Pengalaman Ultrasound Scanning
Semalam aku ambil half day. Paginya selepas hantar anak2 ke sekolah, terus ke HUKM - jalani Ultrasound Scanning di Radiology Unit untuk mengesan punca kesakitan di bahagian pinggang kiri (terasa menyucuk2 sejak 3 hari lepas, lebih2 lagi masa nak rukuk atau membongkok). Juga untuk mengesan kot2 ada masalah dengan pundi2 kencing & buah pinggang berpunca dari kencing yang tak berapa puas atau kurang tus.
Tiba di Radiology kira2 jam 09:20 am, diminta terus ke Bilik 4. Alahai ramainya orang, mungkin bersekali dengan pengiring. Bilik bernombor 4-nya pulak ada 3 pintu masuk. Menunggu kira2 setengah jam namaku dipanggil, diminta baring atas katil dan longgarkan tali pinggang. Seterusnya pemeriksaan dilakukan oleh Dr. Ahmed seorang warga asing (mungkin Pakistan). Baju diangkat ke atas dan seluar dilondehkan sedikt ke bawah kerana pemeriksaan akan dilakukan di bahagian pinggang. Lubricating gel yang agak sejuk dilumurkan pada permukaan transduser (hand-held device yang digunakan untuk scan badan - berbentuk seakan2 sabun mandi yang disambungkan kepada scanner). Tranduser ditolak tarik pada kawasan yang diperiksa sambil doktor memerhatikannya pada video dsiplay screen di depan yang disambungkan terus ke komputer. Sesekali kelihatan doktor menekan punat tertentu yang dijangkakan untuk zoom in dan snap the photo. Pemeriksaan dimulai di sebelah kanan, seterusnya ke sebelah kiri pinggang dan juga di belakangnya. Adalah dalam 20 minit tranduser dengan gel sejuk bermain-main di pinggang dengan kira2 6 keping foto diambil.
Menunggu kira2 10 minit, resultnya dah diketahui... AlhamduliLlah buah pinggangku normal dan tiada penyakit yang dikesan. Pelik... Seterusnya aku ke Pusat Perubatan Primer di Tasik Selatan untuk menjalani Urine Test bagi mengesan kot2 ada batu di pundi2 kencing. Resultnya masih lagi normal, tiada sebarang kesan darah di kesan yang menunjukkan adanya batu karang. Isteriku yang kebetulan ada di pusat perubatan tu turut rasa pelik... So, apa puncanya aku sakit pinggang dan kencing tak lawas ni... Nampaknya pemeriksaan lebih lanjut dicadangkan. Aku mungkin akan dirujukkan ke Ortopedic pulak. Tunggu aje le bila appointmentnya.
8) Rujuk petikan dari laman web www.radiologyinfo.org
What is General Ultrasound Imaging?
Ultrasound imaging, also called ultrasound scanning or sonography, is a method of obtaining images from inside the human body through the use of high-frequency sound waves. The reflected sound wave echoes are recorded and displayed as a real-time visual image. No ionizing radiation (x-ray) is involved in ultrasound imaging. Obstetric ultrasound refers to the specialized use of sound waves to visualize and thus determine the condition of a pregnant woman and her embryo or fetus.
Ultrasound is a useful way of examining many of the body's internal organs, including but not limited to the heart, liver, gallbladder, spleen, pancreas, kidneys and bladder. Because ultrasound images are captured in real time, they can show movement of internal tissues and organs and enable physicians to see blood flow and heart valve functions. This can help to diagnose a variety of heart conditions and to assess damage after a heart attack or other illness.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home