Sikecil Ditinggalkan Ibu 5 Hari
Isteriku baru balik petang semalam dari Kursus Bina Semangat anjuran Biro Tatanegara (BTN) yang diadakan di Kem Tg. Rhu, Sepang (tak jauh dari rumah atuk di Bkt Bangkong). Kursus ni bermula Rabu (18/05) hingga Isnin (22/05) bagi bakal graduan yang akan melanjutkan pelajaran di peringkat Master/PhD di luar negara. Beliau dijadualkan akan belajar di Flinders' University, Adelaide, Australia selama setahun mulai 01/07/2006.
Ditinggalkan 5 hari dirasakan agak lama lebih-lebih lagi anak2 berada di bawah pengawasanku. Aku bernasib baik kerana tinggal dengan ibu bapa mertua dan amah Leha, banyak membantu dalam menjaga 4 anakku terutama persekolahan mereka dan juga keletah sikecil, Imran yang susah berenggang dengan ibunya apatah lagi aku ada bersamanya sedangkan ibunya tiada, lagilah ia "mengada-ngada".
Untuk malam pertama dan kedua ditinggalkan, Imran tidur bersama dengan Leha - dengar cerita OK aje, kecuali ada la menangis malam nak kan susu. Kebetulan dia dah biasa dengan Kak Lehanya yang menjaganya di siang hari, jadi tiada masalah sangat bila tidur malam harinya. Malam ketiga dan keempat, Leha ke rumah makciknya kerana ada majlis, tinggallah Imran tidur denganku.
Malam ketiga, Imran tidur agak lewat. Setelah keluar masuk bilik dan turun naik buaian, akhirnya tertidur depan TV sambil menonton CD kartun. Waktu tu jam dah 01:15 pagi. Jam 03:45 pagi, dia terjaga lagi - buatkan susu, masukkan buaian dia tak nak, rajuk dan tangisnya berpanjangan. Untuk memujuknya terpaksa le ambil jalan terakhir - jom keluar naik kereta. Dalam keadaan aku mengantuk, bawalah dia keluar berpusing di flyover Giant Tmn Permata kemudian berpusing di flyover Ampang. Imran tidur di kereta, seterusnya sambung tidur di bilik hingga ke pagi.
Malam keempat adalah rekod terbaik Imran. Tidurnya jam 11:00 mlm setelah ditepuk2 - mungkin siangnya tidurnya tak lama. Imran terjaga hanya sekali, merengek-rengek sambil mencari2 ibunya. Bila disedari ibunya tiada di sisi, dia menangis merajuk, berpusing badan ke dinding terus sambung tidur. AlhamduliLlah lenanya hingga ke pagi. Jadi tidurku jua agak selesa - tak de le terasa pening2 seperti hari sebelumnya.
Petang hari kelima ibunya balik - waktu tu Imran tengah tidur di bilik Kak Leha. Ibunya pulak keletihan tidur di bilik. Malamnya selepas Maghrib barulah dia berjumpa balik dengan ibunya. Apalagi... terus minta "menetek".
8) Lega...
0 Comments:
Post a Comment
<< Home