Tahanan ISA Dibebaskan
Berita pembebasan 11 tahanan ISA dari Pusat Tahanan Kemunting kelmarin diikuti 6 orang semalam yang telah "dikurung" selama 5 - 6 tahun mendapat liputan meluas media massa seolah2 merekalah wira negara. "Bekas anggota Kumpulan Militan Malaysia (KMM) dan Jamaah Islamiyah (JI)" ini telah mendapat restu PM Pak Lah atas kapasiti Menteri Keselamatan Dalam Negeri untuk dibebaskan (bersyarat - sekatan kawasan) setelah dikatakan menunjukkan peri laku yang baik dan dianggap tidak akan mengancam keselamatan negara.
Anak MB Kelantan, Nik Adli Datuk Nik Abdul Aziz yang dikatakan "Ketua KMM" sewaktu ditangkap adalah antara tahanan yang dibebaskan. Pembebasan beliau mendapat liputan meluas terutama di dada akhbar. Yang menariknya adalah komen dari bapanya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,
"Selagi hati saya masih berdarah, selagi itu saya tidak mahu mengucapkan terima kasih. Masa anak saya diragut (ditahan) semua wartawan tidak datang, tetapi bila anak saya balik semua ada. Dah puas pelihara (tahan) baru nak lepas," (BH 19 10 2006)
Memang patut beliau meluahkan kekecewaan tersebut. Bayangkan, betapa deritanya beliau, menantunya (isteri Nik Adli, Sles Monira Sles Math) serta cucu-cucunya yang diragut kasih sayang bapa mereka. Tambahan pula pelbagai dakwaan negatif dan subversif dikeluarkan tanpa dibuktikan atau didakwa di mahkamah. Lebih memedihkan hati Datuk Nik Abdul Aziz adalah langkah PKLN yang meletakkan gambar Nik Adli dalam modul pembelajaran mereka sebagai anggota pengganas. Beliau mensyaratkan pihak PKLN memohon maaf kepada beliau tetapi mereka membisu seribu bahasa sehingga solat munajat diadakan di Kota Bharu. Sehingga kini tiada tindakan undang-undang diambil, kemungkinan Nik Adli sendiri yang akan melakukannya.
Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), satu undang-undang zaman kolonial bagi membendung kekejaman pengganas komunis yang sekian lama lupus dari hutan Malaysia masih digunakan pakai dan biasanya untuk menahan tanpa bicara mereka yang dikatakan mengancam negara. Secara peribadi ISA sepatutnya dihapuskan kerana setiap penangkapan pasti atas sesuatu kesalahan dan setiap kesalahan perlu dibuktikan dakwaan tersebut dan biarkan para hakim yang bijaksana menghakiminya. Itulah juga keadilan namanya yang ditekankan dalam Islam dan juga pada norma-norma hak-hak asasi setiap insan. 8] Hapuskan ISA, bebaskan tahanan ISA.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home