Thursday, February 23, 2006

Pengalaman Ultrasound Scanning

Semalam aku ambil half day. Paginya selepas hantar anak2 ke sekolah, terus ke HUKM - jalani Ultrasound Scanning di Radiology Unit untuk mengesan punca kesakitan di bahagian pinggang kiri (terasa menyucuk2 sejak 3 hari lepas, lebih2 lagi masa nak rukuk atau membongkok). Juga untuk mengesan kot2 ada masalah dengan pundi2 kencing & buah pinggang berpunca dari kencing yang tak berapa puas atau kurang tus.
Tiba di Radiology kira2 jam 09:20 am, diminta terus ke Bilik 4. Alahai ramainya orang, mungkin bersekali dengan pengiring. Bilik bernombor 4-nya pulak ada 3 pintu masuk. Menunggu kira2 setengah jam namaku dipanggil, diminta baring atas katil dan longgarkan tali pinggang. Seterusnya pemeriksaan dilakukan oleh Dr. Ahmed seorang warga asing (mungkin Pakistan). Baju diangkat ke atas dan seluar dilondehkan sedikt ke bawah kerana pemeriksaan akan dilakukan di bahagian pinggang. Lubricating gel yang agak sejuk dilumurkan pada permukaan transduser (hand-held device yang digunakan untuk scan badan - berbentuk seakan2 sabun mandi yang disambungkan kepada scanner). Tranduser ditolak tarik pada kawasan yang diperiksa sambil doktor memerhatikannya pada video dsiplay screen di depan yang disambungkan terus ke komputer. Sesekali kelihatan doktor menekan punat tertentu yang dijangkakan untuk zoom in dan snap the photo. Pemeriksaan dimulai di sebelah kanan, seterusnya ke sebelah kiri pinggang dan juga di belakangnya. Adalah dalam 20 minit tranduser dengan gel sejuk bermain-main di pinggang dengan kira2 6 keping foto diambil.
Menunggu kira2 10 minit, resultnya dah diketahui... AlhamduliLlah buah pinggangku normal dan tiada penyakit yang dikesan. Pelik... Seterusnya aku ke Pusat Perubatan Primer di Tasik Selatan untuk menjalani Urine Test bagi mengesan kot2 ada batu di pundi2 kencing. Resultnya masih lagi normal, tiada sebarang kesan darah di kesan yang menunjukkan adanya batu karang. Isteriku yang kebetulan ada di pusat perubatan tu turut rasa pelik... So, apa puncanya aku sakit pinggang dan kencing tak lawas ni... Nampaknya pemeriksaan lebih lanjut dicadangkan. Aku mungkin akan dirujukkan ke Ortopedic pulak. Tunggu aje le bila appointmentnya.
8) Rujuk petikan dari laman web
www.radiologyinfo.org
What is General Ultrasound Imaging?
Ultrasound imaging, also called ultrasound scanning or sonography, is a method of obtaining images from inside the human body through the use of high-frequency sound waves. The reflected sound wave echoes are recorded and displayed as a real-time visual image. No
ionizing radiation (x-ray) is involved in ultrasound imaging. Obstetric ultrasound refers to the specialized use of sound waves to visualize and thus determine the condition of a pregnant woman and her embryo or fetus.
Ultrasound is a useful way of examining many of the body's internal organs, including but not limited to the heart,
liver, gallbladder, spleen, pancreas, kidneys and bladder. Because ultrasound images are captured in real time, they can show movement of internal tissues and organs and enable physicians to see blood flow and heart valve functions. This can help to diagnose a variety of heart conditions and to assess damage after a heart attack or other illness.

Friday, February 17, 2006

Alahai... MRR2 Sesak Teruknya

Akhir2 ini didapati MRR2 terutama dari Hulu Kelang ke Ampang sesaknya teramat sangat. Sebelum ini aku keluar jam 07:15 am, ekornya sampai hanya setakat Masjid Al-Ridhuan tapi kini keluar jam 07:00 am, ekornya dah melepasi Zoo Negara hingga ke Taman Melawati. Itupun laluan 3 lorong dah jadi 4 lorong. Bukan kerana adanya kemalangan atau penutupan jalan tapi kerana adanya susur masuk ke Ampang berhadapan Kuil Hindu, setentang Flamingo Hotel. Apa taknya, limpahan kenderaan banyak ke arah berkenaan kerana banyak pecahan jalan utama yang dituju, antaranya ke arah Jln Ampang > Jln Jelatek & Tmn Kosas, Ampang Points dan laluan bertingkat Prolintas. Mungkinkah kerana penutupan laluan di Kepong... entah le... tapi rasanya tidak.
Keluar jam 07:00 am, biasanya bolehlah sampai kat office jam 08:00 am. Kalau lewat dari itu mungkin boleh cecah jam 08:30 am atau lebih lewat, lebih2 lagi kalau jam kat mana2 samada di Cheras, Tasik Selatan ataupun di Lebuhraya Bukit Jalil.
Masa macam ni teringat aku zaman bawak motor dulu... pagi2 boleh keluar jam 07:30 am & Insya Allah boleh sampai kira2 jam 08:15 am selepas hantar anak ke sekolah. Kini anak2 terpaksa dihantar oleh orang rumah ataupun oleh atuknya. Tengok le, kalau ada rezeki dari tuntutan insuran kehilangan motor dulu boleh le aku dapatkan motor baru... jimat le sikit belanja... perbandingan kasar, RM30.00 minyak kereta boleh tahan 4 hari, manakala RM6.00 minyak motor pun boleh tahan 4 hari... 5 kali ganda jimatnya... cuma risiko naik motor lebih tinggi... terutamanya kemalangan dan hujan.
8) Pandu Cermat & Berhemat, Insya Allah Selamat.

Wednesday, February 15, 2006

Pengalaman CT Scan

Seperti yang diberitakan dalam entri terdahulu, aku telah menjalani Ujian Endoskopi (normal & ultrasound) pada akhir tahun lepas untuk mengesan kot2 ada ketumbuhan dalam perut. Kelmarin (13/02/06) aku ke Radilogy Unit HUKM untuk buat abdomen scanning dengan kaedah CT Scan (juga untuk mengesan sakit belakang). Orang rumah aku cakap, aku kena puasa (tak leh makan) sehinggalah scanning process siap (Inilah bab yang menyeksakan kerana setiap pagi aku kena makan, kalau tak sakit perut). Dinasihatkan aku ambil light meal aje, so aku perkenakan roti kering 2 keping sama air milo kerana malam tadi aku langsung tak makan, ingatkan tak yah berpuasa.
Pukul 9:00 am aku bertolak ke HUKM bersama mak & abah yang akan menjalani X-ray & check darah (kot2 ada implikasi sekembalinya dari Mekah). Bersama orang rumah kami terus tuju ke Radiology Unit. Sementara menunggu giliran aku, orang rumah aku bawa mak & abah buat X-ray dan check darah di PPP-BTS.
Aku tiba di CT Scan Area kira2 jam 10:15 am. Menurut nurse, aku kena minum 3 gelas air yang disediakan selang 30 minit. Ayoo... lagi 1 1/2 jam nak masuk bilik CT Scan. Airnya seakan2 air oren tapi baunya agak maung, rasanya pahit + masam sikit. Menunggu 3 gelas air amat membosankan - sempat berjalan2 ke sana ke mari & baca akhbar.
Tepat jam 11:15 am, aku dipanggil masuk ke Bilik Rawatan... gelas ke-3 diteguk di katil. Aku diberikan baju labuh dan diminta buka semua pakaian kecuali seluar dalam, seterusnya berbaring di katil CT Scan. Belakang tangan kanan dicucuk. Lepas tu pelipat lengan kanan pula dicucuk dan dialirkan ubat. Menurut doktor, ubat ni panas sikit, kalau tak tahan angkat tangan atau jerit (Ngilu jugak aku kena cucuk ni sebab aku ni fobia sikit dengan jarum). Seterusnya aku ditolak masuk ke terowong CT Scan, berhenti di kedudukan perut menghala atas terowong. Proses scanning tak lah lama sangat, adalah kira-kira 15 - 20 minit. Selepas 5 minit berbaring, dalam badan dah terasa hangat, rasa rimas sikit tapi sabar aje le.. Beberapa kali diminta tarik & tahan nafas, mungkin masa tu diambil gambar. Menurut nurse, tunggu result seminggu lagi. Kalau perlukan cepat, kena ada permintaan dari doktor, boleh diuruskan.
Selepas tu aku terus ke cafeteria, makan nasi ayam. Menunggu mak & abah dari PPP-BTS dan terus pulang ke rumah. Menurut isteriku resultnya normal. AlhamduliLlah.

Monday, February 06, 2006

Karikatur RasuluLlah SAW

Kini seluruh rantau Islam membahang marah terhadap Denmark dan negara2 sekutu utamanya di Eropah; Sweden, Perancis, Sepanyol dan Itali - bukan kerana terdapat negara umat Islam yang diserang tetapi RasuluLlah SAW diperhinakan dengan lukisan karikatur baginda yang amat jelek. Di Syria bangunan kedutaan Denmark & Sweden telah dibakar, begitu juga di Lubnan, kedutaan Denmark telah dibakar. Di lain-lain negara umat Islam lainnya banyak langkah bantahan yang telah dilancarkan, antaranya demonstrasi di Indonesia, mogok peguam di India, boikot barangan Denmark di Asia Barat, pemanggilan duta di Pakistan dan pembakaran bendera Denmark di London.
Isu ini tercetus apabila 12 lakaran kartun Nabi Muhammad SAW disiarkan kali pertama oleh akhbar harian Jyllands-Posten Denmark pada September tahun lalu, kemudian diterbitkan pula oleh akhbar negara lain sehingga membangkitkan kemarahan dan kesedihan di kalangan berjuta-juta umat Islam di seluruh dunia.
Walaupun pelbagai bantahan yang telah diadakan tetapi nampaknya tidak diendahkan oleh negara-negara sekutu lain atas alasan kebebasan akhbar menyuarakan yang hak. Lakaran berkenaan terus dicedok dan disiarkan oleh mereka, antaranya di Amerika Syarikat, New Zealand, Australia, Hungary, Bulgaria dll. Akan tetapi sensitiviti umat Islam ini nampaknya turut sama tidak diendahkan di negara Islam Hadhari, Malaysia bila mana akhbar Sarawak Tribune di Sarawak turut sama menyiarkannya. Akibatnya editornya telah meletakkan jawatan dan pengurusannya dipanggil mengadap KDN.
10/02 - KDN gantung permit Sarawak Tribune & penerbitnya mengumumkan penerbitannya akan dihentikan terus.
13/02 - Guang Ming Daily pula dipanggil KDN kerana menyiarkan seorang pembaca sedang menatap lakaran karikatur pada 03/02/2006.
15/02 - Guang Ming digantung 2 minggu mulai 16/02 - 01/03.
20/02 & 21/02 - New Straits Times (NST) dalam Coffee Break (lakaran Willie Miller) siarkan karikatur seorang pelukis sedang melukis, disampingnya ada papan notis tertulis "Caricatures of Muhammad While You Wait". Dipertahankan oleh Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Hishamuddin Aun atas alasan kebebasan akhbar.
21/02 - 3 NGO (Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) & Pemuda PAS buat laporan polis.
22/02 - Notis Tunjuk Sebab diberikan kepada NST oleh KKDN. Akhirnya NST dilepaskan kerana telah meminta maaf secara terbuka walaupun sebelum itu mereka mempertahankannya (Pelik).
Secara peribadi aku merasa amat sedih mengenangkan betapa umat Islam kelihatan begitu lemah sehingga kerap kali diperkotak katikkan oleh pihak kafirun terutama dinaungi Amerika dan negara2 blok Eropah. Kita sedia maklum bagaimana umat Islam Palestin, Afghanistan, Iraq, Kashmir, Chenchen, Bosnia malah di Pattani dan Selatan Filipina diserang, dibunuh dan dimalukan. Malah kerap kali Al-Quran diberitakan diperendahkan hingga ke lubang tandas di Quatonamo Bay. Begitu juga larangan keras pemakaian tudung dan perlaksanaan urusan agama di negara2 blok Eropah. Dan kini RasuluLlah SAW pula dihina. Dengan pelbagai penghinaan tersebut negara2 Barat melihat seolah2 negara2 Islam adalah negara2 yang lemah kerana responnya juga ibarat sekadar batuk di tangga atau hangat2 tahi ayam, lama2 sejuk le ia...
Walaupun negara2 umat Islam merupakan negara yang kaya raya dengan emas hitamnya tetapi kesepaduan tindakannya agak longgar, malah OICnya sekadar Oh I See... Apa pun, disarankan langkah yang lebih memberi kesan kepada ekonomi & hubungan politik negara2 berkenaan patut diambil secara kolektif oleh seluruh umat Islam. Ulama Sunnah terkenal, Sheikh Youssef Al-Qaradawi dan Imam Besar Masjid Makkah Saleh Humaid, meminta agar umat Islam bangkit menunjukkan kemarahan di atas penghinaan itu dengan mengambil langkah pemboikotan produk keluaran negara2 berkenaan (bukannya dengan cara kekerasan kerana itu bukannya imej sebenar Islam). Langkah bantahan seperti penghantaran memo bantahan oleh seluruh NGO & parti politik umat Islam patut dilakukan sebagai tanda kesepakatan seluruh umat Islam. Dan di pihak kerajaan pula bantahan secara rasmi boleh dihantar ke kedutaan masing2 atau memanggil balik duta negara di negara2 berkenaan.
UM 08/02/06 - Akhbar Iran, Hamshari akan anjurkan peraduan melukis kartun peristiwa Holocaust (pembunuhan Yahudi oleh Nazi) yang akan dilancarkan pada 13 Feb bagi menguji sensitiviti kebebasan media kafirun. Diberitakan terdapat double standard di mana b
eberapa siri karikatur Nabi Isa telah dihantar oleh seorang pelukis ilustrasi Denmark, Christoffer-Zieler kepada editor Jyllands-Posten edisi Ahad, Jens Kaiser pada April 2003 untuk tujuan penyiaran namun idea itu ditolak atas alasan sensitiviti agama dan penganut Kristian.
10/02/06 - Dilaporkan Malaysiakini, hampir 10,000 orang berarak dari Masjid Kg Baru selepas solat Jumaat ke Kedutaan Denmark di Jln Ampang diketuai oleh Presiden PAS. Demonstrasi ini turut disiarkan oleh media asing, antaranya BBC & juga Jyllands-Porten.
BH 19/02/06 - Ulama di Peshawar, Pakistan menawarkan US$1 juta (RM3.77 juta) kepada pembunuh pelukis karikatur.
Dalam suasana melibatkan Islam, kesepakatan di kalangan umat Islam amatlah penting sebagai lambang perpaduan Islam. Tunjukkan bahawa penganut Islam tiada toleransi dalam hal melibatkan maruah agama dan penganutnya. Dari itu diyakini Islam akan lebih dihormati dan disegani oleh dunia bukan Islamnya.

SPBT & Beban Buku Ke Sekolah

Di dalam akhbar semalam, Menteri Pelajaran, Datuk Hishamuddin Tun Hussein mengumumkan mulai tahun 2008 kesemua pelajar sekolah akan diberikan pinjaman buku teks secara percuma. AlhamduliLlah... lega... tapi kenapa lambat sangat Datuk... lagi 2 tahun.
Mengikut laporan rasmi yang dikeluarkan kementerian, kira-kira 90% pelajar telah mendapat faedah dari SPBT percuma, hanya tinggal 10% lagi ibu bapa yang terpaksa membeli buku teks untuk anak-anak mereka kerana tidak layak, antaranya disebabkan mempunyai pendapatan keluarga melebihi RM1,500 sebulan (termasuk aku le...). Ya ka... takkan begitu ramai ibu bapa yang miskin kat Malaysia ni... Tak dinafikan kedapatan ibu bapa yang kaya-raya bermati-matian berusaha mendapatkan skim tu tapi takkan boleh mencecah kategori layak 90%. Bila aku ke pameran buku atau sekolah untuk belikan buku sekolah, sambutannya nampak begitu hangat sekali hingga kehabisan stok, jadi takkan golongan ni pulak dari kategori 10%. Tak pe le kita ambil yang positif... anggap le laporan tu betul. Jadi, ada baiknya kategori 10% lagi ni diberikan hak yang sama seperti "kalangan miskin", tak payah le tunggu 2 tahun lagi, sebaiknya dilaksanakan segera, lebih2 lagi diutamakan pelajar2 sekolah kebangsaan atau sekolah bantuan penuh kerajaan.
Zaman aku sekolah dulu, buku2 teks ni diberikan pinjaman... akhir tahun kena pulangkan balik. Cikgu awal-awal lagi sound, jaga buku2 ni elok, jangan conteng2 atau koyakkan. Ada kalanya kita dapat buku baru dan adakala buku lama, bergantung kepada stok sekolah yang ada & adakalanya buku2 yang dah diconteng/ terconteng atau ditulis jawapan bagi soalan2 latihannya - kena le kita orang "roba" (padamkan).
Satu lagi, masalah zaman sekarang ni buku2 yang kena bebudak pikul ke sekolah sedari Tahun 1 lagi alahai beratnya berkilo-kilo kerana pelbagai buku yang perlu dibawa - Buku Teks, Buku Aktiviti, Buku Latihan, Buku Kamus, Buku Latih Tubi dll. Ini aku tengok anak2 aku sendiri. Bila ditanya, "Abang @ kakak bawa buku tak ikut jadual ke..?" Jawabnya, "Ini ikut jadual la ni...!". Bayangkan kanak2 kecil dengan kudrat tulangnya yang tak seberapa terpaksa memikul beban setiap hari... kesian... kesian.... tak de ke jalan nak selesaikan masalah ni... Zaman aku dulu tak de le kena bawak buku sedemikian rupa... cukup Buku Teks dan Buku Latihan - kalau sehari ada 5 subjek, cukup sekadar 5 Buku Teks dan 5 - 7 Buku Latihan. Tapi... pandai jugak anak2 di zaman tu sehingga kini tergolong cendekiawan terbilang. Kementerian Pelajaran (@ Pendidikan) perlu turut sama mengambil inisiatif atas masalah ini....
8) Fikirkanlah untuk kebaikan bersama.