Hujung Minggu di Swiss Garden Hotel KL
Hujung minggu baru2 ni (13/05 - 14/05), kami sekeluarga menginap di Swiss Garden Hotel KL, Jalan Pudu. Pelik ya... duduk kat Hulu Kelang tapi tidur kat hotel, banyak duit...? Biasanya orang KL kalau nak sewa hotel, dia orang keluar ke Pantai Timur ke, Utara ke atau ke Selatan... perjalanan yang melangkaui 2 marhalah. Tapi kita orang ni pulak menuju ke tengah Bandaraya Kuala Lumpur, bersesak di jalanan... sesekali terasa menyesal pulak... tempatnya tak jauh sangat tapi jalanrayanya bukan main sesak lagi. Kami bertolak kira2 jam 3:00 petang. Anak2 kat dalam kereta semuanya tidur keletihan hinggalah sampai ke hotel. Pelayan lobi pasti menjangkakam kami ni jauh perjalanan... perasan...8). Sebenarnya, isteriku adalah ahli Swiss Garden Vacation Club. Hampir kesemua penginapan bawah Swiss Garden telahpun kami inapi dan ada yang dah berulang-ulang kali, antaranya di Damai Laut, Kuantan dan Sungai Petani. Yang belum cuma di Swiss Garden Inn KL dan Swiss Garden Bondi, Australia. Tambahan pula mulai minggu hadapan isteriku sibuk sikit termasuk terpaksa meninggalkan keluarga, urusan kerja di Kelantan dan seterusnya menghadiri sesi persediaan ke luar negara di Kem Bina Semangat Tg. Rhu, Sepang selama seminggu. Jadi ini sebagai entertainment untuk anak-anak le ni.Selepas solat Asar, anak2 terus minta turun ke kolam. Kolamnya kecil aje.. kolam kanak2 bersambung dengan kolam utama. Okay le daripada langsung tak ada, nanti marah pulak mereka. Airnya dalam juga. Aku terpaksa turun sama untuk melayan Imran. Bebudak tu mandi hinggalah jam 07:00 pm.
Malamnya selepas solat Isyak, pusing2 bandar cari tempat makan. Akhirnya singgah di Puteri Seafood, Kg Baru. Makanannya OK le tapi servisnya agal lambat sikit. Anak2 dah tak tahan lapar terutama Niesha. Jalan-jalan kecil & lorong2 di sekitar Kg. Baru masih sama seperti 10 tahun lalu ketika aku menyewa di Flat Hanilob, Jln Raja Alang. Kg. Baru. Bergerak keluar dari Kg. Baru sedikit mengelirukan, berpusing2 melalui jalan yang aku tak biasa, pulak tu waktu malam hari. Akhirnya ketemu juga jalan keluar melalui Jalan Raja Abdullah dan terus balik ke hotel. Kami tidur di bilik berasingan - aku, Iddin dan Leah tidur satu bilik. Manakala Eley, Niesha dan Imran tidur di bilik lain. Seperti lazimnya, kami akan minta connected/attached room tapi tak ada. Nak cancell/ convert tak dibagi... so, terima aje le.
Keesokan harinya sarapan Roti Canai Mamak di kedai seberang jalan hotel tapi harganya sedikit mahal. Selepas tu, anak2 apa lagi... masuk kolam balik ke hinggalah ke tengahari. Check-out dan terus balik Hulu Kelang.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home