Kontroversi Mahligai ADUN
Laporan Utusan Malaysia di awal kontroversi
Isu kediaman mewah ADUN (BN) Pelabuhan Klang yang juga Ketua UMNO Klang, Datuk Zakaria @ Zainal Md Deros di Kg Idaman, Pandamaran, Klang menjadi isu hangat yang bukan sahaja menjadi buah mulut pembangkang tetapi diperkatakan secara meluas di dalam media massa. Rumah besar 4 tingkat yang tersergam indah dengan kos kira2 RM 5 juta di kawasan penduduk miskin diberikan pelbagai gelaran antaranya istana dan mahligai menjadi kontroversi setelah dikatakan melanggar Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 Seksyen 70 (1) iaitu membina bangunan tanpa mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan, Majlis Perbandaran Klang (MPK)
Bermula dari itu pelbagai isu berkaitan Zakaria timbul, antaranya :-
1. Beberapa bangunan di bawah seliaan beliau tidak pernah dibayar cukai taksirannya sejak 10-12 tahun dahulu yang menjangkau RM45,000 (baru dibayar setelah ditimbulkan oleh akhbar).
2. Menyalahguna kedudukannya sebagai ahli majlis MPK dari diambil tindakan undang2.
3. Tiga beranak dilantik serentak sebagai ahli majlis MPK iaitu beliau sendiri, anaknya Zainuri dan menantunya, Roselinda Abdul Jamil. Walaupun dilantik atas kapasiti Ketua UMNO, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri tetapi jelas menimbulkan prejudis.
4. Beberapa premis perniagaan beliau juga didapati beroperasi tanpa kebenaran majlis perbandaran tempatan, antaranya DZ Satay House di Pandamaran beroperasi tanpa lesen dan dibina atas tanah kerajaan tanpa permit.
NST 02/11 - Datuk Zakaria sebagai peneraju Persatuan Badminton Selangor (SBA) memohon tanah 10 ekar daripada PKNS untuk pembinaan kompleks persatuan dan tempat latihan. Menariknya beliau juga adalah Pengerusi Jawatankuasa Kelulusan PKNS dalam mesyuarat berkaitan meluluskan tanah 7 ekar untuk SBA. Adanya unsur conflict of interest. Jawabnya... no comment.
Star 08/11 - Pejabat Tanah akan robohkan DZ Satay House pada 23/11 mengikut Akta Tanah dan denda RM10,000.
MB, Datuk Seri Mohd Khir Toyo sendiri nampaknya kerap berdalih dalam mengambil tindakan (mungkin takut pengaruhnya merudum) menyebabkan Sultan Idris Sharifuddin sendiri terpaksa menitahkan Zakaria datang mengadap. Perjumpaan di Istana Kayangan, Shah Alam pada hari Sabtu, 28/10/2006, memperlihatkan baginda amat murka sekali dengan perilaku Zakaria, bukan sahaja berkaitan dengan isu di atas tetapi peribadi beliau yang agak bongkak, angkuh dan sering menganiayai orang ramai mendapat teguran dari baginda. Zakaria dinasihatkan agar menginsafi diri dan meletak jawatan sebagai ahli majlis MPK. Barulah MB pun turut menyampuk, Zakaria perlu berhenti sebelum 8 Nov atau beliau akan diberhentikan.
UM 02/11 - Dikatakan lantikan rasmi ahli majlis MPK untuk sesi 2006/2008 belum dibuat setelah majlis angkat sumpah ditangguhkan dari 19/10 dulu, hanya surat lantikan sahaja telah dikeluarkan. Jadi kenapa perlu diminta letak jawatan, cukup sekadar tarik balik surat lantikan tu.
UM 03/11 - Mesyuarat MT UMNO minta Zakaria tarik diri sebagai ahli majlis MPK tetapi kekal sebagai wakil rakyat dan Ketua UMNO Klang (kata Pak Lah, Zakaria beri kepimpinan yang baik kepada bahagian... ye ke?)
UM 03/11 - Zakaria akur keputusan MT, seterusnya menolak daripada dicalonkan semula sebagai ahli majlis MPK untuk penggal 2006/2008. Beliau tetap akan tinggal di "mahligai" tersebut bila siap nanti.
BH 04/11 - Zakaria kata dia masih mendapat sokongan rakyat dan mereka pasti terasa akan kehilangannya (ye ke..?)
BH 08/11 - Zakaria disoal siasat oleh BPR atas aduan yang diterima (dipercayai ekoran laporan PAS & Keadilan minggu lepas)
Apakah cukup sekadar letak jawatan sebagai ahli majlis sahaja? Tidak... Datuk Zakaria juga patut dilucutkan jawatan sebagai ADUN dan lain2 jawatan jika ada, seterusnya disiasat oleh BPR dan LHDN. Biarlah mahkamah menjatuhkan hukuman. Disamping itu, kesalahan-kesalahan di bawah peruntukan kerajaan tempatan perlu juga diambil tindakan yang setara, antaranya merobohkan premis dibina tanpa kelulusan, disita atau dirampas tanahnya, sama seperti rakyat kebanyakan lain.
Lihatlah... dengan kuasa dan harta yang ada, perlakuan yang terang-terang menyalahi undang-undang pihak penguatkuasa hanya buat endah tak endah aja seolah-olah tiada apa salahnya tetapi jika insan biasa yang tiada apa-apa kepentingan dengan senang sahaja tindakan keras diambil, kononnya melanggar peraturan. Itulah "double standard" namanya. Dengar khabar masih kedapatan beberapa ahli majlis MPK yang melakukan kesalahan sama, membina rumah tanpa kelulusan MPK.
Bernama 30/10 - Timbalan Ketua UMNO Klang, Mazlynoor Abdul Latif dan juga Ketua Pemuda UMNO Kapar, Faizal Abdullah terlibat membina kediaman mewah tanpa kelulusan pelan bertempat di Kg Raja Uda. MPK mengarahkan pembinaan dihentikan.
Bernama 30/10 - Hairannya AJK UMNO Klang menuduh ianya adalah mainan pembangkang kerana isunya kecil sahaja dan akan merayu agar Datuk Zakaria dikekalkan sebagai ahli majlis MPK. MB tetap meminta Zakaria melucutkan jawatannya (Bernama 31/10).
Bernama 01/11 - Faizal, juga selaku Naib Pemuda UMNO Selangor meletak jawatan sebagai ahli majlis MPK, katanya setelah dinasihatkan oleh MB.
8) Harta, takhta dan wanita - 3 "ta" yang berbisa
0 Comments:
Post a Comment
<< Home