Friday, February 17, 2006

Alahai... MRR2 Sesak Teruknya

Akhir2 ini didapati MRR2 terutama dari Hulu Kelang ke Ampang sesaknya teramat sangat. Sebelum ini aku keluar jam 07:15 am, ekornya sampai hanya setakat Masjid Al-Ridhuan tapi kini keluar jam 07:00 am, ekornya dah melepasi Zoo Negara hingga ke Taman Melawati. Itupun laluan 3 lorong dah jadi 4 lorong. Bukan kerana adanya kemalangan atau penutupan jalan tapi kerana adanya susur masuk ke Ampang berhadapan Kuil Hindu, setentang Flamingo Hotel. Apa taknya, limpahan kenderaan banyak ke arah berkenaan kerana banyak pecahan jalan utama yang dituju, antaranya ke arah Jln Ampang > Jln Jelatek & Tmn Kosas, Ampang Points dan laluan bertingkat Prolintas. Mungkinkah kerana penutupan laluan di Kepong... entah le... tapi rasanya tidak.
Keluar jam 07:00 am, biasanya bolehlah sampai kat office jam 08:00 am. Kalau lewat dari itu mungkin boleh cecah jam 08:30 am atau lebih lewat, lebih2 lagi kalau jam kat mana2 samada di Cheras, Tasik Selatan ataupun di Lebuhraya Bukit Jalil.
Masa macam ni teringat aku zaman bawak motor dulu... pagi2 boleh keluar jam 07:30 am & Insya Allah boleh sampai kira2 jam 08:15 am selepas hantar anak ke sekolah. Kini anak2 terpaksa dihantar oleh orang rumah ataupun oleh atuknya. Tengok le, kalau ada rezeki dari tuntutan insuran kehilangan motor dulu boleh le aku dapatkan motor baru... jimat le sikit belanja... perbandingan kasar, RM30.00 minyak kereta boleh tahan 4 hari, manakala RM6.00 minyak motor pun boleh tahan 4 hari... 5 kali ganda jimatnya... cuma risiko naik motor lebih tinggi... terutamanya kemalangan dan hujan.
8) Pandu Cermat & Berhemat, Insya Allah Selamat.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home