakala buku lama, bergantung kepada stok sekolah yang ada & adakalanya buku2 yang dah diconteng/ terconteng atau ditulis jawapan bagi soalan2 latihannya - kena le kita orang "roba" (padamkan).
Satu lagi, masalah zaman sekarang ni buku2 yang kena bebudak pikul ke sekolah sedari Tahun 1 lagi alahai beratnya berkilo-kilo kerana pelbagai buku yang perlu dibawa - Buku Teks, Buku Aktiviti, Buku Latihan, Buku Kamus, Buku Latih Tubi dll. Ini aku tengok anak2 aku sendiri. Bila ditanya, "Abang @ kakak bawa buku tak ikut jadual ke..?" Jawabnya, "Ini ikut jadual la ni...!". Bayangkan kanak2 kecil dengan kudrat tulangnya yang tak seberapa terpaksa memikul beban setiap hari... kesian... kesian.... tak de ke jalan nak selesaikan masalah ni... Zaman aku dulu tak de le kena bawak buku sedemikian rupa... cukup Buku Teks dan Buku Latihan - kalau sehari ada 5 subjek, cukup sekadar 5 Buku Teks dan 5 - 7 Buku Latihan. Tapi... pandai jugak anak2 di zaman tu sehingga kini tergolong cendekiawan terbilang. Kementerian Pelajaran (@ Pendidikan) perlu turut sama mengambil inisiatif atas masalah ini....
8) Fikirkanlah untuk kebaikan bersama.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home