Wednesday, May 24, 2006

9 Bukan Angka Bertuah Di Sarawak

Foto The Star (21/05/2006) - Tan Sri Taib Mahmud terkejut besar, 9 kerusi kalah mengejut.
Ulasan angka 9 dalam pilihanraya DUN Sarawak oleh Sayed Hisham Idris dalam Utusan Malaysia hari ini amat menarik sekali. Berikut adalah sedutannya:-
"ANGKA sembilan jelas bukan angka bertuah bagi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya Sarawak Sabtu lalu. Empat perkara boleh dikaitkan dengan angka sembilan dalam pilihan raya negeri kali ini.
Pertama, kali ini adalah pilihan raya negeri Sarawak yang kesembilan.
Kedua, Barisan Nasional (BN) kalah di sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu kekalahan terbesar dalam tempoh 19 tahun. Pembangkang menang di sembilan kawasan iaitu Pending, Batu Lintang, Kota Sentosa, Bukit Assek, Kidurong, Meradong, Padungan, Engkilili dan Ngemah berbanding hanya dua kerusi pada pilihan raya 2001.
Ketiga, kekalahan itu dicatatkan selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya negeri ini oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tahun lalu yang menyaksikan sembilan kawasan DUN baru diwujudkan. Kesemua sembilan kerusi baru itu ialah Opar, Lingga, Balai Ringin, Bukit Saban, Daro, Bekenu, Pujut, Batu Danau dan Bukit Sentosa.
Keempatnya, pilihan raya kali ini diadakan di saat kerajaan giat menyusun program pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Malang sekali, RMK-9 yang memberi tumpuan kepada pembangunan luar bandar turut dijadikan modal oleh pembangkang pada pilihan raya lalu. "
80 Jangan pula 9 budak hitam sudah le...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home