9 Bukan Angka Bertuah Di Sarawak
Perhatian : Setiap entri hanyalah pendapat peribadi penulis sahaja. Mohon maaf jika terasa, manafaatkan jika ada benarnya. Hanya kepada Allah swt aku berserah.
Kita lihat apa yang diperkatakan oleh Dato' Husam. Secara ringkasnya Kerajaan Kelantan dalam perancangan kearah penggunaan nilaian dinar dan dirham dalam urusniaga harian. Sebagai langkah awal, kaedah nilaian tersebut akan dilaksanakan dalam pajak gadai Islam, Ar-Rahn dan diikuti pembayaran gaji kepada kakitangan kerajaan negeri. Isu ini cuba dipolitikkan dan nampaknya PM sendiri pun tidak mendapat gambaran sebenar. Mungkin juga ramai yang tidak faham akan apa yang dimaksudkan sehingga masing2 membuat andaian sendiri. Keynote di sini adalah nilaian dinar dan dirham bukannya penggunaan matawang dinar dan dirham.
8) Belum cuba belum tahu...
Ditinggalkan 5 hari dirasakan agak lama lebih-lebih lagi anak2 berada di bawah pengawasanku. Aku bernasib baik kerana tinggal dengan ibu bapa mertua dan amah Leha, banyak membantu dalam menjaga 4 anakku terutama persekolahan mereka dan juga keletah sikecil, Imran yang susah berenggang dengan ibunya apatah lagi aku ada bersamanya sedangkan ibunya tiada, lagilah ia "mengada-ngada".
Untuk malam pertama dan kedua ditinggalkan, Imran tidur bersama dengan Leha - dengar cerita OK aje, kecuali ada la menangis malam nak kan susu. Kebetulan dia dah biasa dengan Kak Lehanya yang menjaganya di siang hari, jadi tiada masalah sangat bila tidur malam harinya. Malam ketiga dan keempat, Leha ke rumah makciknya kerana ada majlis, tinggallah Imran tidur denganku.
8) Lega...
Walaupun secara kasarnya BN masih lagi meraih majoriti selesa tetapi hampir kesemua pengulas di peringkat nasional dan negeri dari hampir semua parti politik meminta dijalankan post mortem kenapa ianya boleh berlaku. Itulah politik namanya. Apakah mesej yang ingin disampaikan oleh pengundi terutama di kalangan penduduk bandar. Fikir-fikirkanlah.
Malamnya selepas solat Isyak, pusing2 bandar cari tempat makan. Akhirnya singgah di Puteri Seafood, Kg Baru. Makanannya OK le tapi servisnya agal lambat sikit. Anak2 dah tak tahan lapar terutama Niesha. Jalan-jalan kecil & lorong2 di sekitar Kg. Baru masih sama seperti 10 tahun lalu ketika aku menyewa di Flat Hanilob, Jln Raja Alang. Kg. Baru. Bergerak keluar dari Kg. Baru sedikit mengelirukan, berpusing2 melalui jalan yang aku tak biasa, pulak tu waktu malam hari. Akhirnya ketemu juga jalan keluar melalui Jalan Raja Abdullah dan terus balik ke hotel. Kami tidur di bilik berasingan - aku, Iddin dan Leah tidur satu bilik. Manakala Eley, Niesha dan Imran tidur di bilik lain. Seperti lazimnya, kami akan minta connected/attached room tapi tak ada. Nak cancell/ convert tak dibagi... so, terima aje le.
Keesokan harinya sarapan Roti Canai Mamak di kedai seberang jalan hotel tapi harganya sedikit mahal. Selepas tu, anak2 apa lagi... masuk kolam balik ke hinggalah ke tengahari. Check-out dan terus balik Hulu Kelang.